BAB 42 - Hantu Punya Boyfriend

789 21 0
                                    

Kelihatan pelanggan sedang keluar dan masuk kafe yang diusahakan oleh Haiqal dan kekasihnya Kimi. Kesibukkan mereka untuk menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian bukanlah penghalang untuk mereka untuk berkongsi detik-detik bahagia.

Kimi sedang mencari stok kopi di bilik stor sambil membawa balang kaca untuk diisi dengan serbuk kopi. Suasana sunyi di bilik stor membolehkan Kimi menumpukan perhatiannya kepada barang yang dicari.

HAAAHHHHH!

PRANGGGGGG!

Berkecai balang yang dipegang oleh Kimi kerana jatuh ke lantai akibat disergah oleh Haiqal. Mukanya bertukar menjadi pucat apabila balang yang dipegangnya berkecai. Niat Haiqal yang hanya ingin mengusik kekasihnya itu bertukar menjadi cemas.

"Kenapa muka sayang pucat ni?" Soal Haiqal cemas.

"Balang mahal tu pecah." Jawab Kimi perlahan dan ketakutan.

"Abang minta maaf sebab sergah sayang tadi." Pinta Haiqal sambil membawa Kimi kedalam pelukkannya.

Kedengaran esakkan dari Kimi sambil nafasnya tersekat-sekat dihujung mulutnya. 'Dia nangis ke?' Soal hati kecil Haiqal. Mendengar tangisan Kimi menjadi semakin kuat, Haiqal menjadi tidak keruan. Inilah kali pertama dirinya melihat lelaki di dalam pelukkannya menangis begitu.

"Kenapa ni sayang?" Soal Haiqal lagi sambil mengeratkan pelukkannya untuk menenangkan kekasih hatinya. Butiran-butiran mutiara jernih berguguran jatuh membasahi pipi Kimi yang merona merah akibat menahan tangisnya. Kehangatan dari tubuh Haiqal memberikan ketenangan kepada lelaki yang kini berada di dalam dakapannya.

"Sudahlah tu sayang, abang minta maaf sebab kejutkan sayang tadi. Pasal balang itu janganlah risau, abang boleh gantikan dengan yang baru." Terang Haiqal sambil menepuk lembut belakang Kimi.

"Mari kita ke depan." Pujuk Haiqal kepada Kimi sambil memimpin kesayangannya itu ke ruang hadapan.

"Kenapa dengan Kimi boss?" Soal Rohayu, salah seorang dari staff perempuan yang menjadi kawan rapat Kimi setelah Win kembali bekerja di rumah Jong sebagai pengasuh Mike.

"Tak ada apa-apa, cuma tadi dia terkejut hingga balang yang dia bawa pun jatuh dan pecah." Terang Haiqal panjang lebar.

"Ye ke. Macam mana boleh jatuh balang tu Kimi?" Soal Rohayu kepada Kimi.

"Inilah, semua gara-gara boss kamu ni! Hantu punya boyfriend!" Rungut Kimi sambil mencebikkan bibirnya.

ADUHHH!

Semua mata melihat kearah suara yang mengaduh kesakitan. Kelihatan tangan Haiqal mengurut perutnya yang dicubit oleh Kimi.

"Hmmmm...Kimi jangan marah2 nanti kawen baru tahu." Seloroh Rohayu sambil menahan ketawanya.

"Siapa yang nak kawen?" Soal Haziq yang baru saja muncul dari dapur sambil membawa bakul gelas dan piring yang baru saja selesai dicuci.

"Boss dengan Ki..." Kata-kata Rohayu dipotong oleh Kimi dengan menutup mulutnya dengan menggunakan telapak tangannya.

"Ehhhh! Tak ada apa2, jangan dengar apa yang dia kata." Potong Kimi sambil meninggalkan mereka bertiga.

'Dia marah pun tetap comel.' Puji Haiqal dalam hati.

"Comelkan si Kimi tu boss walapun muka dia sembab." Kata si Haziq sambing ketawa kecil di hujung.

"Biasalah itu, namanya kekasih hati si boss." Seloroh si Rohayu yang mengundang ketawa si Haziq manakala Haiqal hanya tersenyum sambil matanya tidak lekang dari melihat kearah kesayangannya yang sedang menyibukkan dirinya dengan mengemas kaunter.


Bersambung,


Hai semua, terima kasih sebab masih sudi menunggu update untuk cerita ini. Sambungan kali ini saya berharap korang semua berpuas hati dengan jalan cerita ini. Di sambungan yang akan datang kita akan show some thing yang more romantik and erotik.


selamat membaca. 

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now