BAB 20 - Kejutan

1.1K 20 0
                                    

Suasana dirumah Jong riuh rendah dengan suara dan gurau senda dari semua yang hadir dirumahnya pada malam itu. Khairi dan Jong sibuk dengan membicarakan soal tugasan di pejabat dan hobi mereka memancing.

Jong suka memancing?

Iya, Jong memang kaki memancing. Zaman mudanya memang dipenuhi dengan kegiatan memancing namun kegiatan itu terpaksa diberhentikan apabila arwah isterinya meninggal dunia dan tumpuannya diberikan sepenuhnya kepada Mike.

Wani pula sedang membantu Win menyediakan makanan di dapur. Walaupun Win seorang lelaki, namun Wani berasa selesa bergaul dengannya memandangkan dirinya yang sangat menghormati kaum hawa.

"Win, akak bawa makanan ni ke depan dulu ye."

"Baiklah akak."

Beberapa saat kemudian, Jong menerpa ke dapur dan terus mendakap tubuh Win dari belakang.

"Ada apa-apa yang abang boleh tolong?

"Nak tolong?"

"Nak." Jawab Jong namun pelukkannya masih erat.

"Abang tolong bawa jug minuman dan gelas tu ke depan." Arah Win.

Muahh!

Pipi Win dikucup sebelum Jong meleraikan pelukannya dan membawa jug dan gelas ke ruang tamu.

"Haaaa, yang senyum sorang-sorang tu kenapa?" Soal Wani yang baru saja kembali kedapur.

"Taulah dia baru kena cium dengan buah hati." Sambung Wani lagi apabila Win hanya berdiam diri dan pipinya mulai kemerahan.

Malulah tu.

"Akak tahu yang Win suka dengan Jong kan?" Soalan itu membuatkan Win terlopong dan tidak tahu hendak menjawab apa.

Dengan segan dan takut Win hanya mampu berdiam diri dan menyambung tugasannya disamping wanita disampingnya. Ternyata, Wani merupakan adik kepada Jong yang menikah dengan sahabat baik abangnya iaitu Khairi. Tidak hairanlah sekiranya mereka sangat rapat.

"Akak tak marah?" Soal Win.

"Tak. Semenjak kematian isteri Jong, Dia tak pernah nampak bahagia macam sekarang. Akak bersyukur Win sudi warnai kehidupan dia, walaupun korang sejenis." Terang Wani sebelum membawa dulang buah-buahan menuju ke ruang tamu.

Satu-persatu kejutan diterima oleh Win pada hari itu. Dari mengetahui aktiviti kegemaran Jong hingga ke identiti sebernar Wani. Win seakan-akan bingung dengan penemuan yang dia jumpa pada hari itu.

"Atuk, nenek!" Kedengaran suara riang Mike dan Yusuf menyapa dua tetamu yang baru saja tiba.

Atuk dan nenek?

Win menjadi kaku dan tidak tahu apa yang dia harus lakukan apabila seluruh keluarga majikannya bertandang pada malam itu. Dengan membawa pinggan dan sudu untuk makan malam bersama, Win melangkah menuju ke ruang depan.

Serentak itu ruang tamu menjadi sepi dan semua mata menatap kearah Win yang sedang meletak pinggan dan sudu diatas meja. Berasa janggal bila dipandang begitu, Win hanya mampu mengangguk dan mengukirkan senyuman sebelum ingin kembali ke dapur.

"Win, mari duduk sini." Langkahnya terhenti dan melihat kearah tempat yang tunjuk oleh Jong.

Melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Jong, Win hanya mampu tersenyum malu dan penuh dengan sebaran. Ini merupakan laki pertama dirinya bertemu dengan kedua orang tua majikannya itu. Orang kenamaan yang kelihatan sangat bersahaja apabila berjumpa dengan anak-anaknya.

"Win, kenalkan ini papa dan ini mama abang."

Jong memperkenalkan ibu bapanya kepada Win, begitu juga disebaliknya.

"Saya Win, tuan puan." Basa Win.

"Panggil papa je." Sahut Tuan Raihan.

"Iya Win, panggil papa dan mama je." Tambah Puan Dania.

"Kami dah anggap Win macam anak sendiri. Terima kasih sebab sudi jaga cucu kami." Tambah Puan Dania lagi. Win hanya mampu menangguk.

Win tiba-tiba menyedari ada kilauan api dari arah dapur. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat Wani muncul sambil menatang kek ulang tahun yang terdapat lilin bernombor 26.

Selamat hari lahir

Selamat hari lahir,

Selamat hari lahir Win

Selamat hari lahir.

Win hanya mampu menitiskan air mata apabila melihat keluarga majikannya menyediakan sambutan hari lahirnya yang ke-26. walaupun usianya hampir menjangkau tigapuluh, namun perwatakannya masih kelihatan seperti remaja.

Majlis ringkas yang berlangsung hingga ke larut malam itu pun berakhir. Jong mendukung Mike yang sudah lama terlelap untuk dimasukkan kedalam biliknya. Deretan kereta mewah tersusun dihadapan rumah mewah itu menandakan semua tetamu menginap.


Bersambung...

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now