BAB 37 - Syukur

1K 19 0
                                        

Setelah hampir dua minggu Win dimasukkan kedalam wad akibat kemalangan yang menimpa dirinya, akhirnya kini dia sedar dan mampu untuk membuka matanya. Dengan senyuman bak bunga yang mekar di pagi hari, Jong memeluk Win dengan eratnya kerana rindu dengan renungan mata manis milik kesayangannya itu.

"Sayang dah bangun, how are you?" Soal Jong setelah meleraikan pelukannya.

"Feeling better." Sahut Win sambil merenung tepat ke wajah Jong yang kelihatan tampan walaupun ada rambut yang mulai tumbuh diwajahnya.

Jong merapatkan wajahnya ke wajah Win sehingga bibir mereka hampir bertemu namun perbuatannya terhenti apabila dadanya ditahan oleh tangan Win. "Kenapa sayang?" Soal Jong kehairanan.

"Win belum gosok gigi." Jawab Win sambil wajahnya merona merah.

"Abang tak kisah pun." Balas Jong sambil merapatkan wajahnya sekali lagi hingga bibir mereka bertemu.

Terasa lembut bibir Win menyentuh bibir Jong yang telah lama di rindui oleh jejaka tampan dan sasa itu. Rasa rindu yang menebal masih lagi tidak terubat walaupun mereka kini bercumbu diatas katil rumah sakit. Ingin hati Jong membawa kesayangannya itu pulang dengan serta merta, namun dia masih perlu menunggu pengesahan daripada doktor yang memantau keadaan Win.

TOKK TOKK TOKKK!



Keluar dari tandas dengan bantuan Jong usai memberus gigi dan mencuci muka, Win kembali berbaring diatas katil yang didiaminya selama dua minggu itu.

Ketukkan di pintu menyentap perbuatan dua insan yang sedang dilamun cinta itu. Jong kembali duduk di kerusi bersebelahan katil Win sebelum susuk tubuh seorang jururawat masuk membawa dulang berisi ubat.

"Selamat pagi Encik Jong, apa khabar Encik Win?" Sapaan mesra daripada jururawat lelaki itu.

"Selamat pagi." Sahut Jong sambil matanya melihat kearas dulang yang ditatang oleh jururawat itu.

"Rasa makin sihat." Sambung Win sambil tersenyum yakin setelah menggosok gigi.

"Mana tak sihatnya kalau ada orang yang sayang selalu disisi." Seoloroh suara garau yang tiba-tiba muncul dari pintu.

"Papa." Sapa Jong kepada Tuan Raihan.

"Selamat pagi Tuan." Sapa jururawat itu kepada Tuan Raihan degan mesra.

"Selamat pagi Muzz." Balas Tuan Raihan sambil menepuk lembut bahu lelaki itu.

Muzz meneruskan tugasannya dengan memastikan Win mengambil kesemua ubat yang dibawanya untuk pagi itu sebelum dia memeriksa bekas luka yang ada di kepala dan di dahi Win.

Jong dengan Tuan Raihan hanya diam dan memperhatikan setiap perkara yang dilakukan oleh Muzz dan mengharapkan tiada apa-apa yang tidak diinginkan berlaku.

"Tuan, Encik Jong...saya akan panggil doktor sekejap untuk membuat pengesahan tentang status kesihatan Encik Win. Kalau dia dah betul-betul sihat mungkin dia akan discharge hari ini." Kata jururawat itu sebelum keluar dari wad.

"Baiklah." Sahut Jong.


Bersambung.


Hai semua, maaf kalau ada yang tertunggu sambungan cerita ini. Ada tak korang yang dapat pasangan yang romantik dan ambil berat tentang korang bila sakit? Rasa bahagiakan bila ada orang yang ambil berat tentang kita. 

Abang Sado, Adik AngkatCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang