Dengan perasaan yang bercampur gembira dan sedih, Win melangkah keluar dari pejabat majikannya dan berjumpa dengan rakan sekerjanya. Rakannya yang melihat ekspresi wajah Win turut tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku disebalik pintu.
"Kamu kenapa ni?" Soal rakannya.
"Hari ini terakhir aku bekerja disini." Ujar Win dengan nada mendatar.
"Boss pecat kamu ke?" Soal rakannya lagi.
"Tak." Jawab Win sambil menggelengkan kepala.
"Habis tu?" Sekali lagi soalan diajukan.
"Boss beri aku tawaran kerja baru." Balas Win sambil tangannya perlahan-lahan mengeluarkan semua barangan yang diletakkan didalam almari.
"Syukurlah kamu dapat kerja baru. Mana tahu itu memang rezeki kamu." Ujar rakannya itu sambil menepuk bahu Win menyuntik semangat kepadanya.
"Aku sedih je nak tinggalkan kamu dan yang lain disini." Kata Win.
"Tak pe, kalau ada masa lapang kau datang je ke sini. Jadi pelanggan kami." Seloroh rakannya itu.
"Terima kasih tau sebab dah jadi rakan aku sepanjang aku kerja disini." Ujar Win.
"Sama-sama Win, aku senang dapat kenal kamu juga." Balas rakannya itu.
Usai mengemas kesemua barangan yang ada didalam almarinya, Win berjalan beriringan dengan rakannya menuju ke pintu utama.
"By the way, kerja apa yang kamu dapat kali ini." Soal rakannya itu untuk kepastian.
"Pengasuh." Jawab Win.
"Uhh...tugas yang agak mencabar, tapi aku tahu kamu mampu melakukannya." Kata rakannya itu.
Langkah mereka berhenti apabila melihat kelibat majikan mereka berdiri di pintu utama bersama seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an. Lantas majikan Win memperkenalkan dirinya kepada majikan baru yang akan mengambil Win bekerja.
Sesi pertukaran majikan berlangsung dengan pantas kerana Win sudah pun mengenali majikan barunya itu. Usai bersalam dengan bekas majikannya dan rakan sekerjanya buat kali terakhir, Win pun berjalan menuju ke kenderaan yang dipandu oleh majikan barunya.
Walaupun ini merupakan kali kedua Win menaiki kereja Jong, namun dirinya masih berasa janggal apatah lagi kini lelaki di sebelahnya sudah menjadi majikannya.
"Win, terima kasih sebab sudi menjadi pengasuh Mike." Ujar Jong memecah keheningan.
"Sama-sama tuan." Balas Win dengan membahaskan Jong sebagai tuan.
Terkejut dengan panggilan yang digunakan oleh Win, Jong tersedak angin terus terbatuk.
"Janganlah panggil saya tuan, kan hari itu Win panggil abang." Ujar Jong.
"Hari itu kan abang masih belum jadi majikan Win, kalau dah jadi majikan Win mana boleh panggil abang. Mesti kena panggil tuan." Jelas Win.
"Panggil abang je." Kata Jong.
"Alright abang." Balas Win sambil tangannya mengambil telefon pintar yang berada didalam poket begnya.
Dalam usia yang baru menjangkau dua puluh enam, Win masih memiliki raut wajah kanak-kanak belasan tahun. Namun perwatakannya kelihatan matang dari segi pertuturan dan tingkah-laku.
Setibanya mereka di kediaman mewah milik Jong, kelihatan raut wajah comel membuka daun pintu dari dalam meyambut kedatangan Win dan Jong. Mike yang sudah biasa duduk bersendirian semasa ketiadaan ayahnya di rumah.
"Jemput masuk." Pelawa Jong kepada Win.
Win hanya mengangguk sebelum memasuki kediaman yang cantik itu sambil menjinjit beg pakaiannya.
"Abang, comel." Ujar Mike sambil duduk di pangkuan Win.
Keakraban diantara Win dan Mike seakan-akan mereka sudah lama kenal. Jong hanya mampu tersenyum melihat telatah anaknya yang sangat manja dengan Win.
"Malam ini, kita makan di luar. Esok baru kamu mula bekerja." Kata Jong.
"Win boleh masak." Ujar Win sambil tangannya tidak lekang dari memeluk tubuh kecil Mike.
"Win kan baru saja sampai, mesti penat lepas balik kerja tadi." Kata Jong.
Namun Win berkeras hendak memasak sendiri makan malam untuk mereka bertiga dan Jong hanya mampu bersetuju dengan kehendak Win. Lantas Jong melangkah menuju ke dapur untuk melihat bahan-bahan yang boleh dimasak.
Membuka peti sejuk, hanya ada ayam dan sayur kangkung yang masih tersisa. Berjalan kembali ke ruang tamu mendapatkan Win dan anaknya lantas tangannya memegang kedua-dua belah bahu Win yang menyebabkan Win tergamam.
"Hanya ada seekor ayam dan sayur kangkung saja yang tinggal." Kata Jong.
"Kita boleh buat sup ayam dan tumis kangkung." Ujar Win namun dia tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Abang mana-mana saja." Kata Jong.
"Abang, Win tak dapat masak kalau abang terus pegang bahu Win." Seloroh Win.
Tersedar dengan perbuatannya, Jong menarik tangannya pantas dan pipi cerahnya semakin merona akibat perbuatan diluar jangkaannya itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantastikMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...