BAB 5

1.5K 30 0
                                    

Masakan ringkas yang disediakan oleh Win cukup untuk memikat selera dua beranak yang kini sudah sedia untuk menjamah hidangan yang telah pun dihidangkan diatas meja. Namun mereka masih belum menjamu selera kerana Mike menunggu kehadiran Win untuk makan bersama.

"Kenapa belum makan ni?" Soal Win yang baru sahaja tiba di meja makan.

"Kami tunggu abang Win makan bersama." Ujar si comel Mike.

"Abang sudah bagitahu Mike tadi yang Win tak makan, tapi dia degil nak Win makan sama." Terang Jong.

Sambil tersenyum, Win duduk disebelah Mike terus mengangkat pinggan untuk Mike. Usai membaca doa, mereka pun menjamu selera. Jong makan banyak malam itu akibat penangan kesedapan makanan yang dimasak oleh Win.

Win pula hanya berkongsi pinggan dengan Mike kerana dirinya turut menyuapkan makanan untuk Mike. Terusik hati kecil Jong melihat anaknya dimanjakan oleh Win namun dirinya makan seorang diri. Namun keutamaan diberikan kepada anaknya.

"Abang, Mike memang banyak makan ke?" Soal Win apabila dirinya mendapati anak majikannya itu asyik minta disuap.

"Iya, dia memang banyak makan tambahan kalau makanan sedap macam yang Win masak." Terang Jong.

"Abang pun tak lama lagi memang akan jadi boroi kalau selalu makan masakan Win." Seloroh Jong lagi.

"Kalau macam itu, abang kena bersenamlah." Kata Win pantas sebelum kembali menyuap Mike disebelahnya.

"Ayah, suaplah abang."

Kata-kata Mike itu membuatkan kedua-dua insan dewasa dihadapannya terlopong. Mereka tidak menyangka bahawa budak kecil seperti itu memiliki pemikiran sedemikian.

"Tak apa, abang sudah kenyang." Kata Win untuk menolak cadangan Mike.

"Win." Kata Jong sambil tanganya menyuakan makanan untuk menyuap Win.

Win masih teragak-agak untuk menerima suapan dari Jong, kerana tiada insan lain yang pernah menyuap dirinya makan melainkan ibunya.

"Sekali saja, nanti Mike merajuk." Ujar Jong sebelum Win menyambut suapan dari tangan Jong.

Melihat seketul nasi yang melekat di bawah bibir Win, Jong terus menyeka nasi itu dan terus dimasukkan kedalam mulutnya sendiri. Win terkedu dengan perbuatan majikannya hanya mampu melihat dengan perasaan malu.

Selesai menjamu selera, Win membantu Jong membersihkan pinggan mangkuk yang mereka gunakan. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan air yang mencurah manakala Win dan Jong hanya berdiam diri.

Jam sudah pun menunjukkan hampir pukul sepuluh malam.

"Ayah, malam ni abang tidur dengan kita boleh?" Pinta Mike sambil mengesat matanya yang mengantuk.

"Ayah okay saja, Mike kena tanya abang Win dulu kalau dia mahu." Arah ayahnya.

Berjalan menghampiri Win yang duduk bertentangan sambil menonton tv, Mike terus menyampaikan hasrat hatinya.

"Abang malam ini tidur dengan Mike dan ayah boleh?"

Mendengar permintaan Mike, Win hanya mampu melihat kearah majikannya untuk meminta kepastian. Jong hanya menjongketkan kening dan bahunya menandakan itu adalah kemahuan anaknya sendiri.


Bersambung...

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now