BAB 48

5.9K 293 2
                                    

"Korang dua ni taknak kahwin ke?" Soal Rysha dan Auni dengan Lyna tersengih sambil mengaru kepala yang ditutupi tudung. Mereka sudah mula biasakan diri dengan memakai tudung atas semangat dari sepupu mereka.

"Tengah saling kenal mengenali." Kata Lyna dan Rysha menganguk faham. Tak lama dah ni nak makan nasi minyak.

"Cepat cepat lah ye aku dah tak sabar nak makan nasi minyak." Dua gadis tu menjeling ke arahnya.

"Yang kau tu bila nak bagi anak buah dekat kami ni?" Tersedak Rysha yang sedang minum. Auni mengusap belakangnya.

"Nanti adalah tu rezeki." Dipegang perutnya seakan ada nyawa lain disitu. Dia juga mahukan anak tapi mungkin belum rezeki mereka berdua lagi.

FATTAH menyelak dan diselak lagi helaian kertas tu dengan marah. Dihempas file tu ke atas meja.

"Kerja mudah macam ni pun tak boleh nak buat? Aku nak kau buat semula!" Jerkahnya kuat dan dilempar file tu ke arah staff nya.

"B..baik boss." Dia terus keluar dari office boss nya itu. Fattah menghempaskan pungungnya di kerusi kerja.

Mata dilarikan ke arah frame gambar isterinya dan tidak semena mena bibirnya menguntum senyuman manis.

Amarah yang sebentar tadi lenyap seakan dibawa angin setelah melihat wajah bidadari syurga nya. Senyuman manis tu mampu menenangkannya.

"Abang rindu dekat sayang." Diketuk jari telunjuknya di meja kerja dengan kepala didongakkan memandang siling.

Mata memandang ke arah jam menunjukkan pukul 1 tengah hari. Dia bingkas bangun untuk mengambil isterinya pulang.

Masuk saja ke dalam kereta, Fattah menyembur perfume nya dibadan. Nak ambil isterinya perlu lah wangi wangi barulah isteri kesayangan taknak berjauhan.

Dia memulakan pemanduan nya ke Uni Rysha. Sambil memandu dia bernyanyi kecil mengikuti lagu di radio.

Sesampai saja di Uni sudah nampak isterinya sedang menunggu. Rysha yang perasan kereta suaminya segera menghampiri.

Disalam tangan Fattah namun baru hendak menarik suaminya mengengam dan dicium kedua pipi gebu tersebut.

"Abang rindu sayang." Digosok kepala Rysha.

"Rysha lapar." Fattah tersenyum kecil.

"Jom abang bawa sayang pergi makan tengah hari." Bersinar mata gadis tu dan menganguk laju.

"But wait." Didekati suaminya dan dihidu bau di bahu Fattah.

"Hm wangi." Tersenyum dia dan dilentokkan kepalanya di bahu tetap si suami. Dalam diam Fattah tersenyum suka.

Tangan kiri Fattah mengengam tangan kanan Rysha. Dibiarkan saja isterinya melentokkan kepala di bahu. Dia tidak akan merasa rimas kerana isterinya adalah penawar nya.

"Harini ada yang kacau sayang ke?" Tanya Fattah.

"Tak ada. Semuanya baik baik ja." Jawabnya dengan mata terpejam. Bukan tidur cuma mahu rehatkan diri sekejap sambil bau aroma wangian suaminya.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now