BAB 10

8.1K 418 4
                                    

"Aku dengar lecture addmath kita nanti hensem." Bisik Auni. Rysha menjulingkan matanya tanda menyampah.

"Kau jangan eh. Takkan lecture pun kau nak rembat." Lyna sudah masak dengan perangai sepupunya ini. Pantang nampak yang hensem.

"Apa salahnya kan kan." Auni menjongket keningnya berkali kali. Mereka menoleh ke arah pintu dewan dimana lecture yang mereka semua sebut sebutkan tadi sudah masuk.

"Assalamualaikum saya lecture baru kamu semua bagi subjek addmath. Kamu semua boleh panggil saya Sir Fattah." Dingin suara Fattah mampu buatkan mereka semua kecut perut.

"Dalam dewan ni ada 42 orang kan. Saya nak check kehadiran terlebih dahulu." Dilihat nama nama disitu. Dia memandang nama yang paling atas.

"Rysha Adellia." Gadis tu mengangkat tangan dengan wajah tidak emosi nya. Dapat Fattah lihat wajah tu iras dengan gambar papa nya beri semalam.

"Auni Awaniey"

"Lyna Qainina"

Satu persatu nama disebut dan ditanda tick bagi yang hadir. Setelah selesai dia meletakkan buku kehadiran di meja.

"Saya ada peraturan untuk kelas saya. Kehadiran memang saya utamakan. Jadi, saya taknak ada yang cuba cuba untuk ponteng kelas saya tanpa sebab atau korang tahu akibatnya. Tugasan yang saya bagi harus siap dan tepat pada masa yang telah ditetapkan faham?!." Lantang suara nya dengan nada yang tegas.

"Faham!"

"Satu lagi. Jangan bersembang sewaktu saya mengajar. Kalau malas nak dengar apa yang saya ajar kamu di alu alukan untuk keluar dari dewan ni." Masing masing sudah teguk air liur namun Rysha tetap kekal tenang.

"Rysha." Gadis tu angkat muka. Masing masing sudah memandang ke arah nya.

"Dengar apa saya cakap?" Dia mengangguk.

"Repeat." Arah Fattah tegas. Rysha bangun dari duduknya.

"Kehadiran diutamakan, tidak boleh ponteng tanpa sebab, jangan bersembang semasa sir mengajar." Tatapan nya kosong dengan suara yang datar. Fattah membuat isyarat tangan untuk suruh dia duduk.

"Kamu semua kena tahu, alam university dengan alam sekolah berbeza jadi jangan nak mengeluh kalau alam university lebih mencabar dari sekolah. Ni bukan masa untuk main main ni untuk masa depan." Mata kelabu tu tajam memandang pelajarnya di dalam dewan tu.

Rysha menutup silent telefonnya dan disimpan ke dalam bag. Buku diletakkan di depan nya. Bersiap sedia untuk belajar.

"Sir. Boleh kita mula belajar?" Jejaka tu pandang ke arah Rysha yang bertanya. Dianggukan kepalanya.

Masing masing sudah mula mengeluarkan buku. Fattah mengambil marker pen nya. Dalam dewan tu sunyi sepi dan hanya kendengaran suara Fattah saja.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now