Jong baru saja keluar arah kantin dan menjinjit pastik yang berisi makanan untuk dirinya dan Mike. Bubur ayam yang dijual si kantin itu sahaja yang mampu menambat seleranya sepanjang menjaga Mike di hospital. Hatinya semakin lega apabila melihat keadaan anaknya yang semakin pulih dari mengalami keracunan makanan.
Terasa pegal-pegal di badannya memandangkan dirinya yang tidak cukup rehat. Namun apabila mengenangkan keadaan anaknya, dia menjadi semakin bersemangat untuk menemani anaknya.
Sambil menjinjit makanan kearah wad kanak-kanak yang menempatkan Mike, matanya meliar melihat sekeliling hospital yang dihiasi dengan pokok bunga nan indah. Terasa segar dan tenang sementara apabila melihat keindahan ciptaan Tuhan.
Punggungnya dilabuhkan di kerusi panjang yang disediakan di taman itu untuk menghilangkan rasa penat dan mengantuknya. Sambil menghadap kearah bilik wad kanak-kanak otaknya terasa sarat dengan banyak persoalan yang membuat dirinya terasa senak.
'Mama masih marah ke dengan Win?' Soalan yang masih menghantui dirinya setelah kejadian yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Jong betul-betul mengharap dirinya dapat bersatu dan tinggal bersama Win di rumah agamnya. Sungguh dirinya terasa lengkap dan bahagia.
Dahinya berkerut dan kening tebal Jong menyatu apabila melihat jururawat yang biasa memeriksa Mike tiba-tiba berlari keluar dari wad kanak-kanak. Kemudian, Win turut keluar sambil kelihatan keliru. Melihat keadaan kesayangannya yang cemas, Jong terus berlari mendapatkan Win.
POV Win_
Sambil melihat keadaan adik kesayangannya itu, Win menyemak jadual kerjanya di kafe. Sudah beberapa hari dirinya tidak hadir di kafe mengundang rasa serba salah pada dirinya walaupun majikannya memberi cuti kepada dirinya.
Win: Boss, hari ni saya nak masuk kerjalah.
Haiqal: Eh Win, kamu tak payah masuk kerja dulu. Tolong jagakan Mike dan tengok-tengokkan si Jong tu.
Win: Tapi saya dah lama sangat tak masuk kerja. Tak apa ke boss?
Haiqal: Tak apa, saya benarkan.
Win: Terima kasih encik boss.
Haiqal: Sama-sama Win.
Seusai menghantar pesanan kepada majikannya Win mendapatkan jururawat yang sedang melihat keadaan Mike. Wajahnya kelihatan cemas dan tegang sambil melihat keadaan Mike.
"Kenapa nurse?" Soal Win.
"Macam ada yang tak kena dengan Mike bro. Tadi dia tiba-tiba keluar darah dari hidungnya. Aku panggil doktor dulu ya." Kata jururawat itu sebelum meninggalkan katil Mike.
Melihat bekas darah yang mengalir keluar dari hidung Mike, Win bertambah cemas dan turut berlari keluar untuk mencari calon suaminya. (Eh, merapu pula.)
Pintu wad dikuak dari luar sebelum tubuh Win terpancul keluar. Pandangan matanya diluaskan untuk mencari kelibat lelaki sado yang sering menjadi penambat matanya dan hatinya.
"Mana pula si gergasi ni menghilang?" Getus hatinya sambil menekan nombor telefon milik Jong.
"Sayang kenapa nurse tu lari-lari?" Soal Jong cemas sambil mendapatkan kesayangannya itu.
"Baru muncul si gergasi ni. Dia panggil doktor sebab hidung Mike tiba-tiba berdarah tadi." Terang Win sambil sempat mengutuk lelaki besar di hadapannya.
"Mike tak apa-apakan?" Soal Jong mendapatkan kepastian.
"Belum tahu lagi, kena tunggu doktor periksa anak." Jawab Win.
Berbunga hati Jong apabila mendengar Win membahaskan Mike sebagai anak. Makin rasa cintanya mekar buat insan yang dicintainya itu. Sejurus kemudian kelihatan doktor berjalan pantas diikuti oleh jururawat yang merawat Mike yang kelihatan sedang memberi penerangan kepada doktor itu.
Doktor yang melihat kehadiran Jong dan Win terus berkata manakala jururawat tadi sudah pun masuk kedalam wad.
"Encik Jong, suhu badan anak encik mendadak naik hingga hidungnya berdarah. Saya akan periksa perkembagan anak encik terlebih dahulu dan akan bagitahu resultnya nanti." Ujar doktor Danial.
"Baiklah doktor." Balas Jong sambil wajahnya kelihatan agak cemas.
"Abang jangan risau, anak baik-baik saja itu." Win cuba menenangkan lelaki di sampingnya sambil mengambil bungkusan makanan yang dijinjit oleh Jong. Akhirnya tangan mereka menyatu.
Jong dan Win melangkah masuk beriringan sambil merasakan debaran yang cukup untuk meledakkan seluruh ruang wad itu. Win cuba untuk menenangkan lelaki yang sedang menggenggam tangannya dengan erat bagaikan sedang menunggu keputusan pilihan raya.
Bersambung.
Ada tak korang yang couple panggil partner korang dengan nama samaran yang unik? Hehe. Mesti lucukan kalau kita panggil pasangan kita dengan nama yang aneh dan unik tapi itu lah yang akan menambahkan lagi rasa sayang didalam sesuatu hubungan.
Betul tak?
Jangan lupa vote dan comment sekiranya korang suka bab ini. TQ. :)
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasíaMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...