Kereta BMW berwarna hitam memasuki ruang parking di bahagian bawah hotel mewah yang terletak berhadapan dengan sungai yang indah. Usai memakir kereta seorang lelaki keluar dari perut kereta dari arah tempat duduk pemandu sebelum beralih ke sebelah tempat duduk penumpang dihadapan untuk membuka pintu.
Terpancul keluar tubuh ramping yang mengiurkan dari perut kereta dengan liuk-lentuknya sebelum berjalan beriringan dengan lelaki itu menuju ke pintu lift. Senyuman manis terukir di wajah dua insan ini sambil mereka melangkah menuju ke meja penyambut tetamu untuk membuat tempahan bilik.
...
Jong sedang sibuk mengemas barangnya atas urusan kerja dan terpaksa meninggalkan kesayangannya yang masih terlantar dihospital. Dia sempat memesan Kimi untuk selalu menjenguk Win dan memberitahu setiap perkembangannya.
Usai mengemas barangnya, menghantar Mike ke rumah orang tuanya sebelum berangkat ke hotel yang sudah ditempah oleh syarikat untuk dirinya. Usai membuat mengambil kunci bilik, Jong melangkah menuju ke lift untuk ke biliknya.
Bilik VVIP yang ditempah sungguh mewah dengan ruangan yang luas dan elegan dipenuhi dengan perabot serba mewah. Melabuhkan punggungnya ke atas katil dan memikirkan nasib dirinya yang tidak lama lagi akan berkahwin dengan wanita pilihan ibunya.
'Patutkan aku bagitahu mama tentang Alisha?' Soal Jong dalam hati.
Lantas tangannya mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam saku namun langkahnya terhenti apabila dia terlihat gambar Win yang dia letak di wallpaper telefonnya.
'Tak payahlah, nanti semunya akan terbukti juga.' Itulah doa Jong mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan Mike.
Terus langkahnya dihayun menuju ke pintu bilik sebelum pintu ditutup dibelakangnya. Sambil hanya membawa dompet dan telefon pintarnya, Jong berjalan menuju ke restoran yang berada di dalam hotel untuk mengisi perutnya yang ternyata lapar.
Minumannya dihabiskan sebaik saja usai menjamah hidangan yang ditempahnya sebentar tadi. Just limau kasturi dingin disedut untuk melancarkan proses penghadamannya. Selepas itu, napkin ditetakkan keatas meja sebelum langkahnya dihayun menuju ke lobi.
Sambil matanya ralit meneliti jadual yang telah disediakan oleh setiausahanya, langkahnya diperlahankan agar tidak merempuh sesiapa yang berlegar di ruangan lobi.
ENCIK, LEPASKAN SAYA. SAYA TIDAK BERSALAH. INI MESTI ADA YANG MEMBUAT FITNAH!
Suara seakan tidak asing ditelinga Jong sebelum pandangan matanya beralih kearah kelompok lelaki dan perempuan yang yang berpakaian seragam biru sambil dua orang dari mereka sedang mengheret Alisha.
"Cik sila ikut kami ke balai untuk membuat keterangan." Ujar pegawai polis itu.
Jong yang sedang meneliti jadualnya lantas membuka camera telefon pintarnya dan membuat rakaman video. 'Mungkin ini akan membantu aku nanti.' Kata hati Jong.
Kelihatan seorang lelaki turut diseret ke balai polis bersama dia. 'Mungkin itulah lelaki yang selama ini Kimi dan Haiqal pernah bagitahu aku.' Ujar Jong yang hanya mampu merenung dari suatu sudut.
...
P.O.V - Alisha
"Sayang, terima kasih sebab bawa I stay in di hotel hari ni. I rasa bahagia sangat." Ujar Alisha sambil duduk diatas pangkuan Fiqri.
"Sama-sama sayang." Balas Fiqri.
"Sebab sayang dah baik sangat, jadi I akan belanja sayang kepuasan hari ini." Ujar Alisha sambil membetulkan payudaranya.
Tangan Alisha mula membuka butang baju Fiqri dari atas hingga ke bawah sebelum tangannya turut membuka tali pinggang yang melilit di pinggang Fiqri. Dirinya hanya menyandar sambil menikmati layanan Alisha.
Kemudian Alisha melangkah sedikit jauh dari Fiqri sebelum melucutkan pakaiannya hingga terdedahlah tubuh rampingnya.
"So sexy my dear." Ujar Fiqri sambil menelan air liurnya.
"Let me serve you sayang." Balas Alisha sambil merapatkan dadanya ke wajah Fiqri yang kelihatan penuh dengan nafsu.
TOKKK TOKK TOKKK
Ketukkan di pintu menyentap segala kegiatan mereka. "Sekejap dear, I pergi tengok siapa di luar." Ujar Fiqri sambil membetulkan bajunya.
Terbeliak biji mata Fiqri apabila melihat beberapa pegawai polis dan pencegah maksiat sedang berdiri di hadapan pintu bilik mereka. "Kami dari unit pencegah maksiat mendapat laporan ada aktiviti yang tidak bermoral dilakukan disini." Terang pegawai itu.
"Ma...mana ada encik." Fiqri cuba untuk menafikan kegiatan mereka.
"Maaf encik, sila beri kejasama." Kata pegawai itu.
Fiqri hanya mampu berdiri di muka pintu apabila pegawai dan yang lainnya memasuki bilik itu untuk membuat pemeriksaan. Alisha yang hanya mengenakan pakaian dalamnya segera berlari mengenakan pakaiannya namun kelakuannya diketahui oleh salah seorang dari pegarwai wanita yang turut ada dalam operasi tersebut.
Mereka dikehendaki untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai pengesahan sekiranya mereka adalah pasangan suami isteri.
"Jadi kamu berdua bukan suami isteri?" Soal pegawai perempuan itu kepada Fiqri.
"Bukan cik." Jawab Fiqri lemah sambil wajahnya tunduk melihat lantai. Manakala Alisha di sampingnya sudah pun menangis teresak-esak.
Mereka berdua dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya oleh jabatan pencegah maksiat. Alisha memohon agar perkara itu tidak dipanjangkan namun pihak berkuasa tidak mengendahkan walaupun dirinya anak orang yang berpengaruh.
Bersambung,
Maaf semua sebab lambat sikit nak update sambungan cerita ni. Apa pula yang akan berlaku nanti setelah Alisha kantoi? Jong masih akan kawin dengan dia ke?
ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Sado, Adik Angkat
FantasiaMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...
