BAB 45 - Tiada Rahsia

624 11 0
                                    

Langkahnya diatur sebelum kembali merebahkan dirinya disamping lelaki sasa yang sangat dicintainya. Terasa kaku dan risau apabila mengenangkan kejadian yang baru saja dialaminya sebentar tadi. 'Kenapa abang Khairi tergamak buat macam itu? Apa pula yang aku nak bagitahu abang Jong kalau dia dapat tahu kejadian tadi?' Bertalu-talu soalan timbul di benaknya.

Jam sudah pun menunjukkan angka 4 pagi, namun matanya masih tidak berasa mengantuk. Dengkuran yang keluar dari rongga pernafasan Jong diikuti dengan dadanya kembang dan kempis menyedut kemudian menghembus udara.

'Handsomenya, patutlah ramai wanita dan gay yang berusana hendak mendekati lelaki ini.' Ujar Win dalam hati.

"Eh, sayang dah bangun?" Soal Jong yang tiba-tiba terjaga kerana usapan tangan lembut Win yang menyentuh pipinya. "Mata tak nak tidur, maaf kalau Win membangunkan abang." Pohon Win sambil matanya seakan berkaca. "Laaaa, kenapa sayang nangis? Apa yang berlaku? Bagitahu abang please." Jong bingkas bangun dan memeluk erat tubuh Win. Namun tangisan Win pecah dibalik pelukkan itu.

Perlahan-lahan Jong cuba untuk menenangkan insan yang berada di dalam dakapannya. Belakangnya digosok bagi meredakan tangisannya. Sepuluh minit berlalu, esakkan Win pun semakin reda. Jong perlahan-lahan meleraikan pelukannya sebelum menatap wajah kesayangannya itu. Hatinya seakan mengetahui apa yang telah berlaku.

Pada saat itu, segala yang dialami oleh Win diketahui oleh Jong tanpa apa-apa maklumat pun yang tercicir. Insiden pada malam itu cukup untuk mengajar Jong dan Win makna berterus terang dan tiada rahsia dalam sesebuah perhubungan bagi mengekalkan rasa sayang dan cinta diantara mereka.

Setiap pasangan sepatutnya memiliki keperibadian yang tinggi agar tidak timbul prasangka yang akhirnya menyebabkan berlakunya pertelingkahan.

"Win minta maaf abang." Itulah yang diungkapkan oleh Win sebelum cuba untuk berganjak dari katil namun dihalang oleh Jong. "Sayang nak kemana?" Soal Jong sambil tangannya kejab menggenggam pergelangan tangan Win. "Win kotor." Ujar Win sebelum cuba untuk meleraikan genggaman tangan Jong. "Bukan salah sayang. Kan sayang dan janji tak akan tinggalkan abang lagi walau apapun yang terjadi diantara kita. Ingat tak?" Soal Jong dengan bersungguh-sungguh.

Win hanya terdiam dan mengenang kembali janji-janji yang pernah mereka buat sebaik saja hubungan mereka mulai pulih sebelum ini. "Abang terima Win seadanya walau apapun yang terjadi. Hati abang hanya untuk Win sorang." Terang Jong sambil menyeka linangan mutiara jernih yang berguguran di wajah Win.

____________________

Mike dan sepupunya yang lain sedang bermain dan ditemani oleh Win yang sedang duduk sambil memperhatikan setiap tingkah-laku budak-budak di hadapannya. Tiba-tiba kejadian semalam menerpa masuk kedalam mindanya. Setiap bunyi dan pergerakkan yang dialaminya seakan masih terasa di tubuhnya. Terutama apabila lubang anusnya diterjah dengan menggunakan alat kelamin Khairi.

PAPP!

"Abang! Kenapa termenung?" Soal Mike yang tiba-tiba berdiri di hadapannya. "Eh! Tak ada apa-apa. Korang nak minum ke?" Soal Win mengalihkan topik berbicaraan mereka. "Nak!" Jawab mereka serentak. Lantas Win menuangkan sirup yang dia bancuh kecawan sebelum diedarkan kepada mereka.

Wahhhhhhh!

Kedengaran bunyi kepuasan apabila tekak mereka dibasahkan dengan sirup yang menyegarkan itu. Win berasa gembira apabila melihat mereka berpuas hati dengan sirup yang disediakan.

Kemana pula 3 dewasa yang lain? Apa yang mereka lakukan?


Bersambung,


Sorry semua lambat sikit update cerita ini. Hope korang suka dengan sambungan kali ini. 

Ada tak yang pernah lalui pengalaman seperti Win? Hope korang tak trauma dengan pengalaman yang korang lalui. Bangkit dan hadapilah masa yang mendatang.

Jangan lupa like, vote dan comment ya. Sayang u all.

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now