BAB 31

6.5K 349 2
                                    

Rysha melangkah masuk ke dalam rumah apabila pulang dari Uni bersama sepupunya. Dia hairan bila harini Fattah tidak datang mengambil nya.

Mata nya terpandang sosok tubuh si suami yang terlelap di sofa. Di lantai bersepah kertas kerja nya. Dikutip kertas tu dan disusun rapi.

Dahi Fattah dicium olehnya dan diusap rambut lembut suami. Jejaka tu mencelikkan matanya apabila terasa sesuatu di kepalanya.

"Eh sayang. Bila balik?" Soalnya dengan suara serak basah dan bangun dari baringannya.

"Baru ja balik dengan sepupu tadi." Fattah memandang wajah isterinya.

"Abang minta maaf sebab tak ambil sayang. Abang letih." Rysha mengukir senyuman manisnya dan dipegang tangan Fattah.

"Tak apa. Rys faham." Jejaka tu tersenyum. Dia bersyukur mempunyai isteri seperti Rysha yang memahami nya. Jika orang lain pasti sudah balik mengamuk sebab tak pergi ambil.

Fattah menundukkan sedikit badannya. Rysha sudah cuak kerana wajah suaminya sangatlah dekat tambahan lagi rambut Fattah serabai dan baju kemeja putihnya tidak berbutang dua dari atas.

"Why sayang, hm?" Dalam suara tu sambil mengusap pipi Rysha. Gadis tu meneguk air liur nya. Jantung usah dicakap bagaikan mahu terkeluar.

Kenapa suaminya nampak sexy sangat bila bangun tidur. Dengan suara serak basah nya. Rambut serabai nya boleh meluluhkan iman seorang Rysha Adellia

Rysha tersentak dari lamunan nya bila pipi kanan terasa sesuatu benda lembut menyentuh.

"Sini duduk dekat abang." Diletakkan tubuh kecil tu ke peha nya. Pinggang ramping Rysha dipeluk kemas.

"Letih abang tadi hilang bila dapat peluk sayang." Kata Fattah dengan kepala dilentokkan di bahu si isteri.

"Abang minta maaf sebab tak pergi ambil tadi. I am so sorry about that. Abang tak sengaja." Mohon nya walaupun Rysha tidak memarahi nya tapi dia tetap rasa bersalah.

"Kan Rysha dah cakap tak apa lagipun Rysha faham abang penat dengan kerja." Diusap belakang rambut si suami. Fattah yang mendapat tindakan isterinya hanya membiarkan saja. Terasa selesa bila diusap bergitu.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now