Masa seakan berlalu dengan pantas sekali tanpa dirasai, tempoh pernikahan diantara Alisha dengan Jong kini menghampiri. Puan Dania sibuk membuat persedian dan tempahan yang berkaitan dengan pernikahan anaknya dengan gadis gedik pilihannya.
Katalog baju nikah dibelek dari muka surat depan satu persatu mencari busana pengantin yang cocok buat anak dan bakal menantunya nanti. Setiap rekaan dan warna busana diteliti oleh Puan Dania sambil wajahnya kelihatan tegang dan ada kalanya terukir senyuman.
"Air puan." Sapa pembantu rumah yang membawa segelas jus sejuk lalu diletakkan keatas meja berhadapan Puan Dania.
"Terima kasih bik." Ucap Puan Dania mesra sebelum kembali meneliti gambar-gambar yang tertera didalam buku di tangannya.
"Puan nak apa-apa lagi?" Soal pembantu itu lagi.
"Takde apa-apa lagi bik. Cuma nanti makan tengah hari saya tak makan di rumah sebab ada urusan diluar." Terang Puan Dania sambil mengerling kearah pembantu rumah itu.
"Baiklah puan. Saya minta diri dulu." Jawab pembantu itu sambil mengangguk tanda mengerti kata-kata majikannya itu.
Keramahan Puan Dania bersama pembantu rumahnya membuatkan mereka selesa bekerja disana walaupun sifat tegasnya melebihi segala-galanya. Tugasan haruslah diselesaikan sebelum membuat urusan yang lain dan kediaman itu adalah keutamaan bagi mereka semua. Meneguk minuman yang berada dihadapannya, terasa tekaknya terlepas dari dahaga yang dirasai akibat terlalu lama meneliti gambar-gambar yang ada didalam buku pengantin.
Hatinya melonjat gembira apabila melihat busana pengantin yang direka kemas dan elegan berwarna cream. Terbayang didalam mindanya Jong dan Alisha duduk rapat sambil mengenakan busana itu.
"Pasti macam pinang dibelah dua." Puji Puan Dania sendirian.
Berjalan dari suatu sudut, Tuan Raihan menyusun langkahnya menuju ke arah isterinya yang ralit melihat majalah yang dipengangnya tanpa menyedari kehadiran lelaki itu.
"Awak tengok apa tu? Kusyuknya." Sergah Tuan Raihan sambil menepuk sofa yang diduduki oleh Puan Dania.
"Uish! Abang ni. Terkejut Nia tau." Ajuk Puan Dania sambil mengurut dadanya yang ternyata terkejut dengan perbuatan suaminya itu.
"Abang tanya tadi, awak tengok apa tu?" Soal Tuan Raihan untuk sekian kalinya sambil melabuh punggungnya berhadapan isterinya.
Wajah Puan Dania yang masih manis walaupun garisan-garisan separuh abad kian kelihatan menandakan beliau kini sudah semakin berusia ditatap oleh Tuan Raihan dengan penuh cinta.
"Tengah tengok busana pengantin ni untuk Jong dan Alisha nanti. Ni cantikkan abang?" Jelas Puan Dania kepada suaminya yang kini sedang sibuk bermain dengan telefon pintarnya.
Melihat tiada apa-apa riaksi dari suaminya, Puan Dania bingkas bangun dan menghenyakkan punggungnya disebelah suaminya. Gunung yang menjadi aset kepada Puan Dania selama ini untuk memikat suaminya ternyata masih lagi gebu dan mengiurkan nafsu suaminya. Sentuhan lembut payudaranya ke lengan suaminya membuatkan Tuan Raihan tersentak. Lantas nafsunya tergugat dan hendak menerkam isterinya di situ.
Namun dirinya masih mampu mengawal tindakan yang akan dilakukannya kerana menyedari bahawa mereka sedang berada di ruang tamu.
"Awak pilihlah mana-mana yang awak rasa sesuai dengan dorang tu. Saya ni ikut saja." Ujar Tuan Raihan bersahaja sambil mengangkat punggungnya dan menyimpan telefon pintarnya kedalam saku seluarnya.
"Abang nak ke mana tu?" Soal Puan Dania walaupun dia sudah tahu aktiviti harian suaminya.
"Saya nak ke gym la, nak ke mana lagi." Terang Tuan Raihan sambil menguak daun pintu sebelum menutupnya kembali sebaik sahaja tubuhnya hilang dibalik pintu.
Walaupun dalam usia yang hampir tujuh puluh tahun, namun kesihatan penglihatan dari segi fizikalnya masih dititik beratkan. Justeru penampilan Tuan Raihan masih kelihatan seperti anak teruna atau lebih tepat bapa muda.
Senjata kebesarannya usah dikatakan, memang menjadi kebanggaannya kerana mampu menghasilkan zuriat yang sihat dan kuat. Dengan saiz yang mampu membuat mengiurkan nafsu mana-mana wanita yang melihatnya.
Bersambung.
Korang rasa Jong akan kawin ke dengan perempuan pilihan ibunya? Hmmm...author pun rasa macam nak rosakkan saja majlis dorang tu. Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku pada bab yang akan datang. :)
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...