BAB 53

6.2K 296 3
                                    

Fattah berpeluk tubuh sambil memandang isterinya yang perut membuncit tu. Sedap sungguh melantak makanan ringan sampaikan kehadiran nya Rysha tidak tahu.

"Sedap sungguh melantak sampai abang pun tak dipandang." Terkejut Rysha dan menoleh ke arah suaminya.

"Aaaa abangggg" Dia berlari kecil mendapati Fattah. Tersenyum jejaka tu melihat isterinya lari seperti penguin. Kandungan Rysha sudah cecah 5 bulan.

"Hm abang marah keee."Didongakkan memandang wajah jejaka tu dengan kedua dua tangan erat memeluk pinggang Fattah.

"Kenapa abang nak marah sayang pula ni? Sayang tak buat salah pun." Diusap sayang kedua pipi gebu tu.

"Sayang tu mengandung jadi jangan makan makanan ringan banyak sangat okeyh?" Lembut tutur bicara sang suami. Rysha angguk pantas.

"Nak buah?" Soal Fattah dan isterinya mengangguk lagi.

"Nak. Nak buah anggur" sengihnya menampakkan gigi putih nya.

"Sayang duduk dirumah baik baik. Abang keluar pergi beli." Dicium kedua pipi isterinya dan Rysha menyalam tangan Fattah.

"Bye abang!" Dilambai tangannya apabila jejaka tu melangkah keluar dari rumah.

"Take care sayang." Ditutup pintu rumah tersebut. Rysha kembali ke ruang tamu untuk mengemas makanan ringan nya tadi.

"Assalamualaikum!" Rysha menoleh ke arah pintu dan didekati. Buka saja pintu, terpaparlah wajah sepupunya dan suami mereka.

"Walaikumusalam masuk lah." Jemput Rysha dan ke empat mereka mengatur langkah masuk ke dalam.

"Sunyi ja mana suami kau Rys?" Soal Auni dan duduk disebelah suami nya.

"Dia keluar pergi beli buah. Sekejap lagi balik lah tu." Mereka menganguk faham.

"Dah berapa bulan Rysha?" Tanya Huzai tentang kandungan nya.

"Dah lima bulan dah pun. Tak sabar nak tunggu dia keluar." Tangan kanan naik mengusap perutnya yang membuncit.

"Mesti muka dia cantik atau handsome macam korang dua." Tutur Lyna dan Rysha mengukir senyuman manis.

"Korang dari mana?"

"Dari pasaraya singgah sini. Ni kami ada belikan barang dapur sikit untuk kau." Rysha menyambut huluran Auni.

"Terima kasih lah. Susahkan korang pulak."

"Tak ada apa lah. Hal kecil ja dah alang alang kami pun nak beli barang dapur tadi." Idham mula membuka suara.

"Assalamualaikum sayang siapa yang datang ni?" Mereka menoleh ke arah pintu bila ada yang membuka.

"Walaikumusalam ni ha sepupu Rys." Fattah melangkah mendekati mereka dan berjabat tangan dengan dua jejaka tu.

"Lama sampai?" Soal Fattah.

"Baru ja sampai. Banyak beli buah." Kata Huzai sambil memandang ke arah plastik di tangan Fattah.

"Biasalah ibu mengandung." Mereka tergelak kecil. Jejaka tu mengatur langkah masuk ke dapur.

"Oh ya sekejap eh aku pergi buatkan air." Rysha bingkas bangun dari duduknya.

"Eh Rys tak yah lah susah susah. Kau tu mengandung." Risau Lyna.

"Tak apa lah. Sekejap eh." Diatur langkah ke dapur dan ternampak lah sosok tubuh belakang si suami.

"Abang." Ditepuk bahu jejaka tu dan dia menoleh sambil tersenyum buat si isteri.

"Sayang nak buat air ke?" Rysha menganguk kepalanya.

"Biar abang ja buat. Sayang duduk lah dekat ruang tamu." Dia tidak mahu Rysha buat kerja rumah. Biarlah dia susah payah sekalipun asalkan isterinya dan anak nya dalam kandungan baik baik saja.

"It's okeyh lah abang. Rysha boleh buat." Senyuman tidak lekang di bibir. Fattah mengosok kepala isterinya perlahan.

"Oh shit. Sayang tak pakai tudung?" Tersentak gadis tu dan mereka berdua berpandangan.

"Allah. Rys lupa." Fattah menepuk dahi nya dan berlari naik ke tingkat dua. Hairan mereka disitu.

"Dah kenapa tu?" Soal Idham ke arah isterinya. Gadis tu mengangkat bahu tidak tahu.

Fattah masuk semula ke dalam dapur dan dipakaikan tudung di kepala isterinya.

"Sayang jangan lupa dah lain kali. Aurat sayang tu abang ja boleh tengok." Kening jejaka tu terukir tajam.

"Maaf lah abang. Rys terlupa bukan saja saja."Fattah hela nafas perlahan. Rysha menjingkit sedikit dan mengucup pipi suaminya.

"Maaf." Fattah yang melihat raut wajah bersalah isterinya tidak tega untuk memarahi. Dia menunduk mendekati wajah Rysha.

"Janji dengan abang jangan buat dah tau." Dikucup sekilas pipi kanan Rysha agar gadis tu tahu dia tidak marah sama sekali dengan kelalaian isterinya.

"Janji." Tersenyum Fattah melihat dan dicubit lembut pipi gebu tu sebelum menyambung tugas nya untuk memotong buah.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now