POV - Mike
Mengikuti langkah ayahnya yang mengejar Win ke ruang belakang. Namun langkahnya terhenti apabila melihat ayahnya ditahan oleh pekerja kafe itu dari memasuki ruang belakang. Matanya melilau melihat segenap ruang yang ada sebelum terlihat celah diantara lelaki itu dan pintu. Dalam ayahnya bergelut dengan pekerja itu, Mike berjaya meboloskan dirinya dan terus masuk untuk mencari kelibat Win.
"Abang Win...Huks huks."
Terkejut melihat tubuh kecil yang sangat dirinduinya kini memelut tubuhnya yang menyandar di almari penyimpanan barang pekerja. Berkaca jernih mata Win apabila melihat Mike mengalirkan air mata sambil memeluk tubuhnya. Ditatap dengan penuh makna wajah mulus itu sambil perlahan-lahan tangannya membelai rambut yang tersisir rapi di kepala Mike.
Masing-masing hanyut didalam dakapan dan esakan tangisan yang belum terlerai. Win mencangkung dan mengesat air mata yang mengalir di pipi Mike dengan menggunakan ibu jarinya.
Mata Win ralit memerhati setiap inci tubuh anak kecil yang pernah dijaganya itu. Kelihatan sedikit susut dari saiz tubuh yang sebelumnya. Tubuh yang sebelum ini gempal kini kelihatan sedikit kurus.
"Mike datang dengan siapa?" Soal Win apabila anak itu semakin tenang.
"Ayah." Jawabnya sepatah.
Bingung dan kaku itulah yang dirasai oleh Win apabila mengetahui Jong turut berada di kafe pada masa itu. Setelah hampir tiga bulan bersembunyi di kafe itu, akhirnya mereka berjaya menemui dirinya.
POV - Kimi
Sebaik sahaja mendapat arahan daripada Haiqal, langkah terus dihayun menuju ruang belakang. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Jong sedang dihalang dilaluan yang akan digunakannya. Lantas berlari keluar dari pintu utama menyusuri tembok yang dihiasi tumbuhan menjalar untuk ke ruang belakang.
Untungnya pada masa itu, tiada pelanggan yang memasuki premis memandangkan kafe hanya tibuka untuk setengah hari sahaja.
Sebaik saja memasuki pintu belakang, seorang pekerja perempuan memberi isyarat kepada Kimi untuk memberhentikan langkahnya.
"Dia dengan budak tu." Ujar pekerja itu sambil mengintip sedikit sebelum melangkah keluar dari pintu belakang.
Kimi melangkah perlahan-lahan sebelum melihat Win dan Mike sedang berpelukan dan menangis. Hatinya turut luluh melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Niatnya untuk membawa pulang Win agar tidak bertemu dengan Jong akhirnya terbantut. Air matanya turut berlinangan melihat kerinduan yang dicurahkan oleh Mike kepada bekas pengasuhnya itu.
Terdetik didalam hatinya untuk membantu rakannya itu. Dengan lemah lembut, Kimi merapati mereka berdua.
"Win."
Win terus melihat kearah suara itu dengan mata yang masih berkaca. Perlahan-lahan senyuman terukir diwajahnya.
"Jom kita ke depan, Jong tengah tunggu kau tu." Ujar Kimi sambil memimpin rakannya dan Mike berdiri.
Win hanya mampu mengangguk sebelum perlahan-lahan berdiri sambil menyeka sisa air mata yang membasahi pipinya. Sapu tangan diambil dari dalam saku untuk mengelap wajahnya yang kemerahan akibat menangis.
Kimi memberikan beberapa helai tisu kepada Win untuk mengesat air mata Mike yang masih lagi memeluk erat tubuh sahabatnya itu.
"Mike bawalah abang Win jumpa ayah." Arah Kimi lembut sambil melutut dihadapan anak kecil itu.
"Hmm." Balas Mike sambil mengangguk kecil.
Win terus mendukung tubuh kecik itu sambil membelai rambutnya sebelum memberi kucupan ke pipi munggil Mike. Kucupan itu dibalas dengan dakapan erat oleh Mike di tengkuk Win.
"Kita jumpa ayah nak?" Tanya Mike sambil nafasnya masih tersedu-sedu.
"Baiklah Mike." Jawab Win sambil langkahnya dibuka menuju ke ruang utama kafe.
Memberi isyarat kepada Kimi untuk mengikuti dirinya rapat dari belakang sebagai sokongan untuk dirinya bertemu dengan Jong. Kimi yang faham dengan renungan mata rakannya itu, terus mengangguk dan membuntuti mereka sehingga ke dalam kafe.
Bersambung,
Ada tak yg pernah lalui moment seperti diatas? Mesti rasa nak escape je kan.
Kalau korang suka dengan part ini jgn lupa vote dan comment. Hope bab kali ini tidak membosankan pembaca semua. TQ.
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantastikMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...