BAB 25 - Rancangan

820 23 0
                                    

Meja makan yang dipenuhi dengan hidangan yang enak dan menyelerakan hanya diiringi dengan suasana tegang diantara Tuan Shek Hanafi, Puan Mariani dan Alisha.

"Papa nak Lisha teruskan rancangan yang kita sudah buat."

"Tapi papa, Jong tu buat tak endah saja dengan kehadiran Lisha."

"Lisha jangan risau, kita cuma perlukan duit dia saja. Lepas sebulan menikah nanti, Lisha boleh minta talak."

"Betul tu, mama setuju dengan apa yang papa cadangkan."

"Papa nak Lisha pikat anak Tuan Raihan dan nikah dengan dia."

"Baiklah papa, Lisha pun bukannya berkenan sangat dengan duda anak satu."

Strategi disusun rapi demi mengaut keuntungan besar dengan menggunakan alasan perkahwinan. Tuntutan hutang yang banyak menyebabkan Tuan Shek Hanafi berkomplot dengan anak perempuannya untuk menggunakan kekayaan sahabatnya untuk melunasi bebanan hutang mereka.

____________________

Hari Sabtu biasanya menjadi hari yang membahagiakan buat Jong, namun kini terasa sangat kosong dengan ketiadaan Win yang selalunya akan menyambut kepulangan Jong dan Mike dari bersiar.

"Ayah rindu abang Win?" Soal Mike sambil memeluk lutut Jong yang sedang duduk di kerusi di taman.

Keluhan berat kedengaran keluar dari rongga hidung Jong saat nama kesayangannya disebut. Sungguh hatinya merindui kehadiran lelaki yang telah mewarnai kehidupannya untuk beberapa bulan itu.

"Mike pun rindu abang Win." Ujar Mike perlahan-lahan air matanya mengalir.

Mereka berpelukan akibat merindui insan yang sangat bermakna didalam kehidupan mereka selain daripada arwah Wendi (isterinya).

"Ayah, kita cari abang Win dan bawa dia pulang." Cadang Mike.

"Kita nak cari dia di mana?" Soal Jong seakan berputus asa.

"Kita ke kafe." Tambah Mike.

"Kafe?"

"Ya, kafe."

Kehairanan dengan pendirian anaknya yang kelihatan lebih matang dari usianya yang baru menjangkau 8 tahun itu. Mampu berfikir dengan tenang dalam keadaan yang sangat sukar.

Tanpa membantah, mereka terus menuju ke kafe yang dimaksudkan. Usai memakirkan kereta, mereka memasuki ruangan kafe dan menuju ke meja kegemaran mereka.

"Ayah, kita duduk di meja lain nak?" Soal Mike memberhentikan langkah ayahnya.

"Kenapa tak duduk di meja yang biasa?" Soal Jong kembali.

"Ayah ikut saja." Ujar Mike sambil menarik tangan ayahnya menuju ke meja yang terletak agak jauh dan tersembunyi.

Sesudah melabuhkan punggung, Mike terus menekan tombol yang terletak di sisi meja untuk memanggil pelayan. Jong hanya melihat gelagat anak tunggalnya itu.

'Apa yang dia rancangkan?' Soal Jong dalam hati.

Dengan dudukan Jong yang membelakangi laluan utama, hanya Mike saja yang dapat melihat pelayan dan tetamu yang datang menghampiri. Matanya ralit mencari kelibat seseorang yang dia pasti ada di situ. Mulutnya terlopong saat melihat kelibat Win berjalan menghampiri mereka.

"Ayah, abang Win." Kata Mike.

Jong lantas memusingkan tubuhnya dan melihat kesayangannya sedang membawa tablet menu menuju ke meja mereka. Namun Win terus berlari menuju ke bilik belakang sebaik sahaja mata mereka bertaut.

"Win." Laung Jong namun langkah Win dilajukan meninggalkan bekas majikannya itu.

Kimi yang menyedari kejadian itu, terus berlari ke ruangan Haiqal dan memberitahunya akan perkara yang telah berlaku. Beberapa kakitangan yang lain berusaha untuk menghalang Jong dari memasuki ruangan pekerja yang berada di bahagian belakang kafe.

"Encik, encik tak boleh masuk sini. Ini bilik pekerja." Ujar pekerja lelaki lain yang sedang menghalang tingkah laku Jong.

Melihat keadaan yang mencemaskan itu, Haiqal terus mendapatkan sahabatnya itu lantas membawanya ke tempat duduk sebelum mengarahkan Kimi untuk membawa Win pulang.


Bersambung...

Sorry lambat sikit update bab yang seterusnya, sebab ada tugasan sikit. Tq sebab sudi singgah dan baca karya saya. 

jangan lupa juga untuk menyokong kayra author yang lain ya. Tq syg semua.

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now