Restoran mewah bertaraf lima bintang itu dipenuhi dengan undangan dan rakan-rakan rapat Puan Dania dan Tuan Raihan. Masing-masing saling berjabat tangan sambil mengucapkan selamat ulang tahun buat kedua pasangan itu diatas perkahwinan mereka yang ke 28 tahun.
Suasana yang di dipenuhi dengan alunan muzik Jazz sangat membangkitkan suasana yang romantik dan tenang. Para tetamu yang datang turut menggunakan masa yang ada untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan yang lain.
"Happy anniversary to both of you." Ucap Puan Siti sambil bersalam dengan Puan Dania. "Thank you Siti for willing to come, have a sit." Perlawa Puan Dania sambil menunjukkan kearah meja yang disediakan.
Kelihatan Jong dan Mike turut tiba sambil mengenakan tuxedo yang mengangkat aura lelakinya. Tidak kurang dengan Mike yang kelihatan comel dengan set pakaian yang dia kenakan. Menyusul dari belakang mereka Khairi dan Wani turut tiba bersama anak-anak mereka. Kesemuanya kelihatan manis dan elok dengan set persalinan yang mereka kenakan.
"Mama nampak cantik malam ni." Puji Wani sambil memeluk Puan Dania yang tersenyum manis. "Menantu mama ni pun cantik juga untung suami kamu." Balas Puan Dania sambil memuji Khairi.
Setelah kesemua tetamu yang diundang memasuki restoran, majlis yang gilang gemilang itu pun berlangsung mengikut yang telah dirancang. "Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke sambutan ulang tahun perkahwinan diantara Tuan Raihan dan Puan Dania yang ke 25 tahun." Ucap pengacara majlis diikuti oleh tepukan gemuruh dari kesemua undangan.
Usai pembacaan doa semua tetamu dijemput untuk menjamu selera. Kesemua menu yang dipilih oleh keluarga Tuan Raihan cukup untuk menambat selera para tetamu. Sesi pemotongan kek turut berjalan mengikut yang telah dirancang, diikuti dengan nyanyian selamat ulang tahun turut dinyanyikan.
... Kafe Haiqal,
Kelincahan Kimi melaksanakan tugasnya memang tidak dapat dinafiakn lagi tambahan dengan tanggungjawab yang semakin berat digalasnya.
Flashback...
Suasana di kafe penuh dengan pelanggan yang datang untuk memesan sarapan sebelum memulakan tugasan mereka. Haiqal keluar dari pejabatnya menuju ke kaunter.
"Ayu, lunch nanti inform semua staff untuk masuk ke pejabat saya. Ada perkara mustahak yang saya nak bagitahu." Arah Haiqal kepada pekerja perempuan itu.
"Baik boss." Balas Ayu sambil mengangguk sebelum Haiqal kembali ke ruangannya.
Jam 12 tengah hari;
Kesemua pekerja telah pun memasuki ruang pejabat Haiqal begitu juga dengan Kimi yang berdiri di sebelah Ayu sambil bersedia dengan pen dan buku notanya. Namun senyuman di wajah Haiqal mengundang rasa curiga pada diri Kimi.
'Kenapa pula dia ni senyum-senyum tengok aku?' Desis hati Kimi.
"Terima kasih kerana menepati masa. Saya tak nak ambil masa kamu semua, saya cuma nak buat satu pengumuman penting. Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah kepada Kimi... (Kimi mengangkat wajahnya melihat kearah Haiqal apabila namanya diseru)...awak saya naikkan pangkat sebagai Supervisor di kafe ini." Sesudah Haiqal membuat pegumuman itu kedengaran tepukan gemuruh dari semua staff.
Kimi menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh Haiqal dengan penuh dedikasi.
... Di kediaman Jong,
Keadaan menjadi panik apabila Mike tiba-tiba mengalami cirit-birit dan muntah setelah tiba dari restoran. Lantas Jong terus membawa anaknya itu ke hospital untuk diperiksa. Kerisauan jelas terpancar diwajahnya apabila melihat keadaan anaknya yang lemah dan pucat.
Win yang baru keluar dari perut Grab Car yang dinaikinya terus berlari menuju ke ruangan kecemasan dan mencari kelibat Jong. Kelihatan seorang jejaka yang tidak asing baginya sedang berdiri sambil memeluk dadanya. Langkah dihayun sebelum berhenti tepat disebelah Jong.
"Abang, macam mana dengan keadaan Mike?" Soal Win sebaik saja mendapatkan Jong. "Belum tahu lagi sayang, doktor tengah periksa." Jawab Jong yang kelihatan gusar. "Abang tenangkan diri dulu, kita tunggu doktor bagi keputusan." Win cuba untuk menenangkan Jong.
Win menarik Jong kearah kerusi panjang yang berdekatan lalu melabuhkan punggung mereka disana. Tangan Jong tidak lepas dari menggenggam tangan Win bagi melepaskan rasa risaunya. Win seakan memahami lantas membiarkan Jong berbuat sedemikian.
"Keluarga Mike." Laung jururawat yang bertugas. Jong bingkas bangun dan melangkah kearah jururawat itu. "Saya bapa kepada Mike." Kata Jong manakala tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Win. "Silakan masuk, doktor nak berjumpa dengan encik." Terang jururawat itu.
Mike terpaksa dimasukkan ke ward selama beberapa untuk dipantau oleh doktor sebelum dia dibenarkan pulang. Win masih lagi menemani Jong yang duduk disamping anaknya yang sedang tidur. Win mendekati Jong sebelum membelai bahu Jong untuk memberi sokongan emosi. "Abang jangan risau, esok Mike akan baik-baik saja." Kata Win lantas memeluk bahu Jong erat. "Terima kasih sayang sebab sentiasa ada dikala abang memerlukan teman." Ucap Jong.
Bersambung,
Hai semua, apa pendapat korang tentang bab ini? Romantik tak Win dan Jong siap pegang2 tangan lagi. Sama-sama comfort each other in times of need.

YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...