BAB 11

1.4K 24 0
                                    

Pahanya masih berasa ngilu akibat terhantuk dibucu meja akibat terkejut dengan pelukan Jong petang tadi. Kini mereka sedang duduk menghadap unggun api yang digunakan untuk memanggang kepak ayam dan sosej.

Suasana di pantai malam itu riuh sekali dengan kehadiran keluarga Khairi. Seperti yang telah dirancang, Win sedang memasak makan malam untuk mereka. Kelihatan dari kejauhan, Win melangkah sambil membawa dulang yang berisi mangkuk makanan.

"Laa, kenapa Win tak panggil akak. Taklah Win susah-susah bawa sorang-sorang." Ujar Wani isteri kepasa Khairi.

"Eh, tak apalah kak. Win boleh bawa sendiri. Lagi pun akak kan tengah jaga budak-budak tu." Balas Win sambil meletakkan dulang keatas meja.

"Encik Jong, abang Khai makanan dah siap. Jom makan." Pelawa Win.

Sedikit terguris dengan cara Win memanggil dirinya yang tidak seperti selalunya. Ternyata Win masih menjaga batas dalam pergaulan mereka terutama dikhalayak ramai.

"Ayuh Jong, kita makan." Jemput sahabatnya apabila Jong hanya termenung.

"O...okay." Jawab Jong tergagap.

Masakan Win sememangnya lazat sehingga licin hidangan yang disediakan dimakan oleh mereka semua, hanya Jong saja yang makan sedikit kerana berasa kecewa dengan tingkah-laku Win.

"Apa Win masih ragu-ragu dengan rasa sayang yang aku bagi pada dia?" Monolog Jong sendirian namun mampu didengari oleh Khairi.

"Kau suka dengan budak Win tu ke?" Soal Khairi separuh berbisik. Soalan itu membuatkan Jong terlopong.

"A...aku..." Jong tidak mampu berkata-kata.

"Aku tahu kau suka dengan dia. Aku boleh nampak dari wajah kau tu." Ujar Khairi sebelum meneguk air cola yang dipegangnya.

"Iya, aku suka dan sayang dengan dia." Terang Jong.

Jong menerangkan segala yang terbuku dihatinya terhadap Win kepada Khairi yang kini berdiri agak jauh dari tempat mereka memanggang. Sahabatnya itu turut memberi peluang kepada Jong untuk menceritakan segala sesuatu mengenai perasaannya terhadap jejaka itu.

"Cuma satu yang aku nak nasihatkan..." Kata-kata Khairi terhenti seketika sambil meneguk saki-baki air cola ditangannya.

"...kau kena bagi peluang kat Win untuk kenal diri kau dulu, jangan pula nanti kau dan Win melukai sesama sendiri." Nasihat sahabatnya itu sambil menepuk bahu Jong.

Jong hanya mampu mengangguk mendengar nasihat sahabatnya yang merangkap orang kepercayaannya.

Win berasa aneh dengan kelakuan Jong yang hanya menjamah sedikit makanan yang dimasaknya sebelum mengangkat punggungnya dan berjalan menuju ke gigi air. Hanya mampu merenung dari kejauhan, namun tidak berniat untuk mendekati majikannya itu.

'Aku ada buat salah ke?' Soal Win dalam hati.

Matanya masih tertumpu dengan susuk tubuh sasa yang kini berdiri berhampiran sahabatnya sambil berbincang tentang sesuatu yang dirinya turut tidak tahu. Yang membuat dirinya berasa aneh, apabila sekali sekalan Jong akan berpaling dan mencuri melihat kearahnya sambil tangannya disilangkan kedada.

"Jong, thank you sebab sudi ajak kita orang bbq." Ucap Khairi sambil mendukung anaknya yang kini sudah lena.

"Small matter kawan." Balas Jong sambil mengangkat bekas makanan yang sudah disusun oleh Win.

Mereka berjalan beriringan dengan Win memimpin tangan Mike yang kini kelihatan mengantuk setelah kenyang makan. Setibanya mereka di suatu sudut, dua keluarga ini berpisah menuju ke bilik masing-masing untuk berehat.

"Jong, jangan tergopoh-gapah dalam membuat keputusan." Ujar Khairi sebelum mereka berpamitan. Jong hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu.


Bersambung,

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now