BAB 17 - Menolak?

1.2K 22 0
                                    

Kedengaran sudu berlaga dengan pinggan menandakan Jong dan Mike dengan menikmati sarapan ringkas mereka memandangkan Win tidak menyediakan sarapan pada hari minggu.

Terkejut apabila melihat kotak yang berlogo APPLE disorong ke sisinya, lantas Jong berpaling sebelum melihat Win berdiri disisinya.

"Kenapa, Win tak suka?" Soal Jong sambil meraih tangan kekasihnya itu.

"Win tak boleh ambil tu abang." Jawab Win sambil menatap wajah Jong.

"Abang beli ni untuk Win sebagai tanda minta maaf sebab rosakkan telefon Win hari tu." Terang Jong.

"Tak apalah abang, Win boleh beli sendiri nanti lagipun Win sudah maafkan abang." Balas Win sebelum berlalu menuju ke peti sejuk.

POV - Win

"Wah, IPhone 14!" Monolog Win sendiri sambil terlopong melihat kotak gadjet yang memang menjadi kesukaannya.

"Tapi aku tak boleh ambil sebab ni mesti abang Jong yang belikan. Aku taknaklah nanti dia kata aku ni jenis yang materialistic." Kata Win kepada dirinya sendiri.

Diambilnya kotak gadjet itu dan berjalan menuju ke dapur. Kedengaran sudu berlaga dengan pinggan menandakan majikan dan anaknya sedang menikmati sarapan mereka sediri. Jong duduk di kerusi kesukaannya iaitu ditengah.

'Aku mesti pulangkan.' Yakin hati Win sebelum menuju ke arah Jong dan menyorongkan kotak gadjet itu kesisinya.

Walaupun Jong cuba untuk meyakinkan Win, namun ternyata lelaki itu agak keras dengan pendiriannya sendiri dan bertekad untuk tidak menerima pemberian dari Jong.

----

Walaupun kesayangannya itu sedah memaafkan dirinya namun Jong masih rasa bersalah kerana pemberiannya tidak diterima.

'Win masih marah ke?' Soal hati Jong.

Melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang disediakan dihalaman rumah sambil matanya melihat kotak berlogo APPLE yang diletakkan diatas meja kopi.

"Ayah, kenapa sedih ni?"

Kepetahan Mike bertutur memang tidak dapat dinafikan untuk kanak-kanak diusia muda sebegitu.

"Tak ada, ayah sedih sebab abang Win kamu masih marah kat ayah." Jawab Jong sambil menghela nafas yang terasa berat.

"Kenapa abang marah kat ayah?" Soal Mike sambil mengambil tempat duduk disebelah Jong.

"Ayah rosakkan telefon abang Win."

"Ayah jahat, patutlah abang Win marah."

"Itu yang buat ayah rasa sedih ni."

Jong tidak mampu untuk menutupi kesalahan yang dilakukan dari pengetahuan anak lelakinya itu. Hanya mampu berdiam dan merenung kearah kotak yang berada dihadapannya.

Setelah kejadian yang berlaku pada percutian yang lalu, Jong berlajar untuk mengawal emosinya agar tidak menyakiti orang-orang yang dia sayangi. Dengan penuh kesabaran, Jong memujuk Win untuk menerima pemberiannya untuk mengganti telefon pintarnya yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Senyuman terukir dibibir Jong apabila Win akhirnya menyambut kotak pemberiannya. Kelihatan keriangan terpancar diwajah lelaki muda yang baru saja mendapat Iphone 14 baru yang bakal mengganti gadjet lamanya.

"Terima kasih abang." Ucap Win sambil melihat kearah Jong yang berada di sisinya.

"Sama-sama sayang." Balas Jong.

Chup!

Satu kucupan singgah dipipi lelaki sasa itu dari kesayangannya yang kini kelihatan seronok meneroka gadjet baharu yang akan mewarnai hidupnya.


Bersambung...


Siapa suka kena cium bila bagi sesuatu pada kesayangan? hehehe

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now