BAB 16

1.3K 25 0
                                    

Hari minggu merupakan hari kegemaran Win memandangkan rutin paginya dimulakan sedikit lambat berbanding hari-hari yang lain. Matanya dicelikkan sambil mencapai telefon pintarnya yang terdapat rekahan pada skrinnya. Terimbau kejadian beberapa bulan lepas semasa mereka sedang bercuti di Pulau Langkawi.

Imbas kembali...

Usai meletakkan barang yang digunakan semasa memanggang kedalam bekas yang disediakan, Win mengambil tuala lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Langkahnya terhenti apabila mendapati masih ada orang yang menggunakan bilik air dan kembali duduk di birai katil sambil membuka aplikasi IG. Beberapa gambar yang dimuat naik sebentar tadi ditatap dengan penuh kegembiraan.

Wajah majikannya yang penuh dengan senyuman turut diperhatikan sehingga matanya tertacap pada tubuh lelaki yang berada di sebelah majikannya. Siapa lagi kalau bukan Khairi.

Apa kaitan Khairi dalam hal ini?

Pada masa yang sama, Jong yang sudah selesai membersihkan tubuhnya perlahan-lahan mendekati kekasih hatinya itu dan berniat hendak mengejutkannya. Berkerut dahinya apabila melihat Win dengan meneliti gambar yang terpapar di skrin telefon pintarnya.

Khairi?

"Handsome juga bapa orang ni."

Kata-kata yang terpancul dari mulut Win mengejutkan Jong dan membuat hatinya terpana. Remuk redam hatinya apabila insan yang dia sayangi kini menyanjungi orang lain.

'Apa kurangnya aku?' Soal hati Jong. Sepantas kilat tangannya mencapai telefom pintar Win dan menatap wajahnya dengan amarah yang membuak-buak.

"Abang?"

Win yang terkejut dengan perbuatan majikannya itu berasa takut dan risau dengan apa yang akan dilakukannya. Melihat amarah yang terpancar diwajah Jong, Win cuba untuk berkata-kata.

"Kenapa abang marah?"

"Siapa ni?" Soalan itu membuatkan Win tercengang apabila ternyata kelakuannya diketahui oleh Jong.

"Abang jangan salah faham, Win..."

"Dah, aku tak nak dengar apa-apa dari kau! DASAR!"

Berdedsing telinga Win mendengar suara nyaring Jong yang seakan singa mengaum kelaparan hendak menerkam mangsanya. Dengan rasa marah yang membuak-buak, tangannya dihayunkan.

PRAK!

Seakan terhenti nafasnya apabila gadjet miliknya berderai diatas lantai. Jong pula sudah hilang dibalik pintu. Win mengumpul kekuatannya dan perlahan-lahan mendekati telefon bimbitnya yang terbuka. Dengan air mata yang berlinangan, dia memasukkan semula semua komponen yang terkeluar dan mencuba untuk menghidupkannya.

Menghela nafas lega apabila telefon pintarnya masih mampu untuk hidup semula walaupun dalam keadaan kritikal.

'Apa salah aku?' Rintih hati Win sambil meletakkan telefon bimbitnya diatas meja sebelum bergerak menuju ke bilik air.

Pancuran air deras membasahi kepala hingga ke kakinya, begitu juga dengan linangan air matanya. Esakan yang kuat dibawah pancuran air mampu kedengaran dibalik pintu yang tertutup rapat.

Hampir sejam melepaskan perasaanya didalam bilik air, Win melangkah keluar menuju ke beg pakaiannya dan mengenakan pakaian tidur sebelum menuju ke katil yang pernah menjadi saksi kejadian manis dan pahit yang menimpanya.

Kelibat Jong langsung tidak kelihatan setelah kejadian itu berlaku. Adakah dia marah dan lari meninggalkan Win?

Kembali ke masa depan...

Seakan lucu melihat keadaan telefon bimbitnya yang berbalut pita pelekat untuk menahan bahagian-bahagian yang dicantumnya agar tidak berjatuhan. Walaupun masih terkesan dengan kejadian itu, namun Win tidak sama sekali lupa akan tanggungjawabnya terhadap majikan dan anaknya itu. Tambahan kini hubungan mereka semakin pulih.

Usai mandi, Win terus mengenakan pakaian yang ringkas memandangkan dirinya hanya akan menyediakan makan tengahari untuk mereka.

'Apa tu?'

Kehairanan melihat satu bungkusan berada diatas meja yang biasa dia gunakan untuk merapikan dirinya.

APPLE?


Bersambung...

apa pendapat u all...ok x part ni?

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now