BAB 28 - Memori

805 22 2
                                    

Suasana di rumah Kimi agak sibuk dengan kehadiran empat orang lelaki dewasa yang sedang bercerita mengenai keperibadian masing-masing. Walaupun mereka sudah berkawan lama, namun masih banyak rahsia yang masih belum terungkap. Kedang kala kedengaran gelak ketawa daripada mereka.

Jarum jam sudah menunjuk ke angka duabelas tengah malam.

Win sekali sekala menguap dan menggosok kelopak matanya yang terasa berat. Ternyata kejadian di kafe tadi sangat memberi impak kepada dirinya. Namun dirinya tidak berganjak dari sisi Jong yang masih segar bugar dan bercerita dengan Haiqal.

Win bersengkang mata hanya untuk menemani jejaka sasa di sampingnya. Terhangguk-hangguk, terlentuk-lentuk kepalanya bak ayam yang sedang mematuk. Haiqal yang perasan dengan kejadian itu, pun memberi isyarat kepada Jong.

"Wei, bro. Buah hati kau dah mengantuk giler tu. Dari tadi terhangguk-hangguk je aku tengok." Ujar Haiqal.

Jong berpaling melihat kearah lelaki yang berada disebelahnya sambil senyuman terukir di wajahnya. Kepalanya digeleng melihat perbuatan Win yang sanggup bersengkang mata demi untuk bersama dirinya.

"Sayang kalau dah ngantuk tu pergilah tidur di bilik temankan Mike." Kata Jong sambil mengusap pipi Win lembut.

"Hmm." Singkat jawapan yang keluar dari mulut Win.

"Sayang tidur dulu, nanti abang masuk." Ujar Jong sambil mengusap bahu Win.

Perlahan-lahan, Win melangkah meninggalkan meja dan menuju ke bilik tidurnya. Setiap langkahnya diamati oleh Jong sebelum susuk tubuh itu hilang dibalik daun pintu. Sedikit terusik hatinya apabila melihat perangai Win yang tidak tumpah seakan arwah isterinya dahulu.

Flashback...

Suasana hening hanya ditemani bunyi cengkerik. Kelihatan Jong sedang sibuk menyelesaikan tugasannya yang sedikit menuntut waktunya untuk menegakkan tulang belakangnya buat sementara waktu.

Disampingnya, isteri tercinta sedang terkulai lena diulit mimpi menemani si suami. Sekujur tubuh yang bukan sahaja halal malah cukup untuk dirinya melepaskan segala nafsu dan tuntutan batinnya.

Anak rambut yang menutupi muka isterinya di selak hingga menampakkan raut wajah putih bersih dengan bibir munggil merah jambu milik isterinya. Jari-jemari Jong mulai membelai setiap inci wajah isterinya dengan lembut agar tidak mengejutkan tuan empuan badan.

"Emmmm, abang dah siap ke?" Soal isterinya yang terjaga lantas bangun dari posisi tidurnya.

"Belum lagi sayang, kalau sayang nak tidur pergilah masuk dulu." Kata Jong kepada isterinya sambil menggenggam erat tangan isterinya.

"Saya nak temankan abang kat sini." Balas isterinya sebelum berbaring semula..

Degil.

Itulah yang mampu diungkapan oleh Jong dalam hatinya apabila isterinya berkeras hendak menemani dirinya untuk menyiapkan kerjanya.

Back to reality...



Tombol pintu dipulas sebelum daun pintu dikuak perlahan agar tidak mengejutkan dua insan yang sedang lena dibuai mimpi. Langkahnya dihayun menghampiri katil bersaiz queen itu. Kelihatan tubuh kecil milik Mike sedang berada didalam dakapan Win yang turut kedengaran dengkuran halus keluar dari rongga pernafasannya.

Perlahan-lahan mengbaringkan dirinya disisi kesayangannya, Jong berasa lega kerana Win kini telah berjaya dijumpai dan kekosongan yang dia rasai kini semakin menghilang. Penat yang Jong rasai seakan hilang dengan kehadiran Win disisinya.

Lantas tubuh Win dirangkul erat agar tidak terlepas dari pelukannya sebelum menghadiahkan kucupan di tengkuk Win yang tidur pulas. 


Bersambung...

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now