BAB 12 - Menjauhi?

2K 32 1
                                        

Dua bulan berlalu tanpa sebarang perubahan di dalam kediaman Jong melainkan dirinya dan Win kini hanya dingin tanpa bertegur sapa. Suasana rumah akan menjadi riuh rendah apabila Mike berada didalam rumah, namun akan menjadi sunyi sepi jika hanya Win dan Jong yang tertinggal.

Hubungan diantara Win dan Jong kini tidak lebih dari majikan dan pekerja. Settiap kali kedengaran derapan tapak kaki Jong menuruni tangga, Win pasti akan bersembunyi di dalam bilik.

Kenapa Win perlu bersembunyi dari Jong?

Degupan jantung Win menjadi kencang apabila mendengar ketukan dipintu biliknya lantas membatu.

"Abang."

Nafas lega dihela apabila mendengar suara manja Mike menyeru namanya dibalik pintu. Dengan pantas tangannya memulas tombol pintu sebelum tubuhnya sekali lagi kaku apabila melihat ada dua susuk tubuh sedang berdiri di hadapannya.

"Jom makan sama." Kata Jong yang berbaur arahan menyebabkan Win mengangguk pantas.

Dimeja makan, hanya kedengaran suara Jong dan Mike saja yang bercerita tentang aktivity harian mereka. Manakala Win hanya mendengar dan makan dengan perlahan.

Aktiviti menjamu selera berlalu dengan pantas dan kini hanya Win seorang diri tinggal untuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk yang telah dicuci. Suasana sunyi menyelibungi segenap sudut rumah mewah itu dan hanya kedengaran piring berlaga apabila Win meletakkannya kedalam almari.

Meninggalkan dapur, Win menghayun langkahnya menaiki anak tangga menuju ke ruang penyimpanan jemuran.

KLIK!

Suiz lampu dihidupkan sebaik sebelum menutup daun pintu dibelakangnya. Tangannya menyeluk saku dan mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka aplikasi You Tube, lantas kedengaran irama lagu keluar dari corong pembesar suara.

Di kalaku kesepian
Dihanyut ombak nan resah
Kau mengubati kerinduan

Di kalaku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku

Kini segalanya t'lah berubah
Cintaku hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku

Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua

Semua aktiviti menggosok yang dilakukannya terhenti apabila terasa pinggangnya dirangkul dari belakang oleh tubuh yang sangat dikenalinya. Sebelum melakukan apa-apa, Win mematikan suiz yang menyambung ke seterika.

"Encik, kenapa ni?" Soal Win sambil tangannya berusaha untuk meleraikan pelukan Jong.

"I miss you sayang." Ujar Jong lembut ditelinga Win.

Hembusan nafasnya terasa dibelakang tengkuk Win menyebabkan tubuhnya meremang. Semakin Win berusaha untuk meleraikan pelukan tangan Jong, semakin erat lilitan lengan sasa di pinggangnya.

"Encik, lepaskan saya." Rintih Win apabila terasa pinggangnya seakan senak.

"No sayang, until you call me abang. Only then I will let you go." Ujar Jong sambil mengucup leher Win.

Win masih berusaha untuk meloloskan dirinya dari pelukan Jong namun menemui jalan buntu apabila lelaki sasa dibelakangnya ternyata tidak berganjak dari memeluk tubuhnya. Apabila menyedari tindakannya hanya sia-sia, Win akhirnya akur dengan permintaan Jong.

"Abang, lepaskan Win. Pinggang Win sakit." Rintih Win.

Seketika itu juga, pelukan di pinggang Win dileraikan dan Win mampu menarik nafas lega. Tangannya memicit pinggangnya yang berasa sengal akibat dirangkul ketat oleh Jong.

"Sakit ke?" Soal Jong apabila melihat air mata Win mulai mengalir di pipinya.

"Hmm." Balas Win sambil mengangguk.

"Maafkan abang sebab terkasar dengan sayang. Abang rindu sangat nak dengar suara sayang, rindu dengan telatah sayang." Ujar Jong sambil menyeka air mata dengan menggunakan ibu jarinya.

"Sini abang tengok pinggang sayang." Kata Jong sambil mengangkak baju Win hingga menampakkan kulit putih Win.

'Kuat sangat ke aku rangkul pinggang Win tadi?' Guman hati Jong terhadap dirinya apabila melihat bekas kemerahan melekap pada kulit cerah Win.

"Abang tolong urutkan, nak?" Soal Jong sambil menurunkan baju Win.

"Tak apalah, lagipun pakaian kerja abang dan seragam Mike belum habis gosok." Terang Win.


Bersambung...

Abang Sado, Adik AngkatCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang