BAB 7

1.5K 27 0
                                    

Hari Isnin pun tiba begitu juga dengan tugasan Win turut bermula sejak pukul lima pagi. Bermula dengan menyediakan pakaian kerja untuk Jong dan seragam sekolah Mike, kemudian menyediakan sarapan untuk mereka.

Satu jam telah berlalu, namun rumah itu masih sepi dan hanya bunyi tapak kaki Win sahaja yang kedengaran.

'Anak beranak ni belum bangun ke?' Hati Win bermonolog sambil menaiki tangga untuk me bilik tidur majikannya.

Menjegil mata Win apabila melihat majikannya masih tidur pulas dengan bertelanjangkan dada. Selimutnya hanya menutupi tubuh hingga ke paras perut. Perlahan-lahan mendekati Jong dan menggoyangkan lengannya lembut.

"Abang, bangun. Dah pukul enam pagi ni." Kata Win sambil terus menggoyangkan lengan Jong yang tidak memberi respon.

"Abang, bangun." Kejut Win lagi dan kali ini Mike pula yang terjaga sambil merengek.

Win terus berlari mendukung tubuh Mike yang sememangnya akan menangis pada waktu pagi kerana hendak kencing. Usai memandikan Mike, Win membawa anak majikannya itu untuk pisarungkan pakaian sekolahnya. Dikerling matanya sebentar kearah katil.

"Mike, ayah kamu belum bangun lagi tu. Nanti lambat pula dia nak hantar Mike ke sekolah." Ujar Win sambil memakaikan tali pinggang untuk Mike.

"Ayah memang ligat nak bangun pagi." Terang Mike sambil memusingkan tubuhnya dan melihat kearah cermin sambil menyisirkan rambutnya.

'Sungguh berdikari budak ini.' Ujar hati Win.

"Mike tunggu abang di bawah, lepas kejutkan ayah Mike abang sarapan denan Mike." Kata Win.

"Baiklah abang." Sahut Mike sambil berlalu meninggalkan bilik.

Sebaik sahaja tubuh kecil itu hilang dibalik pintu, Win melangkah menuju ke samping katil untuk mengejutkan majikannya lagi. Tangannya sudah memegang tuala mandi untuk digunakan oleh majikannya itu.

"Abang, bangun. Sudah lambat ni." Kata Win sambil menggoyangkan lengan sasa Jong dan keningnya bergerak menandakan dirinya sudah terjaga, namun matanya masih tertutup.

'Ish! Liatnya badak seekor ni nak bangun.' Guman Win dalam hati.

"Abang sudah pukul enam setengah ni, nanti lambat." Ujar Win yang membuatkan Jong bingkas bangun sambil matanya terbuka luas.

"Apa! Win kena tolong abang." Sergah Jong sambil menarik berlari menuju ke bilik air.

Tolong apa?

"Win, ambilkan tuala abang." Pinta Jong dari dalam bilik mandi.

'Tadi siapa suruh lari masuk bilik air tak bawa tuala.' Bentak hati Win sambil melangkah menuju ke bilik air.

TOK! TOK!

"Abang, ni tuala." Kata Win sebelum daun pintu dikuat dari dalam dan kepala Jong nongol sebelum menyambut tuala yang dihulurkan oleh Win. Mata Win tidak lari dari melihat wajah bersih majikannya yang dibasahi air. Kelihatan sungguh seksi, itulah yang terdetik dihatinya sebelum melarikan pandangannya kearah lain.


Bersambung...

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now