BAB 46 - Terima Kasih

705 11 2
                                    

Khairi dan Wani baru saja memasuki perkarangan rumah agam milik Jong sambil membawa barangan yang mereka beli di market. Mereka merancang utnuk makan malam bersama dengan orang tuanya di banglo mereka kelak. Jong yang duduk di ruang tamu sambil membelek-belek telefon pintarnya yang baru saja di lap mengukirkan senyuman kepada Wani manakala wajahnya kembali sugul apabila terpandang Khairi.

'Kenapa pula dia tengok aku macam tu?' Soal Khairi di dalam hatinya. Langkahnya diteruskan menuju ke dapur sebelum mencari kelibat kanak-kanak yang hanya kedengaran suara mereka.

"Sara, ajak abang Win dan yang lain masuk. Kita minum dulu." Kata Wani melalui tingkap yang menghadap ke pondok yang berada di beranda belakang kediaman mewah Jong.

"Baik ma!" Sahut Sara sebelum kedengaran derapan tapak kaki mulai merapat ke pintu dapur. "Mama buat air apa?" Soalan lazim yang akan ditanya oleh anak perempuannya itu. "Mama buat sirup grenadine, cuci tangan dulu baru minum." Arah Wani yang dituruti oleh kanak-kanak yang berada di situ.

Win terus mengambil tempat duduk di hujung meja makan sambil matanya tertumpu kearah barang-barang yang berada di atas meja. Wani perasan dengan tingkah-laku lelaki muda yang sudah dia anggap sebagai adik kandungnya itu. Perlahan-lahan dia menepuk bahu Win.

"Kenapa ni? Macam ada masalah je. Cuba cerita dengan akak." Kata Wani sambil mambelai bahu Win. "Eh! Takde apa-apa kak." Win cuba menyembunyikan apa yang dirasainya. "Hmm, yelah. Kalau Win ada apa-apa nak bagitahu, akak ada saja untuk Win." Ujar Wani sambil berlalu meninggalkan Win yang masih duduk di hujung meja.

"Abang, silakan minum." Mike meletakkan segelas sirup segar di hadapan Win sebelum meraih tangan Win. "Terima kasih Mike." Ucap Win sebelum melegakan tekaknya dengan sirup yang diberikan oleh Mike. Terulir senyuman di wajah anak itu apabila melihat pemberiannya dihargai.

_________________________

Kelihatan pembantu rumah di banglo milik Tuan Raihan sedang sibuk mengemas meja sambil menyusun pinggan dan sudu untuk makan malam kelak. Beberapa jambak bunga turut menghiasi meja utama dan sudut-sudut kediaman itu.

"Puan, ada apa-apa lagi yang perlu disediakan?" Soal Mak Leha yang merupakan pembantu rumah senior di rumah itu. "Pastikan semua tempat dah dikemaskan dan jangan lupa bilik-bilik diatas mesti disediakan sebab dorang akan menginap disini malam ni." Perintah Puan Dania.

"Baik puan." Sahut Mak Leha sebelum memberi arahan kepada pembantu-penbantu dibawah jagaannya.

Jarang sekali Puan Dania akan melakukan proses memasak dirumah itu. Pada hari itu, beliau berhasrat untuk memasak sendiri makanan untuk makan malam mereka.

"Eh puan, kami akan masak. Puan pergilah berehat." Ujar Mak Leha sambil berusaha untuk mengambil pisau yang berada di tangan majikannya. "Tak apa Leha, hari ni saya nak masak sendiri untuk semua. Terumata Win, saya rasa bersalah sebab pernah halau dia dulu hingga anak saya sendiri menderita.

"Baiklah puan, saya akan bantu apa yang patut ye." Ujar Mak Leha sambil mengeluarkan bahan-bahan yang akan digunakan. Memandangkan dirinya sudah biasa dengan menu yang sering disediakan oleh Puan Dania sekiranya beliau ingin memasak hidangan istimewanya. Tangannya licah melakukan setiap pekerjaan di dapur hingga setiap hidangan diselesaikan sepenuhnya oleh dirinya.

____________________

Khairi berjalan menuju kedapur bagi melihat segala persiapa yang dilakukan oleh Wani dan Win. Dua insan yang tidak boleh bertemu pasti akan hanyut dibawa arus.

"Semua dah ready ke?" Soal Khairi yang berdiri di pintu dapur. "Iya abang, lepas ni bolehlah kita bersiap sebelum bertolak ke rumah papa." Jawab Wani sambil menutup bekas yang digunakan untuk membawa makanan.

Win hanya membisu tiap kali Khairi hadir diantara mereka. Wani seakan menghidu perbuatan diantara mereka lantas bertanya kepada Win akan perkara yang sebenarnya. Dengan berat hati Win menceritakan perkara yang berlaku diantara dirinya dan Khairi pada malam sebelumnya.

Terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Win, Wani hampir mencurahkan air mata namun ditahan. Setelah menggumpul semula kudratnya, Wani memanggil suaminya dan Jong ke meja makan untuk minum tengah hari.

Kelihatan wajah Jong sedikit tegang ditambah lagi dengan perkara yang dinyatakan oleh Wani. Khairi yang menjadi suspek utama akhirnya mengaku bersalah kerana berlaku curang dengan isterinya dan mempergunakan Win sebagai tempat untuk dirinya melampiaskan nafsunya.

Walaupun terasa sakit di hati Jong namun dirinya mampu memaafkan adiknya itu dah mereka pun berdamai. Win turut memaafkan Khairi diatas perbuatan yang dilakukannya. Wani telah melakukan perkara yang sangat menakjubkan bagi menjernihkan keadaan.

"Akak, terima kasih sebab masih terima Win dan maafkan abang Khairi." Kata Win sambil memeluk Wani. "Sama-sama Win, akak pun cuba untuk menyelamatkan rumah tangga akak." Ujar Wani yang jelas berperwatakan dewasa.


Bersambung.


Hai semua, macam mana sambungan untuk kali ini. Harap korang suka dengan sambungan cerita ni. Pada pendapat korang, apa yang sepatutnya Waninlakukan terhadap Khairi?

Jangan lupa like, vote dan komen ya. Syg korang semua. 

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now