Usai dengan tugasannya, Win bergerak menuju ke tempat penyimpanan barang peribadi pekerja yang terletak di dalam stor restoran.
"Win, boss nak jumpa kau sejekap." Ujar seorang dari rakan sekerjanya.
"Kenapa pula boss nak jumpa aku?" Soal Win kepada rakannya itu.
"Entah." Singkat jawapannya.
Dengan penuh kegusaran, Win melangkah ke ruangan yang tertera Management didaun pintunya.
Setelah mengetuk pintu untuk meminta kebenaran masug, Win menolak daun pintu dari luar dan memasuki ruangan bossnya itu.
"Ada apa boss nak jumpa saya?" Soal Win sebaik sahaja langkahnya berhenti di hadapan meja majikannya.
"Kamu duduk dulu, saya ada perkara yang hendak dibincangkan." Terang majikannya.
Dengan penuh kegusaran, Win melabuhkan punggungnya diatas kerusi menghadap majikannya yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di skrin tabletnya.
"Tunggu sekejap." Pinta majikannya sebelum memusing kerusinya dan bergerak menuju ke mesin cetak. Kemudian, dia kembali melabuhkan punggungnya henghadap Win sambil sehelai kertas diletakkan dihadapannya.
"Win, saya ada berita baik untuk kamu." Ujar majikannya.
"Berita apa boss?" Soal Win dengan penuh kemuskilan.
"Saya ada tawaran kerja untuk kamu dengan gaji yang lebih besar dan EPF turut disediakan." Terang majikannya.
"Betul ke ni boss." Soal Win sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
Hanya dengan anggukkan, Win mendapat jawapan kepada pertanyaanya.
"Terima kasih boss." Ucap Win dengan penuh keriangan.
"Sama-sama." Balas majikannya.
"Tapi kerja apa boss?" Soalnya lagi.
"Kamu akan jadi pengasuh kepada anak seorang pelanggan tetap kita." Terang majikannya sambil menyerahkan kertas kenyataan tentang pekerjaan baharunya.
Setelah meneliti semua yang tertera di dalam kertas kenyataan, Win akhirnya bersetuju untuk memulakan kerjanya pada keesokan harinya.
"Kamu tunggu sekejap, saya akan bagitahu majikan baru kamu." Ujar majikannya itu.
"Baik boss." Balas Win sambil matanya kembali meneliti kertas ditangannya.
__________________________
Jong yang sedang memasukkan pakaian kedalam mesin pencuci menghentikan semua yang dia lakukan apabila mendengar deringan dari telefon pintarnya. Menyeluk sakunya dan melihat nama yang tertera di skrin.
"Hello boss." Suara dari dalam talian menyapa.
"Hello! Macam mana boss, dia setuju tak?" Soal Jong dengan penuh pengharapan.
"Jangan risau boss, dia sudah setuju dan akan mula kerja esok." Jelas majikan Win.
"Really? Nanti saya akan jemput dia." Ujar Jong.
"Okay boss, nanti saya akan bagitahu Win." Balas suara dalam talian.
Henghembus nafas lega apabila permintaanya dipersetujui oleh Win untuk menjadi pengasuh kepada Mike.
Bersambung...
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...