Malam tu mereka bertiga berkumpul di ruang tamu untuk mengulang kaji. Pelbagai rujukkan ada di atas meja.
Lincah tangan Rysha membuat nota agar mudah untuk dia mengingati.
"Boleh tak kita berhenti sekejap? Mata aku dah letih." Mereka berdua memandang ke arah Auni.
"Hm okeyh." Rysha menutup bukunya.
"Aku pergi buat coklat panas dulu." Lyna bingkas bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dapur.
"Rys"
"Hm?" Dijongket keningnya.
"Sebelum masuk Uni boleh tak aku nak beli laptop baru? Nak feel pergi Uni ada laptop baru"Auni menayangkan wajah comel nya.
"Beli lah. Janji jangan kacau duit aku." Wajah Auni betukar masam.
"Alaa Rys. Laptop tu 3 ribu aku tak cukup lagi 1 ribu. Tolong lah aku." Dipeluk kaki Rys disebabkan Rys duduk di sofa.
"Laptop apa kau nak beli sampai 3 ribu ni?" Hairan Rys.
"Asus Zenbook. Boleh lah." Rys mengangguk saja kepalanya tanda boleh. Bersorak Auni bila Rys mengangguk.
"Coklat panas dah siap." Ditoleh ke arah Lyna.
"Nak" Auni mengambil secawan dan Rys turut mengambil secawan.
"Aku nak beli phone baru." Terhenti Lyna dan Auni mahu menghirup air.
"Jenama apa pula kau nak beli?" Tanya Auni ingin tahu.
"iPhone 13 pro max." Tersedak Auni mendengar.
"Lepastu telefon kau yang tu macam mana?" Rys menghela nafas perlahan dan diletakkan cawan di atas meja.
"Telefon aku jatuh masa dekat sekolah tadi terus tak boleh buka. Nak bawa pergi kedai perbaiki pun dah satu ribu baik aku beli lain." Riaksi nya hanya tenang walaupun telefonnya rosak.
"Tak hairan lah duit kau berkepuk." Lyna sambung makan biskutnya.
"Nak berkepuk berjimatlah." Tersengih dua gadis tu seakan Rys sedang menyindir mereka berdua.
"Nak sindir lah tu." Rys mengangkat bahu.
"Siapa makan cili dia lah terasa pedas." Terdiam mereka berdua. Ni lah padah nya bila Rysha mula membuka mulut. Sekali saja dia berkata pasti menusuk ke hati.
YOU ARE READING
KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓
RomanceKING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dimana sisi kejam serta sisi soft spoken ketika bersama bidadari nya. RYSHA ADELLIA- Bidadari syurga Kin...