BAB 2

9.3K 430 8
                                    

"Rys kau siap kan nota sejarah?" Tanya Auni dan dibalas anggukan oleh Rysha. Diserahkan buku nota nya ke arah Auni.

"Macam tau tau ja kau ni." Rysha bergumam saja. Sudah faham sangat dengan Auni.

"Rys." Dijongket keningnya ke arah Lyna.

"Kau taknak buka hati dekat sesiapa ke?"Nafas perlahan dihela dan digelengkan kepalanya.

"Cukup lah apa yang dah jadi Lyn. Aku taknak benda tu ulang 2 kali." Tenang dia berkata dan tangan naik berpeluk tubuh.

"Aku tahu kau ada kisah silam yang kau tak boleh lupa tapi kau perlu tau, tak semua lelaki dalam dunia ni jahat. Apa apa pun aku support ja keputusan kau." Lyna menepuk bahu sepupunya untuk memberi semangat.

"Thanks"Lyna hanya mengukir senyuman manisnya saja.

"Gosip tak ajak." Sampuk Auni.

"Kau ni tak habis habis dengan gosip kau tu." Auni menjuihkan bibirnya bila Lyna berkata bergitu.

"Jahat nya lupa kan sepupu korang yang satu ni." Auni dah mula mahu merajuk. Rysha menjulingkan matanya. Tak drama sehari tak sah budak ni.

"Kau tak payah nak merajuk dekat sini eh. Behave sikit kita dekat sekolah." Tutur Lyna.

"Yelah yelah. Aku tengah tak puas hati dengan mamat sorang ni. Dia tak habis habis nak kacau aku." Geram Auni.

"Siapa pula yang kau geram ni?" Soal Lyna. Auni menghela nafas nya.

"Siapa lagi kalau bukan Si Zyuhan tu. Nama elok ja tapi perangai selalu kacau orang."Diketuk ketuk pen nya di meja tu menandakan dia geram.

"Bila dia kacau?" Datar suara Rysha bertanya.

"Masa aku nak pergi tandas tadi. Dia sekat jalan aku lepastu bagi kata kata manis oh tolong lah aku tak cair." Dijulingkan matanya tanda menyampah.

"Entah entah dia suka kau. Lagipun aku tengok dia boleh tahan hensem asal tak ambil jadi crush?" Usik Lyna.

"Malas aku. Aku taknak orang yang kejar aku. Biar aku kejar dia dulu takpa." Lyna mengeleng kepalanya perlahan.

"Kau ni pelik pelik lah nak kau kejar dulu lah apa lah. Dah macam perigi cari timba tau!" Auni mengangkat bahu nya tidak kesah.

"Biarlah perigi cari timba dulu dah timba tu lama sangat nak cari perigi." Katanya. Rysha tergeleng perlahan dan dipandang skrin telefonnya semula.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now