Berasa ganjal dengan kehidupan yang dijalaninya saat ini, Win hanya akur dengan permintaan anak majikannya yang menginginkan seorang abang untuk menemani dirinya.
Berbaring diantara anak dan majikannya cukup untuk membuat tubuh Win kaku dan kejang kerana dirinya takut untuk bergerak walaupun seinci.
'Kenapalah budak ini suruh aku baring ditengah?' Desis hati kecil Win sambil merangkul tubuh kecil Mike yang sudah pun tidur pulas.
Sudah sejam baring namun matanya belum lagi menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Mungkin disebabkan kedudukan dirinya sekarang. Setelah berusaha menenangkan dirinya, akhirnya mata Win semakin memberat dan layu.
Namun matanya terbuka luas tatkala terasa ada lengan yang melingkari tubuhnya. Kehangatan dari tubuh sasa milik Jong terasa di belakang badan Win yang hanya mengenakan singlet manakala Jong tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek.
'Dia peluk aku ke?' Soal hati kecil Win, namun pelukan itu dibiarkan oleh Win memandangkan majikannya itu sudah tidur pulas. Kedengaran dengkuran yang semakin keras diikuti hembusan nafas lembut di belakang tengkuk Win.
Walaupun berasa janggal, namun Win berasa nyaman didalam pelukan Jong.
_____________________
Di sisi Jong pula...
Nyamannya bila dirinya mampu meluruskan pinggangnya walaupun di sisi lain dirinya agak kekok dengan kehadiran Win diatas katil yang selama ini hanya digunakan oleh dirinya dan anaknya untuk beradu.
Melihat tubuh molek milik Win yang terbaring membelakangi dirinya sambil memeluk tubuh Mike, jiwa Jong meronta untuk memeluk tubuh insan dewasa. Ternyata dirinya masih merindui arwah isterinya yang sudah lama meninggal dunia.
Memberanikan dirinya untuk merapati tubuh Win, perlahan-lahan Jong meletakkan tangannya ke pinggang Win untuk merangkul tubuh lelaki yang berbaring dihadapannya.
Berasa gementar kerana takut Win mungkin akan menolak pelukannya, Jong hanya mendiamkan diri dan menanti riaksi dari Win. Namun, apabila Win langsung tidak memberi apa-apa riaksi, lantas wajahnya dirapatkan ke belakang tengkuk Win dan matanya ditutup rapat.
Wangian yang dikenakan oleh Win cukup untuk menggetarkan naluri lelakinya sehingga alat sulitnya perlahan-lahan mengeras dibalik seluar pendek yang disarungkan.
Aku stim ke?
Bersambung...
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...