BAB 8

1.8K 30 0
                                        

Suasana di atas meja kini kedengaran riang dengan gurau senda diantara majikan dan anaknya. Win membawa pinggan berisi nasi goreng dan telur rebus untuk sarapan pagi Jong dan anaknya.

"Wah, nasi goreng dan telur rebus. Sedapnya." kelihatan keterujaan diwajah Mike sebaik sahaja Win meletakkan pinggan nasi goreng dihadapan mereka.

"Abang nak makan nasi atau roti?" Soal Win kepada majikannya.

"Roti je lah, nanti nasi goreng abang buat bekal saja." Terang Jong sambil melihat kearah wajah Win yang sedang menyenduk nasi goreng kedalam piring Mike.

"Baiklah, Win ambil roti untuk abang." Katanya sebelum berlalu kedapur.

Dengan apron dan jaring dikepala, cukup untuk membuktikan dirinya adalah seorang yang pembersih dan menjaga kebersihan makanan. Roti bakar dihidangkan kepada majikannya bersama jem kekacang kegemarannya.

Jong berasa gembira apabila merasa dirinya tidak kelam-kabut untuk menyediakan sarapan buat dirinya dan anaknya.

"Ini bekal untuk abang." Ujar Win sambil memasukkan bekas makanan kedalam beg kertas sebelum diletakkan disebelah Jong.

"Terima kasih Win." Ucap Jong sambil matanya tidak lari dari melihat wajah comel Win.

"Abang cuma sayangkan ayah." Keluh Mike yang membuat Win dan Jong terlopong.

"Kenapa anak ayah cakap macam tu?" Soal Jong sambil membelai bahu anaknya.

"Ayah ada bekal, tapi saya tak ada." Terang Mike sambil tangannya disilangkan kedada.

"Laaa, abang minta maaf Mike. Kamu pun nak bawa bekal ke?" Soal Win sambil memujuk anak kecil itu dalam keadaan melutut disebelahnya.

"Nak, nanti boleh Mike kongsi dengan kawan. Nasi goreng abang sedap." Puji Mike sambil mengangkat ibu jarinya.

_____________________________

Sesiapa saja yang berselisih dengan dirinya pasti akan melihat dan bertanya tentang beg kertas yang dibawanya. Walaupun dirinya CEO di syarikat itu, namun pekerjanya sangat mesra dengan Jong yang ternyata peramah.

"Weh, Jong. Kau bawa apa tu?" Soal Khairi (Pekerja a.k.a sahabat baik Jong) apabila melihat Jong memasuki pejabat sambil menjinjit beg kertas.

"Bekal." Jawab Jong sepatah sebelum meletakkan suitcase nya diatas meja. Makanan yang dibawanya diletakkan dimeja sisi.

"Sempat juga kau masak." Soal sahabatnya lagi.

"Bukan aku yang masak. Pengasuh Mike yang masak." Terang Jong sambil melabuhkan punggungnya.

"Patutlah kau nampak bersemangat saja hari ni." Ujar Khairi.

Jong hanya tersenyum mengenangkan dirinya kini mampu menghela nafas panjang apabila Win sudi untuk menjadi pengasuh dan membantu dirinya dalam melaksanakan tugas-tugas dirumah.

"Jadi, macam mana budak yang kau ambil kerja tu?" Soal Khairi.

"Budak yang mana?" Soal Jong kembali.

"Pengasuh anak kau tulah." Kata Khairi.

"Dia okay saja. Rajin bekerja dan pandai masak." Ujar Jong berpuas hati.

"Untunglah kau, siapa nama dia?"

"Nama dia Win."

"Nanti bolehlah kau suruh dia masak untuk percutian kita." Cadang Khairi.

"Pasal itu, aku kena tanya tuan punya badan. Aku tak nak dia penat masak lepas tu kita sedap-sedap makan." Seloroh Jong.


Bersambung...

Abang Sado, Adik AngkatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang