BAB 23 - Ke Mana Dia Pergi?

1.3K 29 6
                                        


"Apa! Dia nak datang sini?" Kimi terkejut dengan berita yang disampaikan oleh teman lelakinya itu.

"Iya sayang, jadi abang nak sayang bawa Win balik dulu. Takut nanti dia terserempak dengan Jong." Arah Haiqal dan Kimi hanya mengangguk tanda mengerti.

Win kini kembali melakukan tugas yang telah lama ditinggalkan semasa berkhidmat dikediaman Jong. Setiap bilasan yang dilakukan tidak mampu untuk menghilangkan bayangan wajah Jong dari mindanya. Setiap gelak ketawa dan usikan yang pernah dibuat oleh Jong masih menerpa didalam mindanya.

"Win, jum teman aku ambil barang kat rumah boss."

Kata-kata dari Kimi memberhentikan semua yang dilakukan oleh Win. Buih-buih sabun yang melekat dilengan dibilas sehingga bersih.

"Kenapa kita kena ikut jalan belakang?" Soal Win yang kehairanan dengan tingkah laku rakannya itu.

"Errr, aku kan letak kereta kat belakang tadi." Jawab Kimi sedidik gugup.

"Ye ke?" Tambah Win lagi dengan jelingan tajam.

"Eh, betullah." Balas Kimi sambil menolak bahu Win menuju ke pintu belakang.

Kebetulan Jong memasuki kafe melalui pintu utama sebelum mengambi; tempat duduk di meja kegemarannya. Kebetulan meja tersebut sudah ditempah khas untuk pelanggan setia kafe itu. Beberapa minit kemudian, datang seorang pelayan sambil menatang dulang berisi segelas mocha kegemarannya.

"Hai bro, apa khabar?" Sapa Haiqal yang menghampiri meja.

"Aku macam ni je bro." Balas Jong dengan wajah sugul.

"Kau nampak tak bermaya je." Terang Haiqal sambil melabuhkan punggungnya menghadap Jong.

"Ntahlah Qal, aku serabut. Win lari dari rumah macam tu je lepas kita orang sambut hari lahir dia malam tu. Semua ni salah mama." Nama mama ditekan menandakan dialah dalang yang menyebabkan dirinya ditinggalkan oleh kesayangannya itu.

"Laaaa, ye ke?" Soal Haiqal seakan-akan tidak pernah mengetahui perkara yang telah terjadi.

"Habis macam mana sekarang?" Soal Haiqal.

"Entahlah bro, aku pun tak tahu. Dah puas aku cuba call dia, chat tapi takde reply." Ujar Jong.

Kejadian yang lalu telah memberi kesan kepada hubungan diantara Jong dan Win.

Deringan dari telefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk, Jong meneliti nama di skrin:

MAMA

Sebaik saja butang hijau ditekan, kedengaran suara wanita separuh usia dari corong telefon pintarnya.

MAMA: Hello Jong, malam ni kamu mesti ke rumah. Ada hal penting kita kena bincang.

JONG: Nak bincang apa lagi ma?

MAMA: Nantilah mama cerita, kamu mesti datang malam ni.

Talian dimatikan sebelum Jong mampu menolak permintaan ibunya yang lebih gemar memberi arahan kepada anak sulungnya itu.


Bersambung,

jangan lupa untuk vote dan tinggalkan komen sekiranya anda suka dengan karya ini. Terima kasih semua.

Abang Sado, Adik AngkatCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang