Hidangan makan tengahari yang sangat menyelerakan membuatkan Mike tidak mampu menahan laparnya. Dia bermain-main dengan sudu dan garfu sambil menunggu pesanan ayahnya tiba.
"Ayah, lamanya makanan ayah nak sampai. Mike dah lapar ni." Rengek Mike.
"Sekejap lagi sampailah tu. Anak ayah kena belajar bersabar sedikit." Ujar Jong sambil mengusap kepala anaknya itu.
"Okay." Sahut Mike sambil meletakkan semula sudunya keatas meja.
Sementara itu, Win membawa dulang berisi makanan yang dipesan oleh Jong menuju meja yang diduduki oleh dua beranak itu.
"Maaf kerana sedikit terlambat. Ini makanan encik." Ujar Win secara profesional.
"Eh! Tidak mengapa Win. Kami boleh tunggu." Jawab Jong sambil melihat tepat kearah muka Win.
"Mesti anak encik dah lapar sebab menunggu." Seloroh Win.
"Lapar sikit." Jawab Mike sambil membuat muka manjanya.
"Anak ayah kenapa cakap macam itu dekat abang Win? Tak baik tau." Pintas Jong.
Ketegasannya sebagai seorang ayah tunggal sangat jelas terpancar dari segi mendidik dan memimpin anaknya itu.
"It's okay sir, diakan masih budak-budak." Kata Win.
"Dia ni memang macam itu, pasal makan tak boleh bawa bincang." Ujar Jong sambil mengoles pipi gebu anak lelakinya.
"Baiklah, selamat menjamu selera. Saya nak minta diri dulu sebab masih ada tugasan yang perlu diselesaikan." Pinta Win sebelum berlalu.
Setiap suapan yang diambil oleh Jong diiringi oleh bayangan Win yang kini sedang sibuk melaksanakan tugasnya sebagai pelayan restoran. Baru Jong perasan bahawa dirinya pernah melihat Win didalam restoran itu sebelum ini.
Orangnya yang pendiam namun riang, cukup untuk menarik hati para pelanggan yang datang untuk menjamu selera. Kebolehan bertutur Win turut membuat para pelanggan berasa selesa dan senang untuk membuat pesanan.
"Ayah, kenapa senyum seorang diri?" Tanya Mike yang muskil dengan raut wajah ayahnya.
"Tidak ada apa-apa." Balas Jong bersahaja.
Alamak, anak aku perasan aku tersenyum seorang diri pula. Desis Jong dalam hati apabila dirinya ketahuan oleh anaknya.
"Mike suka abang yang dekat restoran tadi, dia friendly." Ujar Mike.
Terperanjat Jong mendengar kata-kata anak lelakinya itu dalam masa yang sama turut bergembira kerana dirinya seakan mendapat peluang untuk mengenali Win.
"Mike suka tak kalau ayah ambil abang yang tadi untuk jaga Mike di rumah?" Soal Jong sambil melirik seketika kearah anaknya di sebelah kemudian meneruskan pemanduannya.
"Betul ka ayah nak ambil abang yang tadi untuk jaga Mike?" Mereka berbalas soalan.
"Iya, kalau Mike selesa dengan abang itu ayah akan suruh dia jaga Mike." Ujar Jong.
"Nak, nak." Jawab Mike dengan penuh keterujaan.
"Baiklah, nanti ayah tanya abang itu." Balas Jong melihat kegirangan anaknya yang sudah lama menginginkan teman untuk dia bermain dan bermanja.
Kesibukkan Jong di pejabat kadang-kala menyebabkan fokusnya terhadap Mike tidak seimbang. Masa untuk bermanja dengan anaknya itu turut terganggu apabila penat menyelubungi dirinya.
Bersambung...
tolong rate sekiranya anda suka part ini. Terima kasih ya :)
YOU ARE READING
Abang Sado, Adik Angkat
FantasyMengisahkan kehidupan seorang lelaki yang terpaksa menjaga anaknya seorang diri dan akhirnya bertemu dengan seorang anak muda yang membantunya dalam melaksanakan tugasan hariannya. Apakah yang bakal berlaku dengan kehidupannya? Watak: 1. Jong Liew ...