BAB 31 - Lelaki Simpanan

1.2K 29 0
                                    

Terasa ada bulu keras sedang mencucuk kulit belakang tengkuknya menyebabkan Win menyiku kebelakang lalu bingkas bangun. Terasa seram dan geli apabila bulu keras itu diiringi oleh hembusan nafas panas yang keluar dari mulut Jong.

DUSHHH!

Aduh!

Jong mengaduh keras apabila terasa bahagian perutnya disiku dengan kasar oleh Win. Tangannya mengurut bahagian yang terasa sengal akibat daripada disiku.

"Abang, Win minta maaf." Pinta Win sambil turut mengurut bahagian yang tersakiti.

"Kenapa Win siku abang?" Soal Jong kebingungan.

"Win terkejut." Jawab Win sambil memegang bahunya yang tiba-tiba berasa ngilu dan meremang.

"Kenapa dengan bahu sayang?" Soal Jong lagi sambil merapatkan tubuhnya ke tubuh Win.

"Rasa seram terkena ..." Kata-katanya terhenti namun tangannya mula membelai dagu Jong yang ternyata dipenuhi dengan janggutnya yang samakin memanjang.

Jong hanya tersenyum apabila ternyata kesayangannya itu berasa geli dengan janggut yang semakin memenuhi dagunya. Timbul niat jahatnya lantas Jong menarik tubuh Win agar merapati dirinya sambil dagunya dirapatkan ke pipi Win.

Ketajaman bulu dagu Jong menyebabkan Win meronta untuk dilepaskan. Manakala Jong semakin ligat mengusik kesayangannya sambil mendakap erat tubuh langsing Win.

"Abang stop please, gelilah." Ujar Win sambil memukul dada Jong yang lebar sekuat hatinya.

"Nope, abang tak akan berhenti." Balas Jong sambil mendekatkan dagunya ke bahagian leher Win.

"Gelilah!" Bentak Win sambil meronta.

Ternyata kudratnya tidak setanding dengan kejantanan yang dimiliki oleh Jong. Semakin bersemangat Jong menyakat lelaki yang kini berada didalam pelukannya setelah hilang untuk beberapa ketika.

Setelah berhenti daripada menyakat lelaki kesayangannya itu, Jong menatap wajah manis Win yang kini lebih tenang berada didalam pelukannya. Wajah mulus Win dibelai manja dengan menggunakan ibu jari sebelum satu kucupan dihadiahkan ke dahi Win.

Suasana romantis yang mereka rasai pagi itu telah disaksikan sepenuhnya oleh Mike yang terjaga akibat daripada aktiviti usik-mengusik diantara dua lelaki dewasa itu.

"Nanti sayang tolong abang cukur boleh?" Pinta Jong sambil tangannya mula turun ke bahagian punggung Win yang bulat padat.

Seakan diawang-awangan apabila dirinya dilakukan sedemikian rupa. Belaian manja yang diberikan oleh Jong cukup membahagiakan dirinya yang telah lama tidak merasa belaian.

"Abang, tak payahlah cukur. Potong pendek saja dah cukup." Kata Win sambil menatap wajah lelaki sasa yang sedang mendakap dirinya. Tangannya membelai wajah jantan Jong yang kelihatan lebih jantan apabila baru bangun tidur. Namun perbuatannya terhenti apabila...

"Ayah, abang." Mike menyapa mereka sambil matanya merenung tepat kearah mereka berdua.

"Iya anak ayah, kenapa?" Soal Jong kepada anak tunggal lelakinya namun pelukkan masih erat ditubuh Win.

"Mike pun nak kena peluk." Rungut Mike sambil wajahnya berubah muram dan hampir menangis melihat adegan yang dilakukan manakala dirinya tidak turut serta.

"Laaa, sini ayah peluk." Pujuk Jong sambil sebelah tangannya diderpakan untuk mendakap tubuh anaknya.

