"Bonda! Ayahda! Rindunya!" Rysha berlari mendakap erat tubuh orang tuanya apabila kedua orang tua tu duduk di sofa ruang tamu.
"Bonda pun rindu kamu. Macam mana berumah tangga dengan Fattah? Okeyh?" Soal bonda Adeena lembut. Rysha mengangguk.
"Fattah baik. Dia tak pernah kasar dengan Rys." Tersenyum mereka mendengar. Fattah yang disitu sudah tersengih kambing.
"Alang alang kita semua dah ada dekat sini apa kata kita bincang tentang respsi diorang?" Ayahda Ryzad memandang wajah wajah disitu.
"Boleh jugak tu" sokong papa Fuad. Rysha bingkas bangun ke dapur untuk membancuh air. Fattah yang melihat isterinya ke dapur turut bangun.
"Sayang" dicium pipi tu dan dipeluk pinggang ramping isterinya.
"Apa abang ni? Nanti yang lain nampak macam mana?" Fattah menoleh ke arah luar dapur sekilas.
"Takkan nampak punya lagipun biarlah, sayangkan isteri abang." Disangkut dagunya di bahu Rysha.
"Ikut suka abang lah. Dilarang makin menjadi." Kendengar ketawa halus dari suaminya menyapa gegendang telinga.
"Abang geli lah."Bengang Rysha bila Fattah menyorokkan wajah nya di ceruk leher putih tu.
"Dah sana. Rys nak pergi hidang." Ditolak ketepi tubuh tegap tu. Baru saja hendak melangkah, tangan sasa tu menahan.
Fattah mendekatkan wajahnya ke wajah tu. Diukir senyuman manis nya sebelum dikucup sayang pipi si isteri. Di ambil dulang di tangan Rysha dan dibawa ke ruang tamu.
Wajah Rysha membahang. Diketap bibir dari tersenyum bila mengingati tindakan jejaka tu tadi. Rasa nak sorokkan muka dalam sinki.
FATTAH merangkak naik ke atas katil dan didekati isterinya dan bermain ipad. Direbahkan badannya di peha Rysha.
"Sayang." Suara garau tu membuatkan si gadis menunduk memandang ke arah nya.
"Taknak peluk abang ke sayang?" Soalnya. Rysha tergelak kecil dan disimpan iPad nya.
"Come" didepa tangannya. Fattah bangun dan masuk ke dalam dakapan Rysha. Dia suka peluk isterinya.
"Hmm" Fattah mengeratkan lagi pelukkan nya. Lapang hatinya bila memeluk bidadari syurga nya.
"Sayang, abang ada belikan sayang tudung bawal. Besok pergi Uni pakai tau." Bisiknya tanpa melepaskan pelukkan. Rysha terdiam seketika.
"Baiklah. Terima kasih belikan." Fattah menekup kedua pipi gebu tu dan diusap sayang.
"My pleasure. Apa yang ada dekat sayang hanya abang sorang ja yang boleh tengok. Orang lain? Tak boleh. Abang nak jaga bidadari syurga abang ni elok elok." Katanya dan digeselkan hidungnya dengan hidung Rysha.
"Beruntung Rys dapat abang." Bibirnya menguntum senyuman manis. Fattah menjongket keningnya berkali kali.
"Tak menyesal dapat kahwin dengan abang? Serius beruntung?" Laju gadis tu menganguk.
"Sebab abang tak pernah nak berkasar dengan sayang macam tu?" Didekati isterinya secara tiba tiba membuatkan Rysha terkejut dan secara drastik dia mengundur ke belakang.
"Terkejut Rys." Fattah hanya tergelak kecil dan ditarik pinggang tu agar dekat dengannya semula.
"Tak sabar nak tengok sayang pakai baju resepsi dengan tudung. Mesti bertambah cantik berpuluh kali ganda kan sayang." Memerah wajah Rysha bila mendengar kata kata si suami.
"Kenapa muka merah ni sayang? Are you blushing again babygirl?" Mengecil mata Fattah dengan senyuman mengusik.
"Tak mana ada Rys blushing." Ditahan dada Fattah yang semakin dekat dengannya. Apa dekat dekat ni suka saya ke?.
"Your face."
"Kenapa?" Tanya Rysha dengan kening bertaut.
"So pretty babygirl. Abang tak cintakan sayang sebab rupa tapi abang cintakan sayang kerana Allah. Abang sedar cara abang nak dapatkan sayang macam kotor tapi abang nak memiliki sayang secara halal supaya senang abang nak sentuh, nak belai, nak peluk bila sayang tengah sedih." Terdiam Rysha mendengar tutur bicara Fattah.
"Sekali lagi abang tanya. Sayang bahagia dengan abang? Jujur." Dari mata kelabu tu dapat Rysha lihat bagaimana jejaka tu sangat menyayanginya.
"Rys bahagia dengan abang. Dulu ya Rys marah dengan tindakan abang tapi sekarang Rys dah boleh terima abang sebagai suami Rys sepenuhnya." Hampir saja badan Rysha terjungkal ke belakang disebabkan Fattah memeluknya.
"Terima kasih sayang." Dicium lama pipi kanan Rysha. Hatinya
YOU ARE READING
KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓
RomanceKING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dimana sisi kejam serta sisi soft spoken ketika bersama bidadari nya. RYSHA ADELLIA- Bidadari syurga Kin...