BAB 15

1.2K 24 4
                                    

Suasana didalam kereta di sepanjang perjalanan dipenuhi dengan gelak ketawa Mike dan Win yang bergurau senda. Melihat telatah mereka, Jong berasa terhibur dan bahagia. Ternyata Mike memang pandai memilih orang untuk mewarnai kehidupan mereka.

"Ayah, abang Win kata dia nak makan ais krim." Kata Mike kepada ayahnya.

"Eh, nama ada. Pandai-pandai je Mike ni." Potong Win sambil menakup mulut anak kecik yang duduk dipangkunya.

"Ye ke, nanti abang belikan." Balas Jong.

"Eh, tak payah abang. Win gurau je dengan Mike." Pintas Win sambil melihat wajah Mike.

"Takpe, nanti abang belikan untuk kita semua." Ujar Jong sambil mengukirkan senyuman.

Senyuman manis yang terukir di wajah jejaka sasa itu boleh menarik mana-mana wanita yang melihatnya.

Keadaan pasaraya yang agak lengang dengan pengunjung memudahkan Win mencari barang dapur yang sudah dia senaraikan. Berjalan mendahului Jong dan Mike yang menolak troli menambil barang sebelum meletakkannya kedalam troli.

"Abang, lepas ni kita ambil serbuk pencuci." Ujar Win.

"Hmm...baiklah." Jawab Jong yang asyik bermain dengan telefon pintarnya.

Dengan kehadiran Win dalam rumah mereka yang hampir lima bulan, Jong kini berasa kehidupannya kembali berseri. Walaupun Win adalah seorang lelaki, namun dia mampu melaksanakan hampir semua tugasan yang dijalankan oleh seorang wanita kecuali satu, hamil.

Win lelaki lembut ke?

Dengan penampilan yang sederhana dan mengikut peredaran masa, ciri-ciri kelakian Win masih terserlah. Namun kelembutan hati yang dimiliki membuatkan Jong terpaut dan berani menagmbilnya untuk menjadi pengasuh anaknya.

TUTT! TUTT!

Bunyi mesin pengimbas kod bar yang terletak di belakang setiap barangan yang diambil oleh Win diimbas untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan dikenakan.

"Jumlahnya enam ratus, lima puluh ringgit, enam puluh sen encik." Kata penjaga kaunter.

Jong mengeluarkan kad debitnya sebelum ditekap pada mesin pembayaran secara online. Manakala Win sudah mula memasukkan satu persatu bungkusan barang kedalam troli untuk memudahkan proses penghantaran barang kedalam kereta.

"Terima kasih." Ucap penjaga kaunter.

"Sama-sama." Balas Jong sebelum menolak troli keluar dari pasaraya itu.

"Ada apa-apa lagi yang nak kena beli?" Soal Jong kepada Win yang kini berjalan disisinya.

"Tak ada." Balas Win sambil meneliti senarai yang berada ditangannya.

"Ayah, makan ais krim jum." Ujar Mike sambil menunjuk kearas tempat yang menjual ais krim.

"Okay, jum." Balas Jong sebelum menolah troli menuju kearah penjual ais krim.

Usai membuat pesanan, mereka mengambil tempat duduk yang berdekatan sementara menunggu pesanan mereka siap. Win mengeluarkan telefon pintarnya dan cuba untuk membalas pesanan yang diterimanya.

'Teruknya.' Desis hati Jong apabila melihat keadaan skrin telefon pintar Win yang terdapat kesan pecah namun masih digunakannya.

"Win, Mike, kamu dua tunggu di sini. Abang nak pergi ke tandas sekejap." Pinta Jong sebelum berlalu meninggalkan mereka bedua.

"Baiklah ayah." Jawab Mike manakala Win hanya membalas dengan anggukkan.

Rasa manis yang dihasilkan oleh ais krim itu membuatkan Mike menjadi tidak keruan tambahan perisa kegemarannya iaitu coklat masih ada. Terpancar kegembiraan diwajah anaknya itu yang turut dikongsikan oleh Win yang sibuk menikmati ais krimnya.

Sebelum bergerak pulang, mereka turut menjamu selera memandangkan hari sudah malam dan tidak mahu menyusahkan Win untuk menyediakan makan malam untuk mereka.

"Abang, terima kasih sebab sudah belanja makan tadi." Ujar Win sebaik saja menutup peti sejuk seusai menyusun barang dapur yang dibeli.

"Sama-sama sayang. Lain kali abang belanja ais krim abang pula." Seloroh Jong yang membuatkan pipi Win kemerahan.

"Abang ni nakal tau." Bidas Win sambil mencuit lengan sasa Jong sebelum berlari ke ruang tamu. Jong yang mengikuti dari belakang hanya ketawa besar.

'Esoklah aku bagi dia.' Kata hati Jong sambil melihat beg kertas yang dia letakkan diatas meja sambil melihat kearah Win yang sedang duduk dan bermain dengan telefon pintarnya.


Bersambung,

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now