"Tak nak." Bantah Mike sambil memusingkan tubuhnya membelakangi mereka.

Melihat gelagat Mike yang merajuk, Win mendapat suatu idea.

"Abang, biar Win saja yang pujuk Mike." Ujar Win sebelum meminta Jong untuk meleraikan pelukkannya.

"Mike..." Seru Win sambil merangkak mendekati Mike yang berada di sebelahnya bagi memujuknya.

"Sini abang peluk Mike, nanti abang masakkan makanan kegemaran Mike untuk sarapan." Akal Win sambil mengenyitkan matanya kearah Jong yang dari tadi hanya memerhati setiap tingkah-lakunya.

"Betul ke abang akan buat? Janji." Soal Mike sambil memusingkan tubuhnya menghadap Win dan menunjukkan jari kelingkingnya.

"Betul, abang janji." Ujar Win sambil menyatukan jari kelingking mereka.

Lantas tubuhnya didakap erat oleh Mike. Akibat dari berat badan yang dimiliki oleh Mike, tubuh Win tumbang secara terlentang dan kepalanya mendarat tepat ke perut Jong yang berketul. Bahagia apabila melihat anaknya senyum dan seronok.



Kafe XYZ...

Di suatu sudut, kelihatan Alisha sedang duduk dan menaip sesuatu di skrin telefon pintarnya. Wajah jelita yang dicalit solekan bak Puteri Gunung Ledang tidak dapat disembunyikan dari pandangan mata para pengunjung yang memasuki kafe itu.

Keadaan kafe yang tenang walaupun dipenuhi dengan para pelanggan menandakan kafe itu memiliki bisnes yang sangat baik dan memiliki daya tarikan tersendiri.

Seorang lelaki mengenakan suit kelihatan mewah memasuki kafe itu dan berjalan melepasi beberapa susunan meja sebelum mendekati meja yang diduduki oleh Alisha.

"Hye baby." Ujar lelaki itu sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Alisha.

"You, lambatnya sampai. Sudah lama I tunggu tahu." Rungut Alisha dengan manja.

"Ala baby, I kena siapkan kerja I dulu. Itu yang ambil masa sikit nak sampai." Jelas lelaki itu sambil mencapai tangan putih mulus Alisha.

"Ya lah itu." Acuh Alisha sambil memuncungkan bibirnya.

Gelagat Alisha yang ternyata manja dan gedik itu memang menjadi daya tarikan bagi dirinya untuk memikat setiap jejaka yang diminatinya.

"Tak lama lagi baby dah nak kahwin dengan Jong kan?" Soal lelaki itu.

"Iya you, lepas tu I akan minta cerai dengan dia. Not my taste lah duda anak satu." Ujar Alisha sambil mencebik bibirnya.

"Nanti baby tuntutlah bahagian baby, boleh kita share." Cadang lelaki itu sambil tersengih.

"Of course you, I akan buat macam tu." Balas Alisha sambil membelai lengan lelaki itu.

"You, temankan I shopping." Pinta Alisha dalam nada memujuk.

"Alright, jom." Sahut lelaki itu sambil mereka beriringan meninggalkan kafe.




Langkah Win terhenti apabila terlihat susuk tubuh yang seakan dikenalinya sedang berkepit dengan seorang lelaki yang asing baginya. Seakan mereka memiliki hubungan yang rapat diantara satu sama lain.

'Bukan ke perempuan itu yang akan berkahwin dengan abang Jong?' Soal hati kecil Win kehairanan.

'Kenapa dia berkepit dengan lelaki lain?' Tambahnya lagi.

Dengan perasaan yang penuh tanda tanya, Win mengekori mereka bagi mengetahui perkara yang sedang berlaku diantara mereka. Namun dia kehilangan jejak mereka berdua.


Bersambung...

Apa pula yang Alisha dengan lelaki tu akan buat ye? Kenapa pula Win boleh berada di lokasi yang sama? 

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now