Tuan Raihan memandu sendiri keretanya pada hari itu ke pejabat memandangkan pemandu peribadinya memohon cuti seminggu untuk melawat keluarganya di kampung.
Deringan dari telefon bimbitnya menandakan ada penggilan masuk, seketika dikerlingnya nama yang terpapar di skrin ternyata pembantu peribadinya yang membuat panggilan.
"Hello Izz, ada apa kamu call saya ni? Saya masih on the way ke pejabat." Kata Tuan Raihan sebaik saja butang hijau ditekan.
"Morning tuan, saya cuma nak bagitahu yang meeting pagi ini kena tunda sebab pihat pembekal ada agenda dorang sendiri." Jelas Izz dicorong telefon.
"Baiklah Izz, thank you for informing me early." Ujar Tuan Raihan sebelum talian dimatikan.
Memandangkan dirinya masih mempunya masa lapang, lantas nombor telefon Jong didail sebelum mereka merancang untuk berjumpa di suatu tempat. Kemudian kenderaan yang dipandunya meluncur laju di jalan raya sebelum hilang dari pandangan dibalik susunan pohon bunga.
.......
POV - Jong
Kenderaannya diparkir berhadapan dengan restoran mewah yang menjadi tempat kegemaran keluarga mereka memandangkan layanan yang baik serta mesra dan makanan yang sedap-sedap belaka.
Pekerja yang ditugaskan untuk menyambut tetamu yang datang menguak daun pintu dari dalam sebaik saja melihat kelibat Jong menghampiri pintu utama restoran.
"Selamat datang encik." Sapa penyambut tetamu dengan mesra.
"Terima kasih." Balas Jong sambil tersenyum sebelum meneruskan langkahnya menuju ke meja khas yang diduduki oleh ayahnya.
"Papa." Sapa Jong sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Tuan Raihan namun wajahnya tidak menunjukkan riaksi gelisah mahupun tertanya-tanya dengan tujuan ayahnya.
"Win apa khabar?" Soalan itu membuatkan jantung Jong hampir terpancul keluar dari tubuhnya.
"Papa tahu yang kamu dah jumpa dan bawa balik budak tu ke rumah kamu." Terang Tuan Raihan lagi apabila melihat anaknya itu ternyata terkejut dengan soalan yang dilontarnya tadi.
"Macam mana papa tahu?" Dibalas soalan oleh Jong sambil terasa gusar dibenak hatinya.
"Papa ada mata-mata yang papa suruh untuk memantau aktiviti harian Win kamu itu." Jelas Tuan Raihan lagi sambil menghirup minuman di hadapannya.
"Kenapa papa buat macam tu? Papa pun nak halau Win juga ke? Papa nak Jong hidup dalam kesedihan macam setelah arwah meninggal? (Merujuk kepada arwah isterinya.)
Kemudian, Tuan Raihan menerangkan segala perkara yang dilakukannya kepada Jong agar anaknya itu tidak membuat tafsiran yang salah. Dirinya hanya ingin melihat sejauh mana Win ikhlas untuk menjaga anak dan cucunya itu.
"Papa dah selidik latar belakang Win juga, dia anak yang baik. Papa senang kalau dia yang tolong kamu jaga Mike dan bukannya Alisha." Jelas Tuan Raihan tegas.
"Kenapa dengan Alisha?" Soal Jong yang agak aneh dengan kata-kata papanya.
"Hmmm..." Kedengara keluhan dari Tuan Raihan.
"Sebenarnya..." sambung Tuan raihan lagi.
Flashback...
Di Mall XYZ,
Tuan Raihan sedang berjalan bersama beberapa rakan kongsi perniagaannya seusai menjamu selera di sebuah restoran makanan segera KFC di mall tersebut. Suasana di mall pada masa itu sedikit lengang memandangkan masih lagi waktu bekerja dan persekolahan.
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
ФэнтезиMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...