BAB 26

7.6K 395 14
                                    

Fattah mendekati isterinya yang nyenyak tidur. Dia merangkak naik ke atas katil.

"Ryshayang bangun solat subuh." Ditepuk perlahan pipi tu untuk menyedarkan Rysha. Perlahan lahan mata cantik tu terbuka memandang nya.

"Bangun solat subuh dulu." Gadis tu bangun dari baringannya dan duduk dahulu. Pening dia nanti kalau bangun mengejut.

"Mamai lagi ke isteri abang ni?" Diusap wajah tu dan wajah Rysha berkerut kerana sejuk.

"Tangan abang sejuk lah." Bibir Fattah mengoyak senyuman manis. Rysha panggil dia abang?!.

"Rysha hey."

"Hmm yer kejap lah." Dia bangun melangkah ke bilik air sempat kain tuala diambil.

"Abang? ARHHH!"Terbaring Fattah di atas katil dengan menekup bantal diwajah. Walaupun dia tahu isterinya tidak sedar apa dia cakap tapi mampu buatkan jantungnya bagai nak tercabut.

PELIK Rysha dibuatnya bila Fattah happy semacam ja. Dah kenapa suaminya ni. Lepas solat subuh asyik senyum ja.

"Fattah. Kenapa macam happy semacam ja?" Soal Rysha hairan. Jejaka tu mengangkat muka dan sudu diletakkan di dalam pinggan.

"Tak ada lah tadi ada orang tu panggil kita 'abang' mamai mamai pun nak jugak panggil kita abang ingatkan taknak." Dijongket keningnya berkali kali.

"Hah? Sejak bila Rys panggil Fattah dengan panggilan tu?" Jejaka tu mengukir senyuman manisnya.

"Tadi masa abang kejut solat subuh. 'tangan abang sejuk lah' auww so cute sayang." Geram dia melihat wajah kebingungan isterinya. Nampak comel ja.

"Eh Fattah jangan nak reka cerita eh. Sejak bila Rys panggil dengan panggilan tu. Tak ada okeyh." Fattah menyengetkan kepalanya.

"Ada sayang."

"Tak ada. Fattah tipu."

"Abang cakap ada"

"Tipu abang tipu" Tangan naik menekup mulutnya. Fattah tersenyum mengusik.

"Tu, ha apa? Masih taknak mengaku? Just call me abang, sayang. Tak susah pun." Rysha menundukkan kepalanya. Muka nya mula memerah kerana malu.

"Cuba abang nak dengar." Rysha mengeleng kepalanya tanda tidak mahu. Fattah pandang isterinya tajam.

"Tak sudi nak panggil suami sendiri dengan panggilan abang? Nampak lebih hormat sayang." Perlahan lahan Rysha angkat muka.

"A..abang?" Tersenyum Fattah mendengar.

"One more yang lancar." Gadis tu mengetap bibirnya dan dihela nafas perlahan.

"Abang."

"Yes dear?"

"Arh abang saja nak kenakan Rys." Jejaka tu tergelak kecil.

"Kan manis bila panggil dengan panggilan tu. Bila panggil nama dah macam kawan bukan suami isteri." Fattah kembali mengambil sudu nya.

"Dah boleh terima abang?" Rysha menunduk dan mengeleng kepalanya perlahan.

"Maaf. Bukan Rys tak cuba tapi masih ragu." Tangan isterinya di atas meja diusap sayang.  Mata kelabu tu memandang dalam mata cantik tu.

"It's okeyh sayang. Abang tunggu sayang terima abang sepenuhnya." Rysha ukir senyuman manis.

"Terima kasih"

"My pleasure sayang. Dah makan kejap lagi sayang nak masuk Uni."Mereka berdua sambung makan.

"Oh ya abang tak kerja?" Fattah pandang ke arahnya.

"Kerja. Harini biar abang ja hantar sayang pergi Uni. Balik nanti abang ambil"

"Tak menyusahkan abang ke? Kenapa tak bagi Rys pergi sorang je?" Fattah bangun ke sinki untuk membasuh pinggan.

"Abang risau kalau sayang balik sesorang. Kalau jadi apa apa dekat jalan raya kan bahaya." Katanya dengan membelakangi Rysha.

"you are very protective." Suaminya tergelak dan mengangguk.

"Of course dear. Only with you." Memerah muka Rysha. Fattah pandai buat dia blushing.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now