BAB 43 - Rindu

1.1K 23 0
                                        


Di pejabat...

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh ayahnya memakan masa hampir dua jam itu membuatkan tubuh Jong berasa pegal dan mengantuk. Jam di tangannya menunjukkan sudah hampir pukul lima petang. Sementara rasa mengantuknya terbang dan dirinya kini menjadi lebih peka.

Fikirannya tidak lekang dari memikirkan aktiviti anak dan kesayangannya yang kini sedang berada di rumah berdua-duaan. 'Apalah yang mereka sedang lakukan di rumah?' Soal Jong di dalam hatinya.

"Jong, kamu tak nak pulang?" Soal bapanya.

"Eh! Meeting dah habis ke?" Soal Jong kembali kepada bapanya yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

"Sudah, kamu tu saja yang dari tadi mengelamun. Teringat kat buah hati yang di rumah ke?" Seloroh bapanya lagi.

"Mana ada pa, cuma rindu saja dengan Win dan Mike." Jelas Jong sambil mengemas dokumen yang berada di hadapannya.

"Papa tahu apa yang berada di kepala kamu tu Jong, tak payah nak bohong dengan papa." Ujar Tuan Raihan. "Sudahlah, kamu balik saja Win pun mesti tengah menunggu kamu di rumah tu." Tambah Tuan Raihan lagi.

Mereka bersama-sama meninggalkan bilik mesyuarat itu sambil menuju ke lift untuk pulang. Perjalanan pulang yang mengambil masa hampir satu jam itu membuatkan rasa rindu di hati Jong menebal namun keselamatan tetap menjadi keutamaannya.



Di kediaman mewah Jong...

Angin sepoi-sepoi membelai dedaun yang tumbuh di laman kediaman mewah itu hasil dari titik peluh Win yang sering menjaga tanaman yang pernah ditanam oleh arwah isteri Jong semasa mengandungkan Mike.

Kelihatan Win dan Mike sedang bermain dengan tali skipping untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Segala kerja rumah sudah dia selesaikan termasuk hidangan makan malam.

"Kenapa senyap saja rumah ini, mana budak-budak ini pergi?" Monolog Jong sendirian sambil masuk kedalam rumah.

Beg dan blazernya di letakkan diatas sofa sebelum langkahnya dihayunkan ke arah dapur untuk mencari kelibat budak-budak yang dicarinya.

Budak-budak ye. Mesti ada yang kena lepas ni. :)

Aroma masakan menusuk ke rongga penafasan Jong lantas nafsu makannya melonjak. Tangannya merayap untuk menggapai piring yang berada di tepi singki untuk menikmati makanan yang dimasak oleh Win. Namun langkahnya terhenti apabila kedengaran sayup-sayup suara Win dan Mike sedang berada di ruang belakang rumah mereka.

'Apa mereka buat di belakang?' Soal Jong di dalam hati.

Piring yang di pegangnya di kembalikan ke rak sambil langkahnya di hayun ke pintu dapur untuk keluar. Selupar Jepun khas yang tersedia disarungkan. Dengan cermat, dia melangkah mengikuti longkang yang kelihatan bersih kerana sering di bersihkan oleh Win.

Hanya berseluar pendek paras paha, singlet dan peluh yang membasahi bajunya membuatkan susuk tubuhnya jelas kelihatan. Sungguh lain penampilan Win apabila sedang bersenam. Jelas kelihatan kematangan pada diri Win apabila dia mengenakan pakaian sukan begitu.

"Ayah!" Laung Mike apabila melihat kehadiran lelaki sasa yang sering menjadi kebanggaannya itu. Jelas kelihatan ke girangan di wajah Mike setiap kali melihat ayahnya pulang dari kerja. Terasa lengkap buat dirinya apabila didampingi oleh dua lelaki dewasa itu.

Alamak.

Win pula yang mengetap bibir apabila teringat dirinya hanya mengenakan seluar pendek paras paha dan berpeluh sakan. 'Mesti gorila tu sedang tengok aku.' Getus Win di dalam hati apabila melihat mata Jong tidak berkelip.

"Ayah jangan tengok abang Win macam tu, tengok tu sampai merah muka abang." Ujar Mike sambil menarik tangan Jong. "Abang Win seksi bila tengan melompat tali." Tambah Mike lagi yang membuatkan Win semakin merona.

"Sudahlah itu Mike, jom kita mandi lepas itu kita makan." Kata Win sambil menarik tangan Mike untuk masuk kedalam rumah. Sebenarnya dirinya hanya ingin lari dari pandangan mata nakal Jong.



.............

Mike yang tadi duduk di pangkuan Win sudah pun tertidur akibat kekenyangan. Terlentok-lentok kepalanya sambil dipeluk oleh Win yang sedang asyik menonton rancangan kegemarannya.

"Abang, Mike dah tidur ni." Ujar Win kepada Jong yang duduk di sampingnya. "Sinilah abang bawa Mike masuk bilik." Sahut Jong sambil mengambil Mike dari pangkuan Win.

Semua alatan elektronik di ruang tamu sudah pun dimatikan sebelum Win melangkah masuk ke dalam bilik utama di rumah itu yang merupakan bilik Jong dan arwah isterinya. Bilik itu turut pernah menjadi saksi kepada aksi panas diantara mereka.

Usai memberus gigi dan mencuci wajahnya, Win melangkah menuju ke katil dan duduk menyandar sementara menunggu kedatangan Jong. Daun pintu bilik di tutup rapat sebelum Jong melangkah menuju ke katil dan berbaring di sambing kesayangannya.

Tiba-tiba tubuh Win ditarik ke dalam dakapan Jong yang membuatkan tubuhnya terasa melayang.

CHUPPP

Pipinya di kucup oleh Jong sambil pelukkannya di kemaskan. "Abang rindu sayang." Ujar Jong dengan nada rendah namun masih mampu di dengar oleh Win. "Kitakan jumpa setiap hari, boleh rindu juga ke?" Soal Win. "Abang sentiasa rindukan sayang. Kalau boleh abang nak sayang sentiasa ada di depan mata abang." Sahut Jong sambil menghadiahkan satu kucupan ke dahi Win.

"Terima kasih sebab sudi kembali ke dalam hidup abang." Ucap Jong. "Iya abang, sama-sama. Win minta maaf sebab pernah lari dari abang."Balas Win sambil matanya melihat ke anak mata Jong. 


Bersambung...

Hi guys, macam mana sambungan kali ini? Menarik tak? Kita buat romantik sikit untuk bab kali ini. Biar terubat sedikit rindu diantara dua insan yang sedang berjauhan akibat jarak dari rumah dan tempat kerja.

Ada tak yang selalu rasa begini kalau berjauhan dengan pasangan?

Jangan lupa comment dan vote kalau korang suka bab yang kali ini. :) 

Abang Sado, Adik AngkatCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang