BAB 39

6K 307 6
                                    

Rysha duduk di bangku sementara menunggu suaminya untuk datang ambil. Telefon dikeluarkan dan discroll instagram terlebih dahulu.

"Fattah tak datang lagi ke Rys?" Soal Lyna yang datang bersama Auni. Gadis tu anggkat muka.

"Belum. Kejap lagi sampai lah. Eh ha tu" mereka menoleh ke arah kereta GTR tersebut. Tapi hairan nya cermin tingkap tu gelap tidak menampakkan orang dalam.

"Sejak bila cermin tingkap kereta suami kau gelap?" Tanya Auni dan Rysha anggkat bahu.

Pin.pin.

"Aku pergi dulu. Byee" Dilambai tangannya dan sepupunya menganguk saja.

Rysha masuk ke dalam kereta tersebut dan terkunci dari dalam. Mulutnya ditekup oleh seseorang dari belakang.

"Kenapa aku rasa pelik dengan kereta Fattah?" Soal Auni ke arah Lyna bila kereta GTR tu memecut laju keluar dari Uni.

"Aku rasa tak sedap hati lah."tutur Lyna dan kendengaran enjin kereta GTR membuatkan mereka menoleh.

"Rysha mana?" Soal Fattah setelah menurunkan cermin tingkap nya.

"Eh tadi Rysha dah balik dengan... Wait jadinya tadi bukan Fattah yang datang ambil?" Jejaka tu berkerut dahi.

"Apa jadi sebenarnya ni?"Lyna mengeluarkan telefonnya dan ditunjuk gambar kereta yang dia tangkap tadi.

"Kereta ni sama dengan kereta Fattah tapi tingkap saja yang gelap." Disebabkan dia curiga dengan kereta tadi jadi dia menangkap gambar tersebut secara diam diam.

"Saya pergi dulu. Terima kasih" Dinaikkan semula tingkapnya dan memecut laju untuk mengejar kereta yang sama dengannya tadi.

Pasti ada musuh yang mahukan isterinya dan dengan cara meniru kereta nya tu dapat menarik Rysha ke dalam perangkap mereka.

"Liam. Cari nombor plate FR 7754" arah Fattah melalui earpiece nya.

"Bukan tu nombor plate kereta kau?"

"Ada musuh yang tiru kereta aku untuk dapatkan Rysha. now!" Tegas suara nya dan ditingkatkan lagi kelajuan nya.

"Aku dah dapat. FR 7754 7km dari kereta kau. Dia on the way nak ke utara."

Fattah memotong kereta kereta yang menhalangi jalannya. Apa yang penting dalam fikiran nya adalah keselamatan isterinya saja.

JAKET hitam tu diletakkan di atas tubuh gadis tersebut dengan tangan kanan setia memandu.

"Apa kita nak buat dengan dia boss?" Soal anak buahnya. Jejaka tu mengetuk getuk stereng kereta.

"Kau tahukan King sayang sangat dengan dia ni. Jadi aku rasa sebelum si King tu rasa perempuan ni baik kita rasa dulu. Mana lah tahu lepas kita dah chip chip dia ni si jantan tu dah taknak." Terukir senyuman sinis di bibir nya. Anak buahnya yang dibelakang hanya tergelak saja.

MATA dicelikkan secara perlahan lahan kepala nya yang terasa berat digagahkan untuk bangun. Kesan terhidu cecair tadi menyengat kepalanya.

"Aku dekat mana ni" dilihat sekeliling bilik tersebut. Mewah saja.

"Dah bangun?" Ditoleh ke arah jejaka tinggi lampai yang melangkah masuk.

"Kau siapa? Apa kau nak?" Si dia mendekati ke arah Rysha yang berada di tengah katil. Dilabuhkan pungungnya di tepi katil berdekatan gadis tu.

"Aku? Zen." Rysha telan liur mendengar suara garau tu.

"Apa kau nak?" Jejaka tu ukir senyuman kecil.

"Mewah kan bilik ni?" Soalan dari Rysha dibiarkan berlalu. Dipandang sekeliling bilik tu sebelum pandang wajah tu.

"Biar kau seronok nak menjerit nanti." Senyuman jahil terukir di bibir merah jejaka tersebut.

"M..maksud Zen?" Dia tidak faham namun lelaki ni hanya tersenyum seperti tadi sebelum bangun keluar dari bilik tersebut.

Tidak lama kemudian, tiga orang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut.

"Oh ni lah perempuan yang nak puaskan kita? Masih dara ke cik adik?" Rysha sudah dapat faham apa yang dikatakan oleh lelaki tadi. Diorang mahu jadikan dia pemuas nafsu!.

"Tak rugi kita malam ni." Kata lelaki kedua pula. Rysha mengengam kedua tangannya. Kau kena lawan Rys! Gunakan seni pertahankan diri kau.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now