"Rysha boleh saya pinjam telefon awak sekejap? Telefon saya jadi tak boleh nak buka pdf." Rysha menyerahkan telefonnya kepada Sir Fattah.
"Tak ada password?" Rysha mengeleng kepalanya tanda tidak.
"Susah kalau ada kecemasan nanti." Jawabnya.
"Kalau awak dah bersuami nanti awak bagi dia tengok telefon awak?" Sengaja Fattah bertanya sekadar ingin ada perbualan.
"Saya okeyh ja. Lagipun suami kan nak sembunyi apa." Tenang dia menjawab sambil duduk di kerusi. Sepupunya dah balik jadi tinggal mereka berdua saja.
"Selalunya orang nak privasi lain pulak dengan awak ni." Mata Fattah tidak lepas dari skrin.
"Sesetengah orang ja kita perlu privasi tapi dengan orang yang kita dah percaya seratus peratus buat apa nak sorok."
"Jadi awak percayakan saya la ni? Sebab dah bagi saya pegang telefon awak." Usik Fattah.
"Sir nak guna bersebab jadi tak apa lah." Disambut semula huluran telefonnya dan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Hati hati balik." Rysha mengangkat simbol okeyh sambil keluar dari dewan.
Bibir Fattah mengherot senyuman sinis sebelum dia turut keluar dari dewan tersebut.
RYSHA pandang sekeliling mall tu. Kedua tangan nya naik berpeluk tubuh. Entah kenapa dia terasa seperti diperhatikan.
Diatur langkah ke kedai alat tulis. Beberapa batang pen di ambil dan dicapai satu buku nota segi empat tepat.
Mata kelabu tu hanya pandang dari jauh sahaja. Sudahlah keluar seorang diri kalau jadi apa apa kan bahaya.
Ternaik kening kanan Fattah bila ada seorang jejaka menghampiri Rysha bila gadis tu berada di depan pintu kedai alat tulis.
"Hye Rysha. Remember me?" Ditoleh ke arah punca suara dan bibir diketap rapat apabila wajah bekas teman lelaki nya masa tingkatan 4 mula menunjuk muka depan dirinya.
"Kau nak apa lagi Mikha?" Dingin suara Rysha. Jejaka tu tersenyum kacak.
"Of course lah nak you sayang. Puas i cari you tau. You tak rindu i ke?" Rysha berdecit dan mengeleng kepalanya.
"Buat apa aku nak rindu dekat lelaki bersifatkan iblis macam kau? Kau lupa kau tu dayus?" Wajah Mikha memerah menahan marah.
"Kau ulang sekali lagi apa kau cakap tadi." Tangan nya terkepal erat.
"Apa kau nak pukul aku lagi macam dulu? Eh kau jangan ingat aku lupa apa yang kau dah buat dekat aku. Kau punca aku koma 5 bulan." Diatur langkah pergi meninggalkan Mikha.
"Aku akan dapatkan kau balik Rysha! Walaupun cara kotor sekalipun!" Rysha mengabaikan kata kata Mikha. Dia perlu jauhkan diri dengan lelaki psycho tu.
Nafas dihela perlahan dan dia terhinjut bahu akibat terkejut bila bahunya disentuh.
"Hey rilex girl." Rysha lega bila Sir Fattah yang menegurnya. Dia ingatkan Mikha tadi.
"Sir buat apa dekat sini?" Soal Rysha supaya tidak janggal.
"Saja jalan jalan tak sengaja jumpa Rysha. Ni kenapa muka macam lepas kena kejar hantu ja ni? Are you okeyh?" Suara Fattah kedengaran prihatin.
"Ha? Okeyh okeyh. Tak ada apa pun." Diukir senyuman nipis agar Sir Fattah tidak mengesyaki apa apa.
YOU ARE READING
KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓
RomanceKING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dimana sisi kejam serta sisi soft spoken ketika bersama bidadari nya. RYSHA ADELLIA- Bidadari syurga Kin...