BAB 30

7.2K 369 7
                                    

"why you do this? Sayang bahayakan nyawa sayang sendiri tau tak." Tajam mata Fattah ke arah isterinya. Fariz sudah dibawa ke bilik bawah tanah setelah pertarungan menang ditangan King Fattah.

"Rys nak tolong ja."

"Tolong membahayakan diri sendiri? Sayang tu perempuan tak payah nak tunjuk hebat sangat. Tadi nasib sempat abang tarik sayang kalau tak dah lama peluru tu tembus jantung sayang!" Rysha menghela nafas nya perlahan.

"Ya abang Rys tahu Rys bahayakan diri sendiri tapi Rys tak lemah macam apa yang abang fikirkan. Rys juara silat peringkat antarabangsa. Selama ni Rys pura pura lemah sebab Rys nak tahu sama ada abang boleh jaga orang yang lemah atau tak. Kalau abang nak marah Rys marahlah. Nak pukul Rys pun pukul lah Rys terima." Dia menundukkan kepalanya.

"Kalau Rysha juara silat kenapa boleh tumpas ditangan Mikha?!"

"Abang nak tahu?" Fattah menganguk.

"Masa umur Rys 16 tahun. Rys memang seorang yang penakut. Tak mampu nak lawan orang lain. Disebabkan tu Mikha buat Rys macam macam sampai Rys koma." Dia berhenti sebentar. Fattah melutut depan isterinya yang duduk di birai katil.

"Lepas Rys sedar, bonda ayahda arahkan Rys untuk masuk silat supaya dapat jaga diri sendiri bila bonda ayahda tak ada disisi.  Awalnya Rys give up sebab semua Rys buat selalu gagal tapi Rys paksa kan diri untuk belajar. Selepas tu, masa Rys umur 17 tahun Rys kena pergi bertanding untuk silat peringkat antarabangsa. Tak sangka Rys dapat jadi juara walaupun dulu penakut." Dia tergelak kecil. Fattah berasa kagum mendengar cerita isterinya.

"Dan kenapa sayang pura pura lemah depan abang?" Soal Fattah hairan.

"Masa abang masuk Uni, Rys kenal abang siapa. Dalam group ada nama penuh abang King Fattah dan dari situ Rys tahu yang abang adalah ketua Mafia sebab ketua Mafia Drake Dragon saja yang nama dia King. Jadi Rys saja pura pura lemah depan abang supaya Rys dapat cari tau abang ni Mafia or not. Jam dekat tangan abang tu dah cukup membuktikan you are leader of Drake Dragon." Fattah pandang jam nya.

Di dalam jam tu terdapat lambang naga berwarna hitam.

"Bijak jugak isteri abang ni rupanya. But masa sayang kena culik dengan abang kenapa tak lawan?" Rysha menjulingkan matanya.

"Abang. I am sick! Abang culik Rysha masa Rysha tak sihat. Macam mana Rysha nak protect diri sendiri?" Tersengih Fattah kerana terlupa dia menculik isterinya diwaktu gadis tu sakit kepala.

"My bad. Come, i want to kiss you." Dicium kedua pipi gebu isterinya.

"I am sorry sebab abang tinggikan suara tadi. Abang takut kalau abang kehilangan bidadari abang." Fattah mendakap erat tubuh kecil Rysha.

"Tak apa. Rysha faham. I am sorry too." Dibalas pelukkan suaminya. Fattah tersenyum bila si isteri membalas pelukkan.

"Rys mengantuk lah." Fattah menekup kedua pipi tu sehingga memuncung bibir nya.

"Sini tidur dengan abang." Dibaringkan tubuh isterinya dan dikunci pintu dari dalam. Risau pula kalau anak buahnya terjah masuk disebabkan mereka masih di markas.

Fattah naik ke atas katil dan merebahkan dirinya di belah kiri Rysha. Pinggang ramping tu ditarik dekat. Diselak rambut yang menutupi wajah isterinya.

"Sleep." Arah Fattah dan dicium pipi tu sekilas. Mata cantik Rysha perlahan lahan tertutup rapat apabila si suami menepuk bahu nya.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now