Kehidupan Jong sebagai seorang ayah tunggal kepada seorang anak lelaki sangat mencabar apatah lagi bila anaknya MIke mula menjejakkan kakinya ke alam persekolahan. Rutin hariannya turut berubah apabila dia harus bangun lebih awal setiap hari untuk menyiapkan sarapan dan menghantar anaknya ke sekolah.
Melangkah memasuki pintu pagar sekolah sambil memimpin tangan anaknya, semua mata melirik kearahnya yang segak dan kemas sambil memakai cermin mata hitam. Memberi satu pelukan kepada Mike sebelum melepaskannya untuk masuk kedalam kelas. Kemudian dia memusingakn badannya untuk kembali menuju ke keretenya.
Namun, terasa dirinya melanggar sesuatu dia menunduk. Dengan ketinggian 189cm, dia tidak perasan bahawa ada seseorang sedang berjalan di sampingnya. Jong mencangkung sambil membantu lelaki muda yang dirempuhnya tadi.
“Kamu tak apa-apa, saya minta maaf tau.” Katanya sambil menyusun kotak-kotak yang bertaburan.
“Saya tak apa-apa encik, cuma kuih-kuih pesanan ni je yang rosak.” Jawab lelaki itu sambil mendongak.
“Saya minta maaf sekali lagi, macam ni lah. Macam mana kalau saya bayar ganti rugi kuih-kuih yang dah rosak ni.” Ujar Jong.
“Terima kasih encik, lagipun kuih ni semua belum dibeli. Biasanya saya hantar ke kantin dan petang nanti baru kutip duit hasil jualan.” Jelas lelaki itu.Setelah membantu lelaki muda itu bangkit, Jong mengambil keputusan untuk menghantar lelaki muda itu pulang.
“Nama kamu siapa?” Tanya Jong.
“Saya Win. Nama encik siapa?” Balasnya
“Saya Jong Liew, boleh panggil saya Jong, Jon atau abang.” Jawab Jong.
“Kalau macam tu, saya panggil kamu abang boleh?” Pinta Win
“Boleh jer, lagipun saya ni memang takde adik.” Jawab Jong sambil tersenyum kearah Win.Tidak lama kemudian, Win meminta Jong untuk memberhentikan keretanya di bahu jalan berdekatan.
“Kenapa kita berhenti di sini?” Tanya Jong kehairanan.
“Saya tinggal di kawasan berdekatan sini.” Jawab Win
“Boleh abang minta nombor telefon Win?” Tanya Jong lagi.Setelah memberi nombor telefonnya kepada Jong, Win terus keluar dari kereta milik Jong dan berterima kasih kepadanya kerana sanggup membayar ganti rugi kuih yang telah rosak.
-------------------------------
Pukul 1.45pm,
Mike yang setia menunggu ketibaan ayahnya mengukir senyuman apabila melihat kereta BMW berwarna hitam berhenti di pintu pagar sekolah. Dia terus berlari mendapatkan tubuh yang keluar dari kereta itu sambil memeluknya.“Miss you ayah.” Ujar Mike sambil membenamkan mukanya kedada Jong.
“Miss you too sweet heart. Jom kita pergi makan.” Balas Jong sambil mengambil beg yang berada di belakang anaknya.Mereka pergi restoran kegemaran anaknya untuk menikmati makan tengah hari. Restoran yang berhawa dingin dan tertutup cukup selesa untuk dia dan anaknya menjamu selera.
Win yang sudah lama memerhati telatah dua beranak itu semenjak mereka memasuki restoran itu sengaja mendekati mereka.
“Nak pesan apa?” Kata pelayan.
‘Kenapa suara tu macam familiar saja?’ Desis Jong.
Mendongak dan terkejut apabila mendapati pelayan yang mengambil pesanan mereka adalah Win.“Win kerja kat sini ke?” Tanya Jong.
Win hanya membalas dengan anggukkan.Bersambung...
Tolong rate ⭐ sekiranya anda suka dengan cerita ini. 🌹
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...