BAB 24

8.1K 405 16
                                    

"Kau tak payah nak ajar aku lah budak. Kalau kau attitude tinggi sangat mana mak bapak kau? Suruh datang jumpa aku kalau berani." Cabar Datin Nurina.

"Berani nak berhadapan dengan permaisuri?" Rysha berpeluk tubuh. Mereka berkerut dahi tidak faham.

"Kenalkan. Tunku Raja Rysha Adellia binti Tunku Raja Ryzad and he is my husband King Fattah bin King Fuad." Masing masing sudah meneguk air liur.

"Bukan saya taknak panggil bonda dan ayahda saya datang tapi diorang dekat Itali sekarang jadi tak sempat kalau nak flight  datang sini.

"Lagi satu. Saya boleh buang anak Datin dari University ni atas kes buli student lain. Saya bukan nak riak tapi tulah anak datin ni riak sangat macam lah dia berpangkat." Fina menunduk kepalanya kerana sudah salah orang untuk cari pasal.

"Saya minta maaf atas kelakuan anak saya. Fina jom balik sekarang." Mereka bertiga bergegas keluar dari pejabat.

"Maafkan saya Miss Rysha."kata Mr. Danny dan Rysha mengangguk saja.

"Jom balik abang rawat bibir sayang." Digengam tangan kecil isterinya.

"Ganas juga isteri abang ni sampai tumbuk dia." Rysha tergelak kecil.

"Rys minta maaf sebab Rys, Fattah kena datang Uni." Dia masih belum biasa untuk panggil Fattah dengan panggilan 'abang' lagipun suaminya seperti okeyh saja dia panggil dengan nama.

"Tak ada apa lah sayang. Biasalah tu." Diboloskan diri ke dalam kereta masing masing kerana Rysha datang ke Uni dengan keretanya sendiri. Sempat mesej dihantar kepada dua sepupunya bahawa dia balik terlebih dahulu.

"Sayang" panggil Fattah dan isterinya menoleh.

"Mama dan papa nak abang bawa sayang pergi jumpa diorang malam ni. Sayang okeyh ja kan?" Rysha diam dahulu sebelum menganguk.

"Baju sayang abang dah beli. Nanti tengok lah dalam almari tu." Digosok kepala Rysha.

"Terima kasih." Tersenyum Fattah dan mengatur langkah keluar dari bilik tersebut.

MINYAK wangi disembur ke arah kiri dan kanan. Nak jumpa ibu dan ayah mertua perlu lah kemas dan wangi.

"Sayang dah siap ke?" Soal Fattah dari luar bilik.

"Dah." Dicapai bag sandang nya dan didekati ke arah pintu. Tombol pintu dipulas dan terpaparlah wajah si suami.

"Jom" Disambut tangan Fattah dan diatur langkah turun dari tangga.

"Mana 4 anak buah Fattah?" Pelik Rysha bila tidak nampak ke empat jejaka tu.

"Diorang tinggal dekat markas jadi rumah ni hanya tinggal kita dua lah." Terangguk angguk kepala Rysha. Fattah membuka kan pintu untuk isterinya.

"Thanks." Suami mithali betul. Eh terpuji pula tapi tak apa lah suami sendiri.

SETIBANYA di sebuah banglo dua tingkat, sepasang suami isteri tu melangkah keluar dari kereta.

"Assalamualaikum." Fattah melangkah masuk dengan tangan kiri mengengam tangan kanan si isteri.

"Walaikumusalam eh dah sampai dah anak mama dan menantu mama." Rysha mengukir senyuman dan menyalam tangan mama mertua nya.

"Mama sihat?"

"Sihat alhamdulillah meh lah duduk." Diikuti langkah mama nya ke ruang tamu.

"Pa." Disalam tangan papa mertua nya pula. Papa Fuad hanya tersenyum.

Fattah memandang ke arah papa nya dan dibuat dumb up. Tergeleng kepala papa nya melihat perangai anak. Tak ubah langsung.

"Fattah dah ceritakan semua dekat Rysha?" Gadis tu menoleh ke arah Fattah dan menganguk kepalanya.

"Dah tapi Rysha tak boleh nak terima anak papa seratus peratus lagi." Fattah memegang dada nya. Papa Fuad sudah menyampah dengan anak lelakinya.

"Tak apa kami faham lagipun masih awal lagi. Kenal kenal lah dulu." Tutur Papa dan Rysha mengangguk dengan senyuman. Tangan kanan nya diletakkan di atas peha kiri si suami.

Mengeras tubuh jejaka tu. Dipandang tangan Rysha dan memandang isterinya yang memandang ke arah mama nya. Diulang sebanyak tiga kali dan akhirnya disandarkan badannya di sofa. Lemah jantung.

King mafia ke King drama?.

"Minumlah Rysha"Pelawa mama Farhanah.

"Terima kasih susah susah ja ma." Ditiup perlahan teh o panas tu dan dihirup.

"Panas ke teh tu?" Tanya Fattah dan Rysha mengangguk kepala.

"Tapi tak sepanas cinta abang dekat sayang." Dikenyitkan mata kirinya. Rysha menjeling tajam.

"Anak mama ni memang buaya ke bagi ayat manis?" Tanya Rysha. Tersedak Fattah dan papa Fuad melepaskan ketawa nya.

"Apa ni sayang"Calar maruah nya bergini. Elok elok jadi manusia dikatakan buaya. Sedih lah macam ni.

"Dia belajar dari papa dia lah tu." Terhenti ketawa papa Fuad dan pandang isterinya tidak percaya.

"Apa abang pula kena ni." Rysha tergelak kecil. Tidak disangka orang tua Fattah dapat menerima nya dengan baik.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now