Suasana hening dan hanya hembusan bayu lembut yang menemani Win dikala duduk sendirian di laman yang berada di belakang banglo megah itu. Telefon pintar di tangannya mendendangkan lagu yang lembut dan bunyinya sayup² kedengaran.
Cahaya bulan menerangi alam begitu juga dengan sinar bintang yang berkelipan menambahkan lagi seri di langit.
Dari balik kaca yang memisahkan ruang tamu dan laman luar rumah berdiri seorang wanita yang sedari tadi memperhatikan saja Win yang sedang duduk di kerusi luar laman.
_________
P.O.V~Puan Dania:Matanya tidak memberi kerjasama walaupun jam di dinding sudah pun menunjukkan pukup 12 tengah malam. Perlahan-lahan, dia menyandar di katil sebelum bangun dan berjalan menuju ke ruang tamu.
'Kenapa pintu terbuka, Piyas (pembantu rumah) lupa tutup pintu ke?' Soal Puan Dania dalam hatinya sambil mengorak langkah menuju kearah pintu.
'Win, apa dia buat di sana?'
Mengerling sebentar ke jam yang tergantung di dinding; 12 tengah malam. "Kenapa Win tak tidur lagi?" Monolog Puan Dania sendiri.
Mengorak langkah menuju ke dapur sebelum mula mencari sesuatu mengikut kata hatinya. Tangannya ligat membuat sesuatu sambil menjerang air menggunakan cerek air elektrik. Beberapa keping kuih turut diletakkan diatas pinggan kecil sebelum di tatang keluar.
"Eh! Terkejut saya. Puan buat apa di sini?" Win terkejut dengan kehadiran Puan Dania yang tiba² berada di sebelahnya sambil menghidangkan minuman dan kuih kepadanya.
"Inikan rumah mak. Jangan panggil saya Puan, panggil mak saja. Mak dah anggap kamu macam anak mak sendiri." Kata Puan Dania dengan ramah.
"Apa yang Win buat kat luar ni? Kenapa belum tidur?" Soal Puan Dania kembali. "Tak ada apa² Pu..." Kata² Win terhenti di situ apabila dipotong oleh Puan Dania.
"Kan mak dah kata jangan panggil Puan, panggil mak saja." Tegas Puan Dania sekali lagi.
"Baiklah ma...k." masih terasa janggal untuk dirinya membahas Puan Dania sebagai emak. Mungkin disebabkan kisah yang pernah berlaku di antara mereka suatu ketika dahulu.Kelihatan keihklasan di wajah Puan Dania semasa beliau menyajikan minuman kepada Win yang masih lagi duduk sambil memegang telefon pintarnya. "Kenapa tak guna Iphone yang Jong beli hari tu?" Soal Puan Dania. "Eh! Win tak nak hidup dengan menikmati harta dan kesenangan orang saja. Apa yang Win ada pun dah bersyukur." Jelasnya panjang lebar.
Sungguh telefon pintar yang digunakan tidaklah secanggih gadjet pintar yang mahal, namun Win bersyukur kerana dirinya mampu memiliki telefon pintar itu dengan hasil dari titik peluhnya sendiri.
Puan Dania sangat terpegun dengan pendirian Win yang sangat teguh dan tidak pernah berharap dengan belas kasihan daripada sesiapa saja.
Minuman coklat hangat yang disajikan dinikmati dengan penuh nikmat sambil mereka bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman hidup dikala malam semakin larut.
____________
Di dalam bilik Jong.Kedengaran dengkuran halus dengan nafas yang berat dari rongga pernafasan Jong yang sedang tidur pulas setelah kenyang menikmati hidangan yang sudah lama dirinya nantikan.
Win melangkah masuk kemudian menutup rapat daun pintu sebelum melangkah menujun ke sisi katil.
Di dalam samar² cahaya, kelihatan tubuh sasa Jong sedang berehat dengan nyenyaknya. Wajahnya yang tampan begitu menarik sekali dengan bentuk kening yang bak bulan sabit dan bibir yang terbentuk elok.
Jong terjaga apabila terasa tubuhnya dirangkul erat. Namun tidurnya tidak terganggu sama sekali apabila melihat kehadiran kesayangannya di sisi sedang berbaring dan tidur lena. Pelukan itu dibalas dengan kemasan yang mampu membuatkan dua insan dewasa hanyut dalam asmara.
"Satu saja yang mak nak pesan dekat Win, tolong jaga Jong dan Mike baik². Anggap sajalah Jong tu macam suami kamu sendiri walaupun korang sama jantina. Sebab mak tahu Jong sayang Win. Kmu pun sayang anak mak juga kan?"
Kata² Puan Dania itu terngiang-ngiang di kepala Win hingga terbawa ke mimpinya. Matanya dicelikkan dan ternyata matahari sudah pun bersinar menerangi ruangan bilik yang besar itu.
"Morning my love. Lenanya tidur sampai tak ingat nak bangun ye." Seloroh Jong sambil mendakap tubuh Win sambil menghadiahkan kucupan hangat di pipinya. "Morning abang." Balas Win sambil membelai pipi Jong yang sudah pun segar di bersihkan dengan air mandian.
"Abang nak tanya something kat sayang boleh?" Soal Jong sambil membetulkan posisi tubuhnya. "Apa dia?" Tanya Win sambil mendongak melihat wajah lelaki berbadan sasa di hadapannya itu.
"Will you be my lover forever?" Soal Jong dengan penuh harapan.
"Jaga mereka baik²." Sekali lagi pesanan Puan Dania muncul dibenak hati Win.
"I will my husband." Jawab Win tulus sambil memeluk tubuh Jong.
"Win panggil abang apa tadi, husband?" Jong ternyata terkejut dengan kata² Win sebentar tadi. "Say it again please." Pinta Jong lagi.
Husband.
Ucapan itu membuatkan Jong berasa sangat bahagia pada saat itu. Tubuh Win dirangkul erat sambil kucupan demi kucupan singgah di wajah Win.
"Thank you my wife, sebab terima abang." Ucap Jong dengan gembira sambil air matanya berlinangan. Win menyeka air mata yang membasahi pipi lelaki sasa di hadapannya sambil berkata: "You are most welcome abang."
TAMAT.
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...