BAB 9

1.3K 24 0
                                    

"Abang."

Kedengaran laungan suara Mike dari ruang tamu mengejutkan Win yang sedang memasak. Dalam keadaan kelam-kabut kerana dirinya hanya menggunakan seluar pendek paras lutut yang mendedahkan bentuk punggung pejal dan bulat miliknya. Belum sempat hendak berlari kebilik untuk menyalinkan pakaiannya, Jong sudah berdiri di pintu dapur.

'Kenapa dia tengok aku macam tu?' Soal hati Win dengan penuh debaran.

"Ayah, Mike lapar." Rengek Mike manja.

Tersentak dengan rengekkan anaknya, Jong terus bertanya kepada Win yang kini menyibukkan dirinya dengan masakan yang sedang disediakan.

"Win masak apa untuk lunch?" Soal Jong sambil merapatkan tubuhnya ke belakang Win.

Haruman parfum maskulin yang digunakan oleh Jong menusuk rongga hidung Win sangat menggoda nafsunya untuk menerkam jejaka itu. Namun dirinya masih mampu menolak bisikan iblis.

"Masak sweet and sour." Jawab Win acuh-tak acuh.

"Mesti sedap ni." Ujar Jong sambil menggosok bahu Win.

"Lama lagi ke nak masak?" Soal Jong lagi.

"Dah nak masak ni. Boleh abang tolong ambilkan pinggan?"

Pinta Win hanya untuk menjarakkan tubuh mereka memandangkan Mike turut berada di dapur.

'Kenapa dia rapatkan tubuh dia ke belakang aku tadi?' Soal hati kecil Win sambil mencedok masakkanya ke dalam mangkuk.

Teringat akan cadangan sahabatnya, Jong berniat untuk bertanya dengan Win mengenai permintaan sahabatnya itu.

"Win, minggu depan cuti sekolah kita pergi bercuti nak tak?"

"Yay, holiday." Pintas Mike penuh keterujaan.

"Win ikut saja, kita nak bercuti kat mana?" Soal Win.

"Kita bercuti di Langkawi, ada juga kawan-kawan abang yang lain akan ikut." Terang Jong.

Makanan yang cukup menyelerakan dijamah dengan ligatnya oleh dua beranak yang duduk berhadapan dengan Win. Terasa senang hatinya apabila insan-insan di depannya tidak mengkritik masakkannya.


Bersambung,

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now