BAB 24 - Jodoh

997 24 4
                                    

Seakan dipukul, kepalanya terasa berat dengan beban yang datang menimpa dirinya. Permintaan dari orang tuanya memaksa dirinya untuk membuat keputusan segera demi mencari kebahagiaan yang diingini. Terngiang-ngiang kembali setiap hujah yang keluar dari mulut ibunya semasa pertemuan mereka di rumah agam tadi.

Imbas kembali...

"Mama mahu kamu menikah dengan anak kawan mama, Alisha." Ujar Puan Dania.

"Mama!" Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Jong.

"Mama sudah buat perancangan, kamu berdua akan menikah dalam tiga bulan lagi." Terang Puan Dania tegas.

Mendengar kata-kata itu, Jong bingkas bangun dan berlalu meninggalkan semua tetamu yang hadir dan memecut keluar dari perkarangan rumah agam itu. Khairi dan Wani yang hadir turut terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Puan Dania.

Kembali...

Walaupun perutnya berkeroncong menuntut untuk diisi, namun Jong tidak mempunyai selera untuk makan. Perlahan melangkah menuju ke dapur sebelum meneguk segelas air kosong. Kemudian melangkah menuju ke biliknya sebelum merebahkan tubuhnya keatas tilam untuk melelapkan mata.



Berjalan beriringan Puan Dania dan Alisha melangkah memasuki ruangan lobi dibawah bangunan pejabat Jong. Dengan wajah yang riang, Alisha kini bakal memiliki kehidupan yang senang bersama lelaki yang sasa dan kaya kegilaan semua wanita yang melihatnya.

"Mama pasti, Jong akan bahagia once dia nikah dengan Lisha." Ujar Puan Dania.

"Of course mama, Alisha akan bahagiakan Jong sebaik mungkin." Balas Alisha dengan angkuh sambil senyuman palsu terukir dibibir.

'Kau ingat aku nak sangat ke kawin dengan duda anak satu? Kalau tak mengenangkan harta, aku tak inginlah.' Desis hati Alisha yang sedang berkepit dengan bakal ibu mertuanya.

TOKKK TOKKK TOKKK!

Masuk!

Daun pintu ruang pejabat Jong dikuak dari luar dan terpancul wajah ibunya, Puan Dania bersama bakal isterinya tiada lain iaitu Alisha. Berjalan dengan liuk lentuk menghampiri meja Jong. Tubuh yang mengiurkan itu mampu menarik perhatian semua jejaka yang melihatnya.

"Mama, buat apa sini?" Jong terkejut dengan kehadiran dua insan itu diruangannya.

"Saja, mama nak korang berdua kenal lebih rapat lagi sebelum majlis pernikahan korang berlangsung." Terang Puan Dania sambil melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan anaknya.

"Tapi ma, ini kan tempat kerja bukannya restoran." Bidas Jong dengan tegas.

Ternyata kehadiran dua insan itu telah mengganggu tumpuannya dalam melaksanakan tugasannya. Melihat kelakuan Jong, Alisha cuba membuat onar dengan bersuara merajuk dan ingin meninggalkan pejabat.

"Alisha janganlah pergi, kita lunch sama-sama dengan Jong nak tak?" Soal Puan Dania seraya memberhentikan langkah wanita itu.

"Mama, I am so sorry. I cannot make it today, I have to meet my client during the lunch hour." Jelas Jong sebelum meninggalkan ibunya dan Alisha di ruangannya.

"Mama, macam mana ni?" Soal Alisha dengan gedik.

"Jangan risau sayang, nanti mama akan fikirkan cara." Kata Puan Dania menenangkan bakal menantunya.


Bersambung,

Amacam hebat x Puan Dania? Ada sesiapa yang pernah kena macam ni? hehe

Jika suka bab ini, sila Vote dan comment ya. Tq syg semua. 

Abang Sado, Adik AngkatWhere stories live. Discover now