Deruan enjin kereta BMW memasuki perkarangan rumah agam Tuan Raihan sebelum diparkir berhampiran deretan kereta mewah yang berada di tempat letak kereta. Tubuh langsing milik Alisha keluar dari perut kereta yang dipandunya mengenakan pakaian seksi paras lutut dan ketat hingga menampakkan setiap inci tubuhnya.
Membetulkan sedikit bahagian atas pakaiannya yang tersing-sing keatas akibat memandu dan merapikan rambut yang didandankan di salun terkemuka di bandar.
Dengan wajah yang ditempek bedak seakan tebal seinci, alis dilukis bak sabit dan bibir munggil dicalit gincu merah menambahkan lagi hasil seni diwajahnya yang anggun dan menawan. Aksesori turut dipakai mengikut citarasanya bagi menambah lagi seri dirinya dihadapan bakal ibu mertuanya.
Langkah dimajukan seiring dengan lenggokkan pinggul yang menguirkan sesiapa saja yang melihat berjalan menuju ke pintu masuk rumah agam itu. Sengihan turut terukir diwajah bagaikan ada rancangan yang hendak dilaksanakan. Apa yang Alisha dah rancang?
"Cik duduk dulu, Puan masih didalam bilik." Terang pembantu yang menyambut ketibaan Alisha.
"Terima kasih bik." Balas Alisha sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk mewah di ruang tamu rumah itu.
Matanya di liarkan melihat segenap ruangan yang ada didalam rumah itu sebelum ternampak sesuatu yang sangat menyebalkan hatinya. Gambar perkahwinan Jong dengan arwah isterinya tergantung elok di suatu sudut yang menunjukkan kebahagiaan berumah tangga yang diimpikan oleh setiap pasangan di dunia.
"Tak lama lagi, gambar Jong dan aku yang akan bergantung disitu." Desis hatinya sambil bibirnya dicebikkan.
"Masa tu nanti, pasti aku akan jadi wanita paling bahagia di dunia ini." Tambah Alisha dengan bangga kerana bakal merasa kekayaan dan kesenangan yang dimiliki oleh keluarga Jong.
"Lisha dah lama sampai ke?" Sapa Puan Dania yang baru saja tiba di ruang tamu dengan mesra.
"Baru je mama." Balas Alisha sambil bingkas bangun dan menyalami tangan wanita separuh usia di hadapannya.
"Mama nak ajak Alisha pergi fitting baju nikah hari ni." Ujar Puan Dania dengan pennuh keterujaan.
"Jong ikut tak?" Soal Alisha sekadar berbasa basi, namun didalam hatinya tidak pernah menghiraukan kehadiran Jong.
Atas desakan daripada bapanya, Alisha bersetuju untuk berkahwin dengan Jong yang berpangkat duda anak satu. Janji kesenangan hidup dan kemewahan harta benda menjadi ukuran dalam setiap perkara yang dilakukan oleh Alisha.
"Jom sayang, kita gerak. Mama dah tak sabar nak tengok bakal menantu mama pakai baju untuk nikah nanti." Ujar Puan Dania sambil mengangkat punggungnya dan menjinjit beg tangannya mewahnya.
"Mari mama." Sahut Alisha dengan penuh teruja.
Beberapa pasang mata sedang memerhati gelagat dua wanita kaya yang sedang berjalan menuju ke kereta.
"Siapa tu?" Soal tukang masak kepada pembantu yang lain sambil menganggak keningnya.
"Itulah bakal isteri tuan muda Jong kak." Jelas pembantu yang lain.
"Biar betul." Soal tukang masak untuk mendapatkan kepastian.
"Iya kak, aku dengar sendiri tadi masa aku hantar minuman, dorang tengah bincang pasal baju nikah." Jelas pembantu itu.
"Dahlah perangai gedik, pakaian pun menjolok mata." Rungut tukang masak lagi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Entahlah kak, aku nak cakap pun susah. Sebab dialah menantu pilihan puan besar." Tambah pembantu lagi.
Perbincangan mereka tamat disitu apabila mereka kembali melaksanakan tugasan masing-masing.
Bersambung,
Jangan lupa vote dan comment sekiranya anda suka part ini. Terima kasih kerasa sudi menyokong karya sederhana saya ini. Syg kalian semua.
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...