BAB 19

7.1K 390 9
                                    

"Rys kau nak pergi mana tu malam malam macam ni?" Soal Lyna. Sudahla sepupunya tu sakit kepala nak keluar waktu malam macam ni.

"Aku nak pergi cari panadol dekat depan tu." Diatur langkah keluar dari rumah nya. Kasut dipakai dan diatur langkah ke kedai yang tidak jauh dari rumah.

Semasa dia sedang berjalan, tanpa sedar ada yang mengekori nya sebelum mulut ditekup dari arah belakang dan rebah dalam pelukkan seseorang.

TUBUH tu diletakkan perlahan lahan di katil dan diatur langkah keluar dari bilik hotel tersebut.

Mata dicelikkan secara perlahan lahan dan terkejut bila dia berada di sebuah bilik yang jelas bukan biliknya.

Pintu bilik air yang terbuka membuatkan dia menoleh ke arah tersebut. Pantas dia berganjak menjauhi bila dia mengenali siapa orang tersebut.

"Dah bangun?" Terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Apa kau nak lagi hah Fattah?" Dia takut bila Fattah hanya mengenakan tuala di pinggang sehingga badan yang tegap bersixpack tu langsung tidak dibaluti apa apa.

"Shhh sayang jangan takut." Dia melangkah mendekati Rysha yang sudah mengigil takutan.

"Aku dah guna cara baik tapi kau degil kan." Tangan kanan naik mengusap rambut panjang tu. Rysha menepis tangan jejaka tu dari menyentuh nya.

"Tak padan dengan sakit masih nak lawan?" Kening kanan dinaikkan dengan senyuman sinis tidak lekang di bibir.

"Lepaskan aku. Aku nak balik." Fattah merangkak naik ke atas katil mendekati Rysha dan gadis tu berganjak ke belakang sehingga bertemu dengan kepala katil.

"Kenapa nak balik? Tak mampu nak lawan dengan aku?" Rambut yang menutupi wajah tu diselak ke belakang telinga. Mahu saja dia ketawa melihat wajah Rysha yang takut akan nya.

Tangan kasar jejaka tu menyentuh dahi Rysha yang sedikit panas. Leher tu pula menjadi sasaran nya.

"Hm?" Disengetkan muka nya mencari wajah Rysha yang sedari tadi menunduk. Asyik diam ja gadis ni. Boleh naik darah dia macam ni. Cakap dengan tunggul.

Tok..tok..tok

Ketukkan pintu menarik minat Fattah untuk bangun membuka nya.

"Wait sayang." Kain tuala dipinggang diperbetulkan. Risau pula kalau jatuh nanti. Tombo pintu dipulas olehnya.

"Kami dari jabatan agama islam mendapat aduan yang ada berdua duan dalam bilik tanpa hubungan yang sah." Fattah menoleh ke arah Rysha di belakang. Terukir senyuman sinis di bibirnya.

'you are mine forever principessa'

Gugur air mata Rysha. Tidak disangka gamak nya jejaka ni memperlakukan nya. Orang yang disangka baik rupanya munafik.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now