BAB 54

12.3K 405 27
                                    

"abang" panggil Rysha. Fattah yang mendengar suara lembut isterinya segera menoleh.

"Ya sayang kenapa? Sini dekat abang." Ditarik lembut pengelangan Rysha. Gadis tu duduk di atas pehanya.

"Abang sayangkan Rysha?" Fattah tersenyum dan mengangguk. Diusap sayang rambut panjang tu.

"Abang sayangkan isteri abang dan anak kita. Abang janji dengan sayang abang tak akan dua kan sayang walau apa pun jadi." Diusap perut isterinya yang membuncit. Dicium lama perut tu.

"Selama abang bersama Rysha, abang tak bosan layan Rysha?"

"Sayang, kenapa tanya macam tu? Tak pernah terdetik di hati nak bosan dengan sayang. Tengok muka sayang pun dapat tenangkan hati abang." Jari telunjuk kirinya naik mengusap pipi gebu tu.

"Bila anak papa nak keluar ni? Dah 9 bulan dah ni." Dicium cium perut isterinya.

"Tak bosan ke duduk dalam perut bonda ja. Keluarlah sayang" digesel hidungnya di situ. Rysha tergelak kecil melihat suaminya.

"Eh sayang dia tendang." Teruja Fattah dan memandang wajah si isteri. Diusap perlahan perut tersebut.

Kening Rysha bertaut dan dahinya berkerut menahan sakit di bawah perutnya. Tangan naik memegang.

"Abang, perut Rysha sakit." Dicengkam lengan sasa suaminya.

"Hah sakit? Nak beranak dah ke? Abang nak kena buat apa ni? Jadi bidan terjun pulak ke?" Panik Fattah.

"bawaklah pergi hospital abang! Sakit ni!" Jejaka tu pantas mencempung keluar dari rumah. Pintu kereta dibuka dan diletak isterinya perlahan lahan.

"Sabar sayang." Dia berlari memakai kasut nya dan dicapai kunci kereta serta telefon dan dompet duit. Setelah pintu rumah dikunci, dia berlari ke kereta semula.

Hospital.

"Encik nak masuk sekali ke?" Tanya nurse. Fattah sudah gelisah mahu masuk atau tidak dan dia menganguk saja. Isterinya perlukan dia sekarang.

"Abang sakit abang." Dipegang lengan sasa Fattah. Jejaka tu memandang wajah isterinya.

"Kuat okeyh sayang. I am here with you."dikucup ubun ubun tu dengan lama. Gelisah, takut, risau menjadi satu dalam diri seorang King Fattah.

"Bila saya suruh teran puan teran ya." Rysha mencengkam lengan suaminya.

"Teran."

"Arghhhh" Fattah hanya memandang wajah isterinya saja.

"Lagi puan dah nak keluar dah ni."

Fattah mengetap bibir menahan sakit di bahagian pengelangan nya. Namun dia tahu sakit di tangan tidak sakit seperti mana isterinya sedang melahirkan anak mereka.

Tidak lama kemudian, tangisan bayi kendengaran di bilik tersebut. Fattah mengucup dahi Rysha lama.

"Terima kasih sayang. Dont close your eyes." Bisik Fattah dengan lembut. Rysha tidak mampu mengeluarkan suara nya kerana penat bertarung nyawa melahirkan si anak.

AYAHDA Ryzad mendekati menantunya apabila jejaka tu melangkah keluar dari labour room.

"Macam mana dengan Rysha? Dah selamat bersalin?" Tanya Ayahda Ryzad risau. Fattah ukir senyuman manis.

"Alhamdulillah Rysha selamat lahirkan baby boy. Jom masuk." Mereka semua mengikuti langkah Fattah ke dalam wad yang ditempatkan oleh Rysha.

"Assalamualaikum anak bonda." Bonda Adeeena mendekati anak perempuan nya. Rysha menyalam tangan bonda Adeena.

"Ni anak puan." Mereka menoleh ke arah nurse yang membawa masuk anak lelaki mereka.

"Sini papa azankan sayang." Fattah mengambil anak nya dengan penuh berhati hati.

"Congrats Rysha selamat lahirkan baby boy." Ucap Lyna dan sepupunya hanya tersenyum.

"Congrats dekat korang dua dah mengandung 2 bulan." Mereka tersenyum dan menganguk.

"Sayang. Ni anak kita." Ditolehkan ke arah suaminya yang membawa anak lelaki nya.

"Hai anak bonda Tunku King Fahazril Azly." Dicium pipi anak nya.

"Papa harap rumah tangga kamu berdua berkekalan sehingga akhir hayat. Papa taknak nanti akan ada kes penceraian. Allah tak suka satu rumah tangga tu bercerai. Fattah, papa harap kamu boleh jadi suami dan ayah yang terbaik pada masa akan datang." Fattah tersenyum dan menganguk dengan kata kata papa nya.

"In shaa Allah pa. Fattah akan cuba sehabis baik. Sayang" didekati isterinya dan dicium ubun ubun tu sebelum memandang ke arah anak nya.

"Terima kasih sebab lahirkan putera kita dan terima kasih sebab terima baik buruk abang dan tak pernah mengeluh dengan sikap abang. Sayang bidadari syurga abang yang dianugerahkan oleh Allah untuk abang jaga." Tutur Fattah dengan mata menatap sayang mata isterinya. Dikucup sekali lagi ubun ubun tu dan setitik air mata Rysha jatuh ke pipi kerana tersentuh dengan kata kata si suami.

"Terima kasih juga kepada abang sebab tak pernah sikit pun berkasar dengan Rysha. I am lucky to have you encik husband." Fattah mengusap lembut pipi isterinya dan mengusap pula pipi si anak.

Tunku Raja Rysha Adellia hanya bidadari syurga milik King Fattah. Semoga rumah tangga yang dibina akan berkekalan sehingga akhir hayat.

"I promise I will always be a protector for you and our child." Bisik Fattah.

Tamat.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Where stories live. Discover now