BAB 27 - Ikhlas

849 25 1
                                    

Kelihatan disuatu sudut, Jong sedang duduk dan menakup wajahnya dengan menggunakan kedua tapak tangannya. Manakala Haiqal sedang menenangkan sahabatnya itu. Keadaan kafe pun sunyi memandangkan pintu utama telah ditutup rapat dan notis tutup turut dinaikkan menandakan waktu operasi sudah tamat.

Terdengar esakan dari lelaki yang sedang mengenang nasib yang sedang menimpa dirinya disaat itu.

"Bro, aku minta maaf sebab tak bagitahu kau yang Win dah balik bekerja di sini. Aku cuma ikut permintaan dia saja." Terang Haiqal sambil menenangkan sahabatnya itu.

"Tak apalah bro, kau tak salah pun." Ujar Jong sambil mengesat air matanya.

"Sebenarnya, malam masa dia lari dari rumah kau tu aku yang jumpa dia. Terus aku hantar dia ke rumah Kimi." Kata Haiqal lagi.

"Jadi kau dah tahu apa yang berlaku?" Soal Jong sambil menatap wajah sahabatnya itu.

"Iya bro, aku dah tahu segalanya." Balas Haiqal sambil menghela nafas panjang.

Tubuhnya disandarkan ke kerusi sambil matanya dilarikan kesegenab ruang kafe sebelum melihat kearah Win yang sedang berjalan menuju ke arah mereka sambil mendukung Mike. Kelihatan di belakang mereka kelihat buat hatinya sedang menatang dulang gelas minuman. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Bro, dia datang tu." Ujar Haiqal kepada Jong sambil memberi isyarat meta kearah tiga insan yang sedang menghampiri mereka.

Memusingkan tubuhnya sebelum senyuman manis terukir dengan mempamirkan barisan gigi putih Jong apabila melihat kesayangannya sedang mendukung anak kesayangannya. Perlahan-lahan berdiri dan tangannya diderpakan sebelum mendakap tubuh Win yang sedang mendukung Mike.

"Abang, maafkan Win." Rintih Win sebaik saja tubuhnya dirangkul erat oleh Jong. Air mata mereka serentak mengalir apabila akhirnya mereka kembali bersatu setelah terpisah buat sementara waktu. Terasa bahagia apabila dirinya bertemu dengan Win setelah kejadian pada malam itu.

Kimi meletakkan dulang yang berisi air minuman keatas meja sebelum mendekati Haiqal yang sedang memerhati kelakuan ketiga insan yang sedang berada di hadapannya.

"Abang, maafkan Kimi sebab tak sempat nak bawa Win keluar dari kafe. Mike lebih dulu jumpa dia." Terang Kimi kepada Haiqal.

"Tak apa sayang, mungkin ada baiknya juga kalau dorang berjumpa hari ini untuk selesaikan masalah dorang tu." Ujar Haiqal sambil mengelus lembut bahu Kimi untuk menenangkan kekasihnya itu.



Esakkan semakin reda daripada tiga insan yang saling berpelukan setelah melepaskan rindu yang terpendam. Perlahan-lahan, Jong meleraikan pelukannya dan matanya tertacap pada wajah merah Win yang masih basah akibat air matanya.

"Mari kita duduk." Ajak Jong sambil menuntun tangan Win ke meja.

Mike yang kini berada didalam dakapan ayahnya yang tidak lekang dari melihat wajah Win yang masih sembap dengan air mata. Kelopak matanya digosot dengan belakang jari telunjuk menandakan dirinya sudah berhenti menangis. Jong mengambil tisu yang berada di atas meja untuk mengesat air mata anaknya yang membasahi pipinya.

"Bro, duduklah sekali." Perlawa Jong kepasa sahabatnya.

Haiqal hanya menurut kata-kata Jong dan terus mengambil kerusi untuk dirinya dan Kimi sebelum duduk berhampiran mereka. Keadaan yang hening seketika apabila semua mencari ruang dan masa untuk berfikir mengenai perkara yang telah berlaku.

"Win, abang nak minta maaf tentang apa yang mama katakan malam itu. Abang..." Kata-katanya terhenti apabila Win telah memotongnya.

"Abang, Win dah lama maafkan abang. Lagipun Win faham dengan kehendak Puan Dania." Kata Win sambil merenung tepat ke anak mata Jong.

"Tapi abang cuma nak Win dalam hidup abang." Ujar Jong bersungguh-sungguh.

"Win tahu itu abang. Cuma Win tak nak abang jadi anak derhaka. Lagi pun Win tahu abang akan nikah lagi tiga bulan." Panjang lebar hujah Win yang cukup untuk menyentap jiwa lelaki yang berada di hadapannya.

Haiqal dan Kimi yang berada di sisi hanya mampu mendengar dan berpandangan sesama sendiri mendengar setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut Win. Sungguh tenang dan ikhlas setiap perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Win ikhlaskan abang untuk menikah dengan wanita pilihan keluarga abang. Ini untuk kebaikan Mike juga. Dia perlukan seorang ibu." Terang Win sambil meraih tangan Jong menandakan dirinya cukup tulus dalam percakapannya.

"Win dah tak sayangkan abang ke?" Soal Jong sambil air matanya mulai berguguran.

"Win sayangkan abang, untuk selama-lamanya." Balas Win sambil mencium tangan sasa Jong yang berada didalam genggamannya. Butiran manik-manik jernih mulai berguguran saat kucupan bibirnya singgah ke tangan Jong. Tangan itu digenggang dengan erat seakan tidak mahu dilepaskan. Matanya terpejam rapat sambil esakkan yang semakin keras kedengaran diikuti dengan henjuttan dibahu akibat pernafasan yang tidak menentu.

"Abang tak akan lepaskan Win." Kata-kata itu diucap dengan penuh makna oleh Jong sambil mengemaskan genggaman tangannya.

Haiqal dan Kimi menjadi saksi kepada pengakuan diantara Jong dan Win yang menyayangi yang satu sama lain. Mereka turut menggenggam erat tangan satu sama lain seakan cinta mereka turut menjadi semakin kukuh dengan kejadian yang berlaku diantara Jong dan Win.



Bersambung...

Apa pendapat korang tentang bab ini? Ada feel tak masa baca? Kalau suka, just hit the vote button and please leave some comment. TQ syg semua.

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now