BAB 21 - Pergi

1K 26 0
                                    

Wani berlari mendapatkan abangnya yang sedang menyelimuti anak montelnya yang lena dalam tidurnya. Melihat wajah adiknya yang seakan resah membuatkan Jong menjadi tidak keruan.

"Wani jumpa ni atas meja di dapur."

Memberi sepucuk surat ringkas yang diberikan ditinggalkan bersama Iphone 14 pemberiannya.


Terima kasih diatas layanan baik encik selama ini, saya sangat gembira sepanjang berkhidmat bersama encik dan Mike. Tapi saya ingin memohon maaf kerana sudah mengambil kesempatan diatas kesenangan hidup encik. Saya berjanji tidak akan kembali.

Sampaikan salam saya kepada kak Wani dan abang Khairi. Saya pasti akan rindukan encik dan terutamanya Mike.

Sekian,

Win.


Jong tergamam apabila membaca nota yang ditinggalkan oleh Win kepadanya manakala Wani sudah mula teresak-esak sambil menyeka air matanya menggunakan hujung bajunya.

Berlari menuruni tangga menuju ke bilik yang pernah didiami oleh Win namun hampa apabila tiada penghuni.

"Kamu cari budak tu ke?" Soal Puan Dania yang tiba-tiba muncul dibelakang Jong sambil menyilangkan tangannya kedada.

"Apa mama dah cakap dengan Win? Soal Jong dengan nada yang agak keras.

"Simple, mama bagitahu dia supaya jangan mengambil kesempatan diatas kesenangan yang kamu miliki dan mama tak suka dia ada dirumah kamu ni." Jelas Puan Dania.

Bergegas berlari menuju ke pintu utama sambil mencapai kunci keretanya namun langkahnya dihalang oleh papanya.

"Kamu dah terlambat Jong, dia sudah pergi jauh. Tak payah kejar dia." Jelas Tuan Raihan sebelum menepuk bahu anak lelakinya itu dan kembali masuk kedalam rumah.

Seakan luluh jantung Jong apabila kesayangannya itu tiba-tiba pergi meninggalkan dirinya setelah dia menyediakan sambutan hari lahir buatnya. Tergamak mama buat Jong macam ni. Bentak hati Jong yang berdarah dengan kehilangan insan yang sudah mewarnai hidupnya.


Hujan yang turun seakan memahami kesedihan yang ditanggung oleh Win yang berjalan tanpa hala tuju. Jam menunjukkan sudah hampir pukul tiga pagi dan Win mengambil keputusan untuk berteduh di perhentian bas yang berdekatan.

'Maafkan Win abang. Win tak nak susahkan abang dan malukan keluarga abang.' Rintih hati Win sebelum air matanya laju membasahi pipi cerahnya.

PINN! PINN!

Mendongak apabila mendengar bunyi hon kereta yang tiba-tiba berhenti dihadapannya.

PLU12XX

Nombor pendaftaran yang tidak asing bagi dirinya membuatkan air matanya mengalir semakin deras dan esakkannya semakin kuat.




Rutin yang biasa dilakukan oleh Haiqal pada hari Sabtu iaitu menyemak stok yang masih ada sebelum membuat pesanan baru untuk bulan yang akan datang. Semua pekerjanya sudah pun lama pulang dan hanya dirinya yang tinggal. Kebiasaannya, Win yang akan membantu dirinya untuk membuat pengiraan stok dan dirinya akan membuat catatan.

'Hmm, kan bagus kalau Win masih kerja di sini.' Rungut hati Haiqal sebelum meneruskan pengiraan.

Tanpa diduga, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Haiqal yang baru saja selesai dengan pengiraan stok pun berehat seketika sebelum memulakan perjalanan pulangnya.

Memandangkan keeseokan harinya adalah hari minggu, Haiqal mengambil keputusan untuk berehat.

"Hujan la pula." Rungut Haiqal apabila melihat titisan air hujan pada cermin keretanya.

Semaki lama, semakin lebat hujan turun. Pemanduannya turut diperlahankan kerana permukaan jalan raya yang agak licin. Keadaan jalan yang sepi membuatkan dirinya berasa sunyi sebelum matanya terlihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

"Eh siapa tu?"

"WIN?"

Kenderaan yang dipandunya terus diberhentikan didepan perhentian bas sebelum berlari keluar mendapatkan bekas pekerjanya itu.

"Win buat apa disini? Kenapa tidak tinggal dirumah Jong?" Soal Haiqal sambil mengesat air mata yang berlinangan di pipi Win.

Melihat keadaan Win yang kesejukkan dan kesedihan, Haiqal terus mengajak Win untuk masuk kedalam keretanya untuk mengelakkan demam.


Bersambung...

Haaaa...macam mana part ni, Ok tak? Please vote dan comment pendapat anda. TQ. Sayang anda semua.

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now