Ligat tangannya menyusun buku-buku dan mainan Mike yang berselerak diatas meja. Memandangkan dirinya diambil bekerja sebagai pengasuh kepada anak majikan merangkap boyfriend tidak sahnya, Win hanya mampu protes didalam hati.
TINGGG!
Deringan kedengaran dari Iphone 14 pemberian Jong menandakan ada pesana masuk.
Jong: Sayang, makan tengahari abang dan Mike tak balik. Kita orang makan diluar.
Win: Baiklah abang. Makan malam macam mana?
Jong: Makan malam sayang boleh masak banyak sikit ?
Win: Boleh, siapa yang nak datang?
Jong: Si Khairi dan keluarganya nak lepak kat rumah malam ni.
Win: Ohhh...baiklah abang.
Jong: Dalam pukul 7 malam dorang datang.
Win: Alright boss.
Makan tengaharinya hanya ala kadar memandangkan dirinya hanya sendiri tinggal dirumah. Sup ayam dan nasi putih menjadi pilihan Win untuk menu makan tengaharinya.
Jong memimpin tangan anak lelaki tunggalnya menuju ke restoran makanan Cina kegemaran anaknya. Setelah mengambil tempat duduk di meja yang berdekatan dengan tingkap, kelihatan Khairi memasuki restoran tersebut diekori Wani yang mendukung anaknya.
"Hi bro, silakan duduk." Pelawa Jong kepada Khairi sambil berjabat tangan sebelum mempersilakan sahabat dan isterinya duduk.
Mike turun dari kerusinya menuju ke Yusuf yang berada dipangkuan ibunya dan membawanya duduk bersama. Ketiga dewasa yang duduk berhadapan hanya memerhati dengan penuh kegembiraan melihat gelagat kanak-kanak yang masih kecil itu pandai memilih kawan.
"Mike, kenapa bawa lari Yusuf dari mamanya?" Soal Jong kepada anaknya.
"Mike tak bawa lari, cuma nak ajak kawan." Jawabnya.
"Iyalah, kawan baik-baik. Jangan gaduh-gaduh." Tegas Jong kepada anaknya yang asyik membetulkan rambut Yusuf yang sedikit serabai.
"Suf kawan dengan Mike ya." Kata Wani.
"Baik mama." Jawab Yusuf sambil memeluk rakannya itu.
Telatah comel mereka itu mencuri perhatian beberapa pasangan yang sedang duduk berhanpiran meja mereka. Ada yang melambai tangan dan membuat mimik muka comel, tidak kurang juga yang memuji.
"So macam mana rancangan kamu nak sambut birthday buah hati kamu tu?" Soalan diajukan oleh Wani sebelum menyuap nasi ke mulut Yusuf kemudian turutmenyuap Mike.
"Aku dah bagitahu Win untuk masak lebih sikit untuk malam nanti dan bagitahu yang korang akan datang lepak." Terang Jong sebelum menyambung makan.
"Kami orang dah tempah kek, lepas ni kita ambil." Ujar Khairi pula.
"Wei, terima kasih banyak-banyak. Aku baru je plan nak beli kek lepas bincang dengan korang." Ucap Jong sambil menghulurkan tangannya yang disambut oleh Khairi.
"Takde hal bro." Sahut Khairi.
"So malam nanti, korang datang je dalam pukul tujuh. Kek tu kita boleh seimpan je dulu dalam kereta. Masa makan baru kita nyanyi." Terang Jong yang merangkap pemilik utama perancangan.
"Okay boss." Sahut Khairi dan isterinya serentak diikuti ketawa.
Jam menunjukkan sudah pukul enam setengah petang dan Win kini sudah pun mengenakan pakaian yang lebih sopan memandangkan ada tetamu yang akan bertandang. Jong dan Mike baru sahaja muncul di depan pintu sambil membawa beberapa bungkusan makanan ringan untuk mereka semua nanti.
"Selamat pulang abang, hai Mike." Sapa Win menyambut kepulangan majikan dan anaknya itu.
"Thanks sayang." Balas Jong.
"Hai abang Win." Sahut Mike yang terus memeluk tubuh Win.
Mencerut wajah Jong kerana dirinya tidak dapat memeluk kesayangan yang kini berada dihadapannya memandangkan dirinya sedang membawa bungkusan cemilan.
Chup!
Kucupan manja singgah dipipi Jong membuatkan tubuhnya membeku dan kelu lidah. Geram kerana Win suka melakukan perkara seperti itu yang menggugat keimanannya.
"Abang mandi dulu, makanan ringan tu biar Win bawa ke dapur."
Ujar Win kepada Jong sambil membawa bungkusan makanan ringan yang dipegang oleh Jong. Akur dengan kata-kata kesayangannya itu, Jong membawa anak lelakinya untuk membersihkan diri mereka sebelum kedatangan Khairi dan keluarga.
Bersambung...
Sila vote dan comment review anda tentang bab ini. TQ.
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantastikMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